nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 6, 2013

Getting serious!

Dah lama sungguh tak post dalam blog ni.. Busy sungguh2.. facebook pun bebaru ni je bukak.. 

Sbb I have getting serious about my PHD.. Haha akhirnya .. Tak tau kenapa dapat hidayah untuk serius baca journal, jumpa supervisor every week.. Tapi mgkn jugak sbb pengaruh rakan2.. 

All my friends, good friends ada yang tgh further master, ada yang tgh buat PHD.. so oleh kerana selalu sgt spend masa ngan diaorg nih.. maka terpengaruh sekali lah untuk buat PHD.. 

I got the offer from UPM tapi defer ke second sem sbb baru pindah rumah waktu tu,.. so tak berapa ada duit untuk yuran.. so dah diluluskan untuk defer dan akan register bulan feb 2014 nih.. My Brain pun baru je mohon dan hopefully by feb jugak jawapannya nanti. Moga2 Allah permudahkan.. Sbb takdelah berat sgt kalau MyBrain tanggung untuk 3 tahun kan.. 

Hopefully everything went well and I can finish in time.. InsyaALLAH.


Friday, August 2, 2013

First step - DONE

Dear RINA AZLIN BINTI RAZALI,

We are pleased to inform you that your application for graduate study at UPM has been approved. The details of the programme offered are as specified below:

      Programme          : DOCTOR OF PHILOSOPHY
      Field of Study     : PARALLEL AND DISTRIBUTED COMPUTING
      Programme Structure: WITH THESIS
      Faculty/Institute  : FACULTY OF COMPUTER SCIENCE AND INFORMATION TECHNOLOGY
      Advisor            : MOHAMED B OTHMAN
      Period of Registration : 26 AUGUST    2013 - 06 SEPTEMBER 2013
      Length of Study        : 2 - 5 YEARS


Thank You.

Alhamdulillah,..Thank you Allah.. Hope this will be a great start for me

Friday, July 12, 2013

Happy 2nd Anniversary!

Smlm kitaorg berbuka kat secret recipe since nk celebrate our second anniversary.. 
Lewat sehari.. sepatutnya on 10th july.. 
Ingat tak kisah la, takyah celebrate pun takpe.. sbb pose pun kan?.. 
Tapi since hairos nak jgk celebrate.. 
so pg lah berbuka kat secret recipe Bandar seri putra.. 
Best!.. sbb tak ramai.. 

Gambar? 
Tak amik sbb terlalu lapar.. mkn dulu.. 
After meal order dessert..
Memula tamak nak 1 banana split satu ice cream 3 scoop tu (x ingat nama dia) satu
Then pk2 balik..jgn diikutkan nafsu..Last2
 kita share je lah.. 
Mkn2, then humaira tgk.. hmmm nak bagi tak nak?
Last2 bagi dia rasa sudu kosong je.. tapi adalah secalit coklat kat sudu
Dia mkn then terus grinning hehe!

Ok kut.

Happy anniversary the 2nd, abg!

saranghaeyo oppa


Friday, July 5, 2013

Nak reward ke tak?

Baru-baru ni suka tgk citer Korea, He's Beautiful or You're Beautiful.. Dalam citer tu.. jatuh hati dgn Jang Keun Suk. Dia ialah hero citer tu.. 

Love rain

Then tetiba nmpk dia punya Handphone.. Tak tau handphone apa.. So google.. tak sangka ada jawapan dia guna phone apa.. Dia pakai samsung corby.. dah nama pun citer korea kan.. kenala pakai samsung. Tapi citer tu tahun 2009. Then bebaru ni ada citer baru lagi yang JKS ni berlakon. Tajuknya Love Rain.. Dua dua citer ni mmg bestla.. Then tgk jugak hp apa yang dia pakai.. Dia pakai samsung galaxy notes 2.. Since dah ada galaxy note 10.1.. So hp tak nak beli note jugak..

Dan kenapa tetiba nak cari phone ni.. Sbb phone lama dah ala2 pening.. So tgh mencari2 phone apa yang best.. Tetiba tadi adik aku datang, ajak lunch.. Then tetiba tgk dia punya HTC One X.. Emm cantik jugak nih.. Then dia suggest ko belilah yang baru.. HTC One

Bila tgk2 emm mmg cantik.. 



Emm tgk harga.. masih rm2000.. :(

Nak beli pun takde point kenapa nak beli.. Bukannya nak celebrate apa2 kejayaan ke.. Lainla dah buat sesuatu dgn berjaya, baru worth it nak reward diri sendiri.. 

Hari ni plak Hairos datang bilik, tetiba dia nmpk satu buku ni, then tanya ni untuk apa.. Then I said, "Owh itu untuk research PHD nanti " huhuhuhu.. Buku tu dibeli bulan lepas.. dan jom kita tgk ada apa dalam tu.. 


Hanya first page yang bertulisan

Haha first page dan tak bersambung2 dah lepas ni.. So mcm mana nak beli phone untuk diri sendiri? 

Thursday, June 27, 2013

Goal Coast Sepang: Review

So let's review Goal Coast Sepang or Golden Palm Tree Resort:

22 June 2013 -  Sampai agak lambat since Hairos kerja.. patutnya check in pukul 3 tapi end up sampai kol 4.30pm.. Oleh kerana tak tau jalan maka kitaorg guna waze.. sambil drive sambil boleh kita berchat chat dgn org sekitar yang guna waze sekali... Lalu jalan yang bersimpang siur, maka nye humaira dah start nak merengek sbb dia nak keluar dari kereta, rimas lama sgt dalam kereta.. So kitaorg ni sambil nak cari jalan sambil melayan humaira yang merengek.. Dah start mood mood dah masa ni

Sampai sana.. Dia suruh park kat lobby then takleh tinggal keta kat situ. Sorang kena check in and then sorang lagi kena pg park kereta kat car park dia yang agak jauh.. Then aku bawakla humaira p lobby untuk check in.. Hairos pg park kereta.. Sampai sana.. pg kat kaunter then dia kata kaunter iconic kat sebelah sana.. Dah confuse2 dah.. kenapa bnyk sgt kaunter.. and sampai sana mmg lautan org la.. Then beratur.. Hanya ada sorang je kat depan aku masa tu.. tapi nak check in punya la lama giler.. dekat sejam! mula la rasa nak marah.. dahla panas.. jerebu plak tu.. 

Lepas check in kitaorg pun diberi kunci bilik dan nak pg ke bilik yang agak jauh lagi.. kena naik satu kenderaan diaorg panggil buggy kat situ,, nak tunggu buggy tu pun ramai jugak.. so mood mood lagi.. bila dah naik buggy tu tanya la driver tu.. nak guna buggy ni boleh call customer service je ke.. Dia kata buggy service ni untuk check in and check out je sbb ada luggage kan.. Sbb lepas tu Hairos nak p kerja balik.. So nak jalan mmg jauhla.. Dan bayangkan kitaorg tak beli mknn sblm sampai tu.. mcm mana nak keluar mkn.. So end up kitaorg order je nasi goreng kampung rm35 + burger daging  rm37 from room service. Then hairos nak g kerja balik.. So dia jalan kaki sampai ke lobby then dari lobby nak g parking dia kena tunggu van yang lama giler..

 Then me with humaira berdua at night kat umah atas laut.. So mula la ingat citer2 hantu sekejap.. dan tiba2.. Blackout!!  Nasib humaira dah tido masa tu. Nasib for a few second.. Kalau lama mau tak pitam aku dalam gelap tu.. mmg tak turun la dari katil nak capai telefon untuk call room service.. 

Tapi rumah tu mmg besar la.. masuk2 ada ruang tamu, ada dua balkoni, ada dua katil besar.. ada dua bilik air.. padahal kitaorg bertiga je dalam rumah tu.. Rumah is fine cuma nak bergerak ke satu satu tmpt tu mmg jenuh.. tambah2 bila ko ada anak kecik.. 

Esoknya nak breakfast pun jalan kaki agak jauh.. dalam jerebu plak.. Sampai2 sana.. ramai betul org.. pg egg station pun ramai competitor.. beratur setengah jam.. mmg ramai giler.. tapi dia bnyk activities kat dalam ni.. and sume free.. tak ingat dah apa activitinye sbb takde mood.. and itu pg ke satu2 tmpt activity tu kena tunggu buggy lagi..Mmg tak la.. Boleh la nak sewa basikal jugak.. tapi pk sepuluh kali jugak nak bawak humaira naik basikal.. takut plak terjatuh kang.. 

So after breakfast kitaorg terus kemas barang.. walaupun baru pukul 10am.. Pukul 11 terus check out sbb kalau check out kol 12 kang.. tak tau pukul berapa boleh check out since nak tunggu buggy lagi..dan of course ramai nak keluar jugak waktu tu..  nak tunggu van lagi lepas kat lobby untuk sampai kat kereta.. Bnyk competitor nak pg dari satu tmpt ke satu tmpt

So overall pada aku yang tak suka competitor ngan crowded place ni, I felt my rm 470 is not worth it.. Sbb terlalu jauh satu tempat ke satu tmpt dan terpaksa bergantung dgn  buggy yang mmg susah nak didapati di mana2.. 

tapi tmpt dia mmg luas.. ni map dia



So bayang bilik aku kat 248 and yang ada tulis B tu adalah buggy station.. yang ada bnyk B and no 1 tu adalah lobby dia.. Jauh giler 

So I'm not sure la kalau korang suka but for me... I rate it 2/5. 

Mcm tak nak dah pg bagan lalang lepas nih.. 

Thursday, June 13, 2013

Happy birthday abg!!

12 Jun 2013 pukul 5 pm:

     Hairos demam, teman dia pg klinik balik dia terus tido sampai 4 pm.. Bangun2 dia g mandi, then dia dok type msg kat facebook.. Dalam hati hmpmhh "buat apa la tu kan?.. Dok bermsg ngan sape la " 

Oleh kerana inginkan kejujuran maka aku pun tanya la.. abg buat apa tu,, Then dia jawab "Ohh tgh balas msg zaki ni (cousin) .. Zaki tanya mana kek?

Aku? Blur.. Nape dgn kek? Dgn konfi tanya lagi.. Nape dgn kek? Hairos jawab "Ohh dia wish birthday abg nih"

Dang!

Apa??????

O.M.G

I FORGOT..

Then cakap la.. hehehehheh Happy Birthday.. sengih kasi lebih sikit.. Tapi dia tak marah pun..( entah2 dia pun tak ingat.). Tapi don't worry abg hadiah dah tersedia untukmu.. Tandanya rina mmg ingat..tapi di hari ini je rina lupa..

Hadiah berupa package percutian 2 hari 1 malam di Golden Palm Tree Resort..

Actually dah lama aku beli voucher hotel ni.. and purposely nak pilih 15 jun untuk stay kat situ on weekend since birthday hairos on 12 jun.. tapi 15 jun full plak.. so pilih la 22 jun.. So next week it is!.. Nak pergi golden palm tree tu ingat plak.. tapi the reason kenapa pergi sana boleh plak tak ingat.. Lepas dari tu baru tersedar pilih hotel tu sebelum ni mmg semata2 untuk celebrate birthday dia pun.. haha.. See See I remember tau..

Memula pilih hotel tu sbb ada offer dari upline tupperware - Kak Za
Dia ada voucher untuk dok one of the villa kat situ..
So harga dia dari 600++ - 700++ jadik rm470 je for weekend
So grab jelah.. Dia still ada lagi voucher tu..
Kalau korang nak blehla tanya kat dia..
Kak Za facebook link

Pastu kebetulan masterchef celebrity pun ada buat masak2 kat sana hari tu.. Hairos la cakap cantik la tmpt nih.. So that's why la decide nak try kat sana..






So happy birthday abg!!.. Happy Honeymoon the 2nd too.. hehe

May you wish always come true..



P/S: After balik nanti review camane kat situ.. 

Friday, June 7, 2013

humaira rapat dgn pengasuh part II

Setelah kejadian sadis hari tu.. aku telah berbincang, bergoogle, sharing thoughts with some of my friends.. and akhirnya aku rasa dah jumpa the reason kenapa humaira berubah hati :)

#1) Sbb dia usually balik umah kejap.. then terus nak tido.. So jarang jumpa mama dia nih

#2) Tak dapat air tangan ibu.. Almaklum mak tak bape nak rajin memasak

#3) and the most IMPORTANT key point ialah.. humaira jenis yang selalu nak ikut je mana aku pergi.. Including pergi kitchen, then malas la nak letak dia kat lantai sbb kotor. Tapi mengikut kata bs dia, bs dia akan bawak dia sekali kat dapur and biar je dia main kat situ sama2.. basuh botol susu sama2.. main kentang together.. sbb dia kat sana pun tak nak ditinggalkan sorang2.. bebudak lain ok je.. Dia sorang je suka ikut org dewasa.. tak nak ngan org lain.. 

So that's how she is bonding with her babysitter so much..sbb to that extent babysitter dia layan dia.. So pergantungan dia lebih bnyk kat sana..  Me and myself: CRY again.. Waaa.. now I know how precious time2 dia sibuk nak mengendeng dulu.. 

One of my friend citer.. She is facing the same thing.. sometimes dia akn nangis.. but she encounter balik.. dgn buat all activities together.. including mandikan ank, dgn at night dia akan bgtau anak dia yg dia kerja.. nanti bila dia balik., kita akan main sama2 ye.. Dan tak lupa jugak doa bnyk2.. 

I guess ini adalah salah satu pengajaran yg terbaik untk aku




Thursday, June 6, 2013

Anak rapat dgn pengasuh?

Owhh sadis sungguh smlm.. Ptg amik humaira dari baby sitter.. Dia siap nak g kat babysitter dia balik.. bila bs dia amik.. dia siap babai lagi kat aku.. Then bila aku amik dia menangis2 nak kat babysitter,,, Humaira yang selama ni takleh kehilangan mama.. skrg tak nak mama lagi.. Hukhukhuk.. Hati bagai kan pecah2 kepada berbillion pieces.. 

Siap google tentang anak yang rapat dgn pengasuh,, tapi aku tau pengasuh yang ni mmg baik.. Dia treat semua yang dia jaga mcm anak sendiri.. tapi oh sungguhkah,,, tak sayang mama lagi waaaa.. Sbb bebaru ni hantar dia, dia mesti tido.. biasa dia menangis setiap kali letak kat umah pengasuh.. skrg no no no.. siap Babai mama.. 

Adoila.. terus mama merajuk smp ke mlm.. Terus mama kalau boleh nak cuti hari ni.. akan mama cuti.. tapi sayang nya kelas sgtla pack hari ni.. gagahi jua pg mengajar.. walaupun dalam hati 'mood mood' rasa nak mkn org..

Hari ni mama akan amik awal.. then mandikan.. then bagi mkn.. selama ni selalu complaint sbb takleh buat kerja sbb humaira nak berdukung, ternyata telahan itu memakan diri.. Skrg dah frust menonggeng.. hairos kata kalah masa bercinta dulu.. 

Owhh humaira.. 

kembalilah kepada mama..

I promise, I will never complaint anymore

Love love you so much always.

P/s: One day kalau dia baca ni akankah dia gelak guling2.. 

Friday, May 31, 2013

Genap 9 bulan hari ni

Humaira dah genap 9 bulan hari ni.. wah dulu 9 bulan dalam perut.. Skrg 9 bulan luar perut... cepat ke masa berlalu.. ada masa rasa cepat tapi ada masa lambat sgt.. 9 bulan lepas lahir harusla lebih mencabar kan dari duduk dalam perut.. Haha.. dulu boleh tido je anytime.. mkn pun anytime sbb alasan mengandung.. 

Skrg no no no.. mkn apa yang sempat je.. tido lagi lah jauh.. tgk katil dari jauh jelah.. 

So rentetan2 peristiwa sepanjang 9 bulan sejak kehadiran si kecik nih..

First week.. Owhh sleeping like an angel.. sbb : jaundice.
Masa ni dua minggu tu rasa sedih la plak.. sbb dia tak nak minum susu.. tak nak buka mata langsung... sedih sbb takut dia lapar dalam tido.. dok la menangis.. (molek sgt menangis2 masa pantang.. mak dah bising2 dah.. takut bentan katanya,,)

2 weeks after that.. Crying like a.... sbb: Tak Tau
Mmg tak paham la masa tu.. kenapa dia nangis ,, memula ingat kembung.. 
Lepas dah resolve masalah kembung, dia still menangis jugak.. dari buka mata sampai tutup mata.. 
kecuali time menyusu.. mmg paham sgt perasaan ayah ahmad albab tu.. 
Sampai satu tahap kitaorg pg Darussyifa'.. 

After kitaorg berubat mlm tu.. humaira alhamdulillah sampai skrg ok je.. Ustaz tu cuma kata.. takde apa ni.. cuma Allah nak uji kesabaran ibu bapanya aje.. Tapi mmg creepy weh g darrusyifa' mlm2.. meremang2 bulu roma..

Then dia ok sampai skrg.. lepas dari tu masa berlalu pantas.. cuma terlalu pantas sampai tak leh  tgk tv, masak, melipat kain.. sbb dok melayan dia je.. kalau nak g mana2 kena dukung dia kalau tak dia akan mula mengejar dan masuk ke dapur.. habis la kotor badan kan..

3 months dia start meniarap sendiri.

mengesot tak ingat bila

6 months ++ dia start ketawa mengekek

7 months 12 days dia start tumbuh gigi bawah,

8 months ++ dia start cuba berdiri sendiri

8 months ++ dia start tumbuh dua gigi atas.. 

Merangkak mcm tak.. 

skrg.. takleh buat kerja sbb bila kita start nak lipat kain dia akan mengesot ke hujung dunia, then dia akan cuba panjat kerusi dan berdiri dan cuba lepas tangan jadi mamanye terpaksa berlari ke hujung untuk sambut... letak dia kat sebelah dan dia akan pergi lagi ke tempat lain.. so akhirnya penat ikut dia jelah.. Jadi mana ada masa untuk tgk benda lain.. kan?

Camne org boleh ada 6, 7 anak eh?




Tuesday, May 28, 2013

Video humaira

video

Forcing her to wave but dia tak nak.. sbb dia tak nak ditinggalkan.. plus bukan nak bawak dia berjalan pun.. Esoknya dlm kereta.. buka tingkap sambil tgk cat.. then dia wave at the cat.. Ceh.. Skrg baru nak wave..

Monday, May 27, 2013

Humaira waves for the first time

Puas bercuti 3 hari.. Melayan humaira mmg handful tapi gembira dgn keletah dan ragam yang baru yang dia introduce setiap hari.. Tapi baru2 ni rasanya seolah2 she learn how to wave. Masa tu rasa mcm serious ke ni.. Sbb dia seolah2 menggenggam tangan dan buka tangan pada org sekeliling.. bnyk kali... It happens every time  amik dia dari rumah pengasuh.. Bila cakap bye bye.. tetiba dia buat tangan mcm tu... tapi tak rasa obvious lagi..

Then on Sunday pergi Tasik Cempaka and when I hold her then she is like waving to her papa.. Kitaorg mcm ingat kebetulan jgk..

Then suddenly today when we are on the way to our car to go to work and send her to baby sitter and suddenly she is waving.. walaupun ko nak bye bye kat sape la kan.. konon2 bye kat semua org.. humaira nak g jalan dah ni... Then I stopped and told hairos that she is waving.. Bila hairos cakap bye... dia keep on waving.. Haha weird.. Atau pun rasanya semua baby pun dah bleh wave kot masa 8 bulan.. 

Haha but that is the miracle that I see today.. My baby's waving for the first time.. Awwww *terharu* 8 months 26 days

P/S: Sampai umah pengasuh nangis.. sbb ingat nak g jalan tapi rupanya tinggal kat umah pengasuh

Thursday, May 9, 2013

The proposal

Pagi ni jumpa supervisor. After two hours discussing about the topic Ohhhh now I know what that topic is about.. Roughly la..

Then at 2pm I start writing out the proposal.. Hah.. It took me 1 hour to finish it.. Just one page.. 

Sending it to him already to be recheck.. I believe I'll be receiving a lot of correction in red pen hehe..

But it's ok.. takkan sekali buat terus2 betul plak kan,, At least i'm taking the first step..

I don't know whether I'm into the computer architecture. I'm really into microprocessor and digital logic subject during my degree..So pretty sure I'm in the right direction of interest... but to design the real connection of multiple processor cores.. phewwh

Hopefully I make the right choice.. I hope i'm in the right direction. May Allah help me to go through this PHD journey. May Allah makes it easy on me.. InsyaAllah

Wednesday, May 8, 2013

The day that I felt so lost



During my study in Diploma.. Everything was so easy.. No need to study that much I think

During my degree, struggle a little bit. but still managed to get good results.. During this time I can finished reading up to 30 pages of books per day.

While doing my master, even though I did not understand much about the paper that I read but still I know what to do, which direction to go, What type of experiments should i perform and end up ok.. 

Now trying to write a proposal for PHD? I'm just lost at the title of the topic, Stuck there. Don't know which way to go. 

Friday, April 19, 2013

Catalogue 1 april - 11 May 2013


Assalamualaikum,

 Jom cuci2 mata.. 

dgn the latest catalogue from tupperware
































Check suhu bila demam

Assalamualaikum,


Akhirnya jumpa masa free nak update story. Hari ni nak citer pasal thermometer. Sebelum ni bila humaira demam atau agak2 nak demam, akan check thermometer pakai strip thermometer. Tapi doctor biasa kata strip ni tak berapa accurate sbb dia measure temperature of the skin bukan body temperature tapi cukupla kalau nak tau either normal, hot or cold temperature. 

strip temperature

Tapi humaira asyik demam bebaru ni.. Suhu naik turun, tak menentu so ingat nak beli yg accurate skit, sbb bila pakai strips tu at least tau la kalau body temperature maybe at least cecah 40C. Ini mcm pasti tak pasti..agak2 je kalau nmpk hijau dia tu dekat 39++ pun tak boleh accurately kata bape exactly suhu dia.

Dulu pnah guna digital thermometer yang kena tunggu seminit tu.. kira la 60 saat.. tapi yg humaira ni kalau letak je kat bawah 10 saat je boleh duduk diam.. asyik gerak2 susahla nak tau betul2 suhu dia.

So akhirnya tadi tgk2 terus je grab 1 guardian punye infrared ear and forehead thermometer.. agak2 susah nak check kat telinga.. dekatkan dgn forehead pun cukup.. takyah tunggu2 60 saat.. Sesaat pun dah cukup ye.. Jadi saya suka :)..

confuse kan? dah mcm kapsul masa 

Bentuk dia mcm kat atas ni ha.. sekali tgk mmg pelik.. nak check camane ni kan? Mudah je,, Memula kena setting masa, and date .. lepas tu buka penutup kat atas tu, yg first tu untuk forehead.. Letak kat forehead click start, dan terus dgr suara berckp, your body temperature is 36.1C. Boleh set Fahrenheit atau Celcius.

Pastu yg forehead punya bahagian tu boleh buka kat bawah dia lagi  and bawah dia plak untuk check through ears.. just letak kat ear and press start.. itu sahaja.. semudah alif, ba, ta

Harga pun berpatutan, 

RM149.00

Bateri included, kalau nak ganti nanti beli je bateri jam. Sama. 

And kalau ada problem bawak je ke guardian balik, nanti dia akan tolong hantar ke kilang. 


Friday, March 29, 2013

Pemilihan cake

Tgh mencari cake yang sesuai untuk esok.. Tak tau nak beli siap ke nak tempah?. Kalau tempah boleh ke siap kan? hehe.. 

Skrg cake dah ada pelbagai perisa,

Chocolate Moist Cake
Chocolate Mud Cake
Vanilla Bean Cake
White Chocolate Mud Cake
Red Velvet Cake
Carrot Walnut Cake
Neapolitan Cake
Tiramisu Cake
Rainbow Cake
Double Choc Chip
Vanilla Sweet Surprise
Classic Carrot Walnut
Cookies & Cream 
Hi Hat Cupcakes
Hummingbird
White Chocolate & Black Sesame
Dark Chocolate Truffle

Tu belum masuk nak topping apa,

Cream Cheese,
 White Chocolate Buttercream, 
Meringue Buttercream (Swiss / Italian), 
Chocolate Ganache 
 Fondant

Tergamam kat depan kedai atau pun blog sbb tak tau nak pilih yang mana sbb bnyk sgt choice yang tak pnah dgr..

Tetiba teringat kek kawin org zaman dulu2.. Kek kawin mesti semua lebih kurang sama.. Time tu kek bukanla satu agenda penting.. Ada boleh takde pon boleh
Perisa rasanya sama.
Buttercream cake.
Pastu ucapan lebih kurang sama pattern tulisan,
Cuma mgkn kaler je lain2.

Somehow rindu nak mkn cake mcm tu lg, haha boleh?..

tak jumpa gambar cake camtu dah. ni jumpa pun untuk birthday

Wednesday, March 27, 2013

In the end, you are mine!


Dah sebulan lebih dok pg tgk2, survey2 kat mines.. tgk galaxy tab note 10.1.. Hari2 tgk kat digi store kot2 la berbaloi amik package dia.. so bolehla beli murah sikit. Yelah harga dekat RM2000 ko, giler la tak pk panjang.. Then hari2 jugakla dok bercerita kat abah, hairos and semua org yang dijumpai... worth it ke pakai tablet.. kalau pakai handphone ok gak kan untuk call, ni kalau tablet untuk apa.. sedangkan dah ada laptop and pc. 

Tapi dah hari2 tgk website and pic dan akhirnya setelah tak tahan godaan, terus nak g mines  and nak beli la.. and terus suruh abah pg kautim dgn cina yang dia selalu beli handphone.. Then dapat harga yang sgt best. RM1880. hehe.. Color nak yang putih ye.. Pastu tetiba abah cakap.. takyah bayarla, abah bg hadiah je.. I was like what?????

hik hik hik 
Best2

and so it is mine,







Monday, March 25, 2013

Tomyam yang tak berapa nak koong

Smlm first time try masak tomyam ayam.. Hehe yes yes i know blur sungguh sampai tak reti buat tom yam .. End up rasa mcm masam dah ok, masin dah ok.. tapi ada rasa yang tak kena.. Ayam ok la.. rasa ayam yg cukup masak haha.. Org kata masak tom yam la benda yang confirm jadik.. tapi tak apply untuk diriku ini.. 

oleh kerana tomyam smlm ada lebih so pagi ini oleh kerana ada cita2 ingin berjimat maka bawak la bekal..



Siap pack!


Bagus kan berjimat nih.. masak sendiri pun confirm lebih bersih..

Wednesday, March 20, 2013

Plan birthdayku

Seperti yang diketahui oleh aku dan suami, next week is my birthday 300313. First time sambut dgn humaira.. Weee best2.. Tak decide lagi nak buat apa, nak makan dekat mana.. nak g mana.. tapi nk tahun ni sambutan lagi best walau hanya kitaorg bertiga..

Asyik plan untuk farewell party org je kat ofis ni.. party sendiri tak nak plan ke kan?

Ada mcm2 plan,

Nak pg lepak2 taman,,
Nak pg Aquaria,, --> ni nak anak yg bergumbira
Nak pg IKEA -->saje mencuci mata tgk barang2 cantik. ni pun therapy diri.

Semua nya low cost kan abg?.. Isteri yang baik harus selalu memikirkan budget suaminya. hehe.. 





Tuesday, March 19, 2013

Tupperware Brand yang saya beli

Salam sayang... tgk2 wall post baru tau lamanya tak update blog.. sempat membaca blog org je.. Sbb dah start kelas makanya setiap hari harus membaca buku.. tapi masih sempat membaca post2 org lain hehe..

Jadiknya hari ni nk share tentang brand tupperware. Hahah sah2 semua pelik kenapa pulak tetiba nak share tentang brand tupperware?? Sbbnya anak dah start makan solid food and takde tempat nak letak solid food dia untuk dihantar ke babysitter. Mmg sbb tak bersedia sbnrnya kan.. Excited2 jugak tapi preparenya tak jugak. Pastu tanya la member2 yang anak diaorg dah start solid. So sorang ni rupanya agent tupperware ni. Dia kata dia beli tupperware kecik2 kat tupperware store ni lah.. So dia pun bg lah tupperware catalog

Jadik dari mata turun ke hati
.
.
.

Dari nak beli satu barang terbeli ke barang2 yang lain. 

Mcm mana tak beli weh.. Cecantik tu barangannya.. 

cer korang tgk

Jug air

Botol air dgn botol dan paip air dgn botol susu pun ado

Ni tupperware untuk mengekalkan sayur fresh. Ni paling aku suka

tupperware comel nak bekal mknn sbb konon2 nak go green

gambar first tu la yang dibeli sbb nak simpan solid food 
 ni kitchen on the move namanye 
boleh potong sayur, ayam n daging, bawah ada dua bekas
satu bakul yang boleh toskan
satu lagi bakul biasa


sambungan kitchen on the go.. yang belah kanan tau. siap ada grinder sekali tau

Terkesima tak dgn kelawaan dia.. Yelah kita dok dapur nak la barang2 yang cantik dilihat jugak.. sebenarnya bnyk lagi.. Tapi kali ni nak share yang ni jek. So aku amik 

1 botol air comel
1 bekas tupperware untuk isi sayur tu
 (harus ye, bila anda cuma memasak pada weekend jadi sayur tu boleh tahan 2,3 minggu di situ)

1 tupperware purple tu untuk tapau makanan 
1 set tupperware kecik2
dan 
1 kitchen on the move

Jadi nmpk la bnyk kan.. 
tapi bila jadi ahli harga jadi berbaloi2.
dapat diskaun 25% :)

kalau nak jadi ahli kena bayar rm70.
Dapat kitbag
and dapat 2 tupperware free..
So bertambah la collection tupperware.

Cuma syarat untuk kekalkan diskaun 25% tu kena la ada jualan sebanyak RM500 dalam tempoh 6 bulan. 

Jadi kalau korang nak join jadi ahli n nak beli jugak tupperware yang cantik2 ni menjadi koleksi di rumah, boleh la email ye @ rinaazlin84@gmail.com

Nak tanya2 pun boleh jugak