nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, January 31, 2011

Kursus kahwin at putrajaya

So smlm berakhirnya la kursus kahwin kitaorg kat putrajaya,, I have been to kursus kahwin before, tapi since my fiancee ajak teman, ok jek.. sebelum ni pnah amik kat Masjid Negara.. so sgt la tak best and boring.. so mcm expected la yg kali ni pun akan boring.. siap nak bawak majalah.. tapi cam leceh la nak pegang.. so tak bawak.. 

Sampai2 kat sana.. kitaorg tak tau nak pg kat mana.. sbb dia kata kat presint 9 and bdepan dgn food court.. pastu mmg expect mgkn kat dewan presint 9 punya bangunan la kan.. tapi since kawan lagi satu pun ikut so dia tunggu kat kedai mamak tu.. so pergilah kedai mamak tu dulu.. Aku ni pun terfikir.. dia kata kat sebelah kedai darusalam and berdepan dgn food court.. La betul2 sebelah kedai mamak tu rupanya.. Tmpt tu ialah office lot.. So cam apakah?? kecik nye tmpt nih.. Sabtu tu start kul 2.30 and sunday baru start kol 8.30-5 ptg.. cam terbalik la biasanya sabtu pagi sampai ptg then ahad yang setengah hari.. tapi pergi jelah.. 

Once dah duduk.. and start dgr ceramah.. seriously rasa tak nak buat benda lain.. Ceramah yg sgt berbeza pada aku dgn tmpt kursus kahwin yg lain yg selalunya more to lawak2 lucah.. Ni something yg kita nak dgr.. diaorg ceramah based on kajian yg dah dibuat pada pasangan yg asyik bercerai sebelum ni.. Part yg aku rasa selama ni ambik endah tak endah mcm berfikiran positif la, tidak membebel, diulas dgn cara yg tersendiri dan sesuai dgn apa yg berlaku skrg nih,, And rasanya perceramah dia muda la.. so apa yg dia cerita mgkn cerita dia sendiri or kawan2 dia.. Mcm dia ckp katakan suami suka layan keta.. biarlah dia dok layan keta.. nmpk jugak depan mata.. nak tukar seat bucket ke.. nak tukar bonet L2S ke.. yg penting kita nmpk.. (penceramah tu perempuan ye).. Pastu dia ckp paling penting kalau suami balik lmbt jgn nak dok cemburu terus tanya abg g mana bang.. sbb mcm tak percaya,, nak cemburu biar cemburu celik dah dpt bukti baru tanya..ni tak org tu baru je nak masuk tandas terus tahan kat pintu.. jadi suami mestila pening bini mcm ni kan... And dia pesan.. bila kita 5 tahun pertama kawin and gaduh dlm tempoh tu jgnla panik.. sbb tu tempoh terkejut.. sikit2 terkejut,, lepas 5 tahun ke atas ialah tempoh paham.. tapi belum tentu bole terima (ni kira tempoh 10 tahun ke bawahla) Lepas 10 tahun baru la serasi.. dah paham sgt dah and InsyaAllah bole terima.. So dia kata sampai anak dah nak UPSR baru nak bole bg serasi.. So jgn mudah ucap la kata nak cerai.. yg penting cuba untuk saling memahami dulu

Dan ustaz lagi satu takleh blah..dia tanya apa tujuan kita kahwin.. jawapan org yg usual nak halalkan apa yg haram, nak zuriat,, so dia kata.. kalau kawin sbb nak zuriat.. ada org 10 tahun kawin takde anak lagi.. abis tu nak cerai ke?.. then dia kata dlm Al Quran ckp kawin sbb nak dapat ketenangan jiwa sbb dpt isteri dari jenis2 kamu.. untuk berbelas kasihan dan berkasih syg.. balik je tgk isteri tgk suami rasa tenang jek.. kalau balik rasa serabut jek.. dah lari tujuan la tu kan.. And dia kata konsep berhias ni ramai pompuan salah faham.. dia berhias untuk rasa dia lawa je.. padahal berhias ikutla taste suami.. korban sikitah taste kita.. dah kalau suami suka kata lawa tu maknanya dia suka la tgk kita ni.. kalau suami suka lisptick purple, pakai la purple.. sape suruh dpt suami pelik camtu kan.. panjang la penjelasan dia.. Tapi sepanjang tempoh tu aku rasa sgt2 bnyk belajar.. sgt2 bnyk benda yg kita tak tau.. Dan punca penceraian bukan benda2 besar,, hasil kajian hanya kerana tak pandai masak, tak nak gosok baju, pasal salah beli barang dapur.. boleh jadi punca cerai..ini la sbb kenapa setiap pasangan kena tau tanggungjawab masing2 and kenapa sentiasa saling mengalah,, mengaku kalah tak semestinya kalah.. kadang2 ada bnyk hikmahnya... 

Selalu dalam ceramah ni diulang2 kalau Allah kata benda tu tak payah buat toksah nak kaji la.. pasti ada kebaikannya.. contoh kalau tutup aurat pasti ada kebaikannya.. kalau poligami ada kebaikannya.. tapi aku cam tak nak la hurai panjang.. kang tersalah plak.. tapi terlalu bnyk benda yg dipelajari.. terlalu bnyk benda yg kita tk tau.. kalau ceramah mcm ni 5 hari pun sgp.. sgt berbeza dgn kursus kawin dulu.. kursus kawin skrg bnyk pengisiannya,, so kalau sesape nak try.. bole try buat kursus kawin kat sini... http://kursuskahwin-putrajaya.blogspot.com/ Cuma dia masih baru and bnyk la kekurangan jugak.. kalau dok belakang tak dgr sangat..sbb sistem audio dia kot..  tmpt makan pun sempit.. tapi pada aku yg penting pengisian tu kan.. InsyaAllah dpt dijadikan pengajaran untuk kita yg baru nak menempuh alam perkahwinan.. 


No comments:

Post a Comment