nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 26, 2012

Qairene terkena gangguan..


Last Friday, Qairene meraung2 menangis tiba-tiba bila masuk waktu maghrib.. tak paham jugak kenapa sbb masa tu baru je balik dari Warta beli hadiah wedding sepupu hairos. Ingat dia just ngantuk sgt.. and tak tido2 dari td.. Pastu dia tido then everything are fine sampai esok.. Esoknya kitaorg kat Perak.. attend wedding.. tetiba mlm tu aku pergila mandi kejap and bila pegang qairene untuk susukan.. tetiba dia taknak bila baring.. Terus menangis meraung2.. sampai dah tak tau nak buat apa.. Terpaksa pg umah belakang jiran pakcik dia cari buai.. terus tidokan and dia tido sampai ke pagi.. Just figure ni mgkn nak berubah bulan ni.. mcm2 ragam.. Esoknya balik Kajang, my mom house and the same thing happen.. masa tu tak teruk so tak pk bnyk just pk dia nak tido.. buka surah Ruqyah and then dia ok.. then balik umah BSP dia dah tertido.. Esoknya cuti krismas.. And hairos kuar masa tu kejap beli mknn.. I try to put her to sleep and dia nangis.. memula slow.. then hairos balik.. dia tak jugak berhenti2 nangis.. She doesn't want me to hold her.. susu pun tak nak.. apa pun tak nak.. hairos suapla air yasin pakai picagari.. Hisap dgn lajunya sbb dia lapar.. tapi tangisan makin kuat.. bacakan ayat kursi pun makin kuat..

Terus rasa takleh jadik ni.. jom p Darrusyifa'.. Pergi mlm tu tutup plak.. ada kuliah mlm tu.. Takpela sbb dia dah tido.. As long as lepas mahgrib tu dia dah tertido dia akan ok sampai esok.. then esoknya pergi la Darrusyifa'.. masa ni dia still nangis2 lagi.. Elok ustaz tu pegang je kepala dia.. sambil tutup telinga dia.. (I'm not sure why la kan) somehow dia terus ok.. Terus kembali gelak2.. sambil drooling pandang ustaz tu.. ustaz tu pun lepas abis baca dia picit2 pipi qairene and dia cakap InsyaAllah ok dia ni.. Mlm tu aku baca ayat Al Baqarah, ma'surat and Hairos bacakan Yasin.. kitaorg dah ready bila masuk waktu maghrib.. and aku p sembahyang kejap sambil hairos pegang.. dgr dia dah start nak merengek2.. Habis sembahyang terus pandang qairene and tgk mata dia dah layu nak tertido.. Agak ragu2 nak susukan qairene sbb dari hari tu bila baringkn atas aku untuk susukan seolah2 dia takut and menangis lagi teruk.. tapi aku cuba je and dia terus ok nak hisap susu and tertido.. sampai pagi tadi.. 

Bila ada anak kecik baru tahu tentang benda2 yg kena jaga.. Balik tak boleh waktu maghrib.. kadang2 sebelum ni main langgar je.. Tapi apa yang berlaku mmg rasa sgt menakutkan.. I'm so afraid I will lose qairene that nite.. sbb dia menangis sambil menjerit2.. mcm nak hilang suara.. takut dia takleh bernafas sbb terlalu teruk menangis.. rasa mcm lemah sekali masa tu.. Nasib la dia nak jugak dgn aku that nite.. sambil menangis dia tertido sbb terlalu penat.. tido pun teresak2 lagi..

Hari ni jumpa la member aku.. and dia cerita anak saudara dia terkena masa pergi rumah terbuka jiran dia.. Anak sedara dia masuk tandas then tetiba keluar muka terus berubah and tak boleh bercakap.. pergi jumpa sorang ustaz ni.. nak berubat..bila ustaz tu start baca ayat dalam bahasa arab, tetiba mak member aku ni terus bgn cakap tak jadi berubat.. sbb nya ustaz tu (dia kata dia ustaz la kan) cakap and mak member aku ni faham bahasa arab.. bila ditranslatekan dia cakap "datangla kepada aku, demi Tuhanku.. " Something like that so seolah2nya memanggil benda lain.. 

So apa dia buat.. diaorg buat Yasin 7 Mubin.. kat tempat yang rasa paling tak ok kat umah tu.. So akhirnya  rasa tak kena kat bahagian tangga.. So bacala Yasin 7 Mubin.. Mmg agak penat baca Yasin 7 Mubin ni tapi demi anak dia kan.. and mlm tu si ayah dia tido sambil mcm bergaduh and esoknya anak dia Alhamdulillah ok.. So  bila tanya kenapa.. si anak ni cakap dia nak g buang air.. sampai kat bilik air dia nmpk benda tu mencangkung kat tandas and terus lompat kat atas dia.. and dia takleh bercakap.. sampai cikgu tadika datang umah tanya kenapa budak ni tak nak bercakap langsung.. Tanya ada ustaz ni dia kata ada org nak test ilmu and dia letakkan dalam tandas org tu.. Sampai tak boleh bercakap budak tu.. Bila dia nak bgtau dia akan terus pegang leher dia.. and tak jadi cakap.. 

So member aku ni ajar la baca beberapa ayat pendinding yg dia biasa buat

First yang Yasin 7 Mubin.. Ni biasa org buat pagar rumah. Mmg penat.. baca dari ayat petama and berhenti pada ayat yang berakhir dgn first perkataan Mubin. and ulang balik dari mula yasin and berhenti masa Mubin yang kedua.. and baca lagi dari awal sampai jumpa Mubin yang ketiga and mcm tu seterusnya sampai jumpa Mubin ketujuh and ulang balik dari first sampai akhir Yasin.. 

Kedua -  bismillahillazi la yadduru maasmihi syai'un fill ardhi wala fissama wahuwaissami un alim...
bermaksud "Dengan nama Allah, yang dengan namanya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dia Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Ketiga - Suumum bukmum fahum layarjiun 

bermaksud - Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Keempat - inni jailun fil ardhi kholifah. bermaksud..

Maksudnya adalah bahwa Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah (wakil atau pengganti ) allah untuk memakmurkan bumi..

tapi dia kata yang ini kena hati2 sbb kita kena kuat sbb kita nak cakap yang kita adalah khalifah/ketua di muka bumi.. so kalau tak kuat..and kalau benda nak lawan kita balik,, kita boleh terkena balik.. 

Wallahualam.. Apa yang penting kena yakin dalam hati.. 

Tapi lepas ada anak kecik.. perlu ada pendinding sbb ada benda2 mcm ni yg suka mengganggu anak2 kita.. Semoga kita sentiasa meminta dari Allah

Bak kata sebaik2 penawar adalah ayat Al Quran dan waima manusia yang paling lemah pun boleh melawan syaitan yang paling kuat dgn ayat ayat Al-Quran..dgn izin Allah tentunya.. Allahla sebaik2 pelindung..





Wednesday, December 12, 2012

3 bulan sudah


Name : Nur Qairene Humaira binti Mohd Hairos Soleh
Age : 3 months 12 days
Favourite things to do: Cry
                                  Eat (dont want bottle fed if mama is around)
                                  Not sleep
                                  Poo
                                  Berdukung (Especially when again mama is around) 
New thing that she loves: Her new lamaze horse.. 
Tricks : Holding her horse, pulling her horse, memegang2 bendala kan.. 
            Tgk kipas and tetiba gelak.. mcm la kipas tu pusing laju2 tu berbual ngan dia.. 
            suka bantal bercolor2
            Bercerita sampai terlupa amik nafas.. Punyela nak bgtau bnyk sgt benda.

 Skrg dia mmg sayang si kuda dia nih.. sampai nak tido pun kena ada kuda around.. Siap papa nye punya ayat hah tido2.. kuda pun nak tido jugak.. Mmg tak blah sungguh..


the rotation video nih mmg menyakitkan hati.. dia sendiri pilih side mana dia nak tunjuk.. owner takleh choose.. 

Sleeping with horsy.. 

Monday, November 12, 2012

Berpantang!

Entri kali ni plak pasal tempoh berpantang aku.. Aku tak pasti tentang org lain.. tapi aku tak melalui tempoh berpantang yg smooth kata org.. Elok je sampai umah ramai sgt org.. takleh nak rehat.. seminggu aku tak tido.. siang ada org.. mlm baby bangun.. elok tepat kol 12pm mata dia terbuka.. dah cam cinderella.. kol 6 dia tido and waktu tu semua org dah bangun and mak aku plak letak aku kat tgh2 ruang tamu.. and aku mmg takleh tido la bising2 tu.. so aku mmg melalui gangguan emosi yg teruk waktu tu sampai menangis2.. 

Baby plak dalam umur bape hari dia kena jaundice.. so kena stay kat hospital.. aku ni plak bersalin kat annur so malas la nak pg hospital lain.. then jaundice dia makin teruk.. check memula 11.2, then 13.8,, then naik 15.2.. memang kena warded la.. baru kuar ward then aku masuk ward balik.. tapi masa tu pk gak mcm mana la nak bayar annur ni kan.. harusla mahal.. Nasib la tergerak nak tanya pmcare waktu tu.. and dia kata medical cover untuk anak yg kena jaundice selama tempoh umur anak 14 hari sahaja.. Phewhh selamat duit.. kalau tak pitam gakla nak bayar ribu raban... 

Masuk ward.. adala satu kisah menyayat hati.. ada 3 baby yg kena jaundice including baby aku.. sorang masa baby aku in dia dah nak kuar walaupun jaundice dia still tinggi.. then tinggal la baby aku and another baby girl yg tarikh lahir sama ngan anak aku.. ingat lagi nama dia.. Dary Azalea.. peh artist ko nama..
 Then at nite biasanya aku dok melawat si qairene ni,, 
so tgkla budak sampaila ke mlm dia merengek2.. dah bagi susu, dah mandikan, dah pujuk2.. semua dia tak nak.. nurse tu pun cakap dia mcm nak mak dia.. sedih weh time tu... so aku kadang2 tolongla tepuk2 budak ni.. sedih tgk dia..mak dia tak datang time tu.. nenek dia je datang bagi susu yg dah dalam botol.. takt au la maybe mak dia sakit kot.. Then masa hari kitaorg dah leh keluar budak tu dah leh kuar dah lama.. tapi mak dia tak amik2 lagi.. kitaorg yang dapat discharge petang pun dah balik dulu.. Mmg kecian la budak tu.. hukhuk

Then after anak aku dah recover from jaundice.. dia develop plak colic.. aku yg salah makan kut.. so dia menangis every nite.. rasa nak pitam pun ada time tuh.. colic ni tahap nangis mcm takde point.. then after aku dah realize kesilapan tuh.. aku try to not eat anything yg boleh menyebabkan dia colic.. tapi sampai skrg aku masih lagi berpantang sebenarnya.. sayur yang aku boleh mkn hanyala sawi sahaja.. hamik ko.. then skrg dia dah beransur pulih.. cuma kena kerap tuam selalu perut tu.. Dan kerana dia colic la dia jadi berisi . sbb sepanjang dia colic dia suka menyusu.. mcm satu benda yg mengcomfortkan dia.. so dia akan menyusu sampai muntah..dia overfed.. tapi aku layankan saja.. since tu je yg boleh menyebabkan dia senyap.. kalau tak dia akan nangis sampai hilang suara.. 

Tapi rupanya anak aku nangis bukan sesaje sbb ada satu mlm mak aku try buka surah al baqarah and itu la pertama kali dia tido sampai pagi.. Then jiran aku pun ada suggest pg darusshifa' amik air penawar.. Then ktorg terus ke darusyifa' ptg tu jugak.. Sampai2 kat sana.. tetiba dgr suara pompuan mengilai2.. jgn kacau aku.. menjerit.. seram ko... And bila sampai turn aku adik kat kaunter tu ckp kejap eh kak.. org tadi tgh baru nak sedarkan diri. takut dia kacau anak akk pulak.. tunggula kejap.. then dia panggil.. dia bacakan surah2.. then bawak balik air.. dia suh mandikan and aku minum sbb breastfeed kan.. so dapat dia minum sekali.. tapi aku baru tau ygkita takleh pakai tangkal.. mcm gelang hitam, rantai.. sbb jiran aku buat benda yg sama untuk anak dia tak nangis then dia pg darussyifa' untuk dapatkan air and ustaz tu nmpk so ustaz kat situ terus ckp astaghfirullah and amik gunting potong gelang tu.. katanya syirik percaya pada tangkal mcm gelang hitam, tangkal or anything.. 

And syukur sgt2 pada Ilahi anak aku dah recover dari menangis2.. 

Tapi disebabkan selalu berdukung masa dia jaundice +  colic dulu.. so dia sgt suka berdukung setiap kali bukak mata.  rasa nak pengsan.. sbb tu la kalau hairos OT ke mlm tu aku rasa mcm nak patah pinggang.. tapi skrg nasib la dia dah suka berbual2.. so dia mcm terleka bila kita berbual2 ngan dia.. sbb dia nak jugak berckp balik n seolah2 ble response balik apa kita ckp.. haha mcm la paham apa yg mama cakap kan? 


So konsepnya boleh tak time berpantang tu kita forward je kepada 2 bulan terus.. 

So tak yah la trauma kan?

The end

Friday, November 9, 2012

The first video of her

Haha don't know why I want to post this video.. easy to find later i guess.. or i just obsess with her..haha


Yesterday she didn't want to sleep at her mattress so i have to let her sleep on my stomach until morning.. and i just can put her on my side the next morning.. but not on her mattress because somehow she will realize when I am not around.. Is it because of the bond of the breast milk.. haha.. cannot go far from her mother.. 

My baby at age 1 month plus i guess this time..

Tuesday, November 6, 2012

Qairene's birth experience

akhirnya baru la ada masa nk menulis.. sepanjang berpantang busy jaga baby..susah rupanya jaga anak ni haha..baru tahu.. huh rasakan.. anak plak jenisnya meragam nak berdukung je lagila.. tak cukup tenaga dibuatnya... dgn tak cukup tidonye..  masa tu turun berat laju je..9 hari dah turun 12 kg..So kali ni share experience masa bersalin hari tu.. punyala lama dah citer ni.. lebih 60 hari dah haha..

So on 30th august 2012.. nk balek kerja.. layan movie grey's anatomy dulu.. ,, dah kol 6.00 hairos ajak blk.. tp rasa la mengeras cam every 5 min.. tp nk bolayan.. kadang selalu gk camtu... tp hairos ajak gak g az zahrah,,..kot2 la apa2 kan.. tp ajak dia p dinner dulu kat oldtown..  mmg nk mkn kat situ.. dia kata p klinik dulula..ces.. (and mmg kempunan pun akhirnya)

 check2 dok kata ank awak tinggi lg ni.. tak mgkn bersalin lg,.. tp bgtau la.. baby sy cam kurang aktif jek hari ni.. dia pun nk sedapkn hati seluk la.. tetiba tgk da buka 2 cm.. tapi dia kata lambat lagi ni.. dalam minggu depan ke.. 

Dalam hati ohh okeh.. ble la beronggeng2 minggu ni.. sbb cuti 3 hari kan time tu.. jumaat sabtu ahad,, budget nak p tgk movie ke.. shopping ke.. sbb patutnya lagi sebulan kan due date nye.. Tetiba.. masuk bilik air nk buang air.. tetiba darah kuar bnyk gile.. dah cam period.. cuakla baii.. apahal plak kan.. tetiba dok kata dia pun tak pasti kenapa.. so terus suh refer annur.. smp2 annur tunggu lagi.. dah la lapar tak makan dari tghari nih.. pastu dia nye nurse pun cuak2.. tak tau kenapa bleeding.. terus call2 doktor.. then terus doc biasa kata prepare for emergency ceaser.. sbb takut baby lemas.. Cuakk giler.. tapi lagi cuak nak emergency ceaser kan.. walaupun masa tu takut nak beranak normal tapi bila pk nak jaga untuk ceaser tu leceh.. rasa better op for normal.kan. tp for now takleh pk apa dahh.. redah je... yg penting baby selamat,, tetiba nurse bwk naik atas. siap letak atas wheelchair.. confuse sbb tak rasa sakit ke apa kan.. 

Then dia pakaikan baju biru for operation theater.. by that time Dr pakar sampai.. Doktor Khamsiah.. Dia pun make one more check up..dia marah org yg pepandai decide nk suh ceaser.. dia kata kalo tak tau jgn pandai2 katanya.. ni bleeding sbb seluk2 tadi.. Ohh ye ke..taktau plak seluk bole bleed teruk kan. I mean who would have thought rite..bukanla salah sesape.. mgkn dok tu takde experience.. Even masa kat zahrah pun diaorg clueless kenapa bleeding camtu.. Dah dia ni doc pakar kan.. harusla bnyk pengalamannya

 then dia kata awak still akan bersalin by harini sbb dah 3 cm.. time tu dah kol 11 pm kot.. Then tak sakit lagi.. boleh facebook bagai.. nurse seluk lagi setengah jam pastu baru 4 cm.. by 12pm tetiba rasa sakit yang amat.. nurse pun terkejut sbb baru 4 cm.. tadi.. then dia check balik terus dah 8 cm.. terus kata ok prepare for delivery.. 

Haha dan time2 tu jugak la aku nak epidural.. mau tak bising nurse2 tu kan.. mmg sakit la.. tunggu lama plak doktor bius ni.. mgkn lama rasa sbb dah dok menahan sakit selang seminit kan.. then dia kata takleh pakai epi sbb kesan dia lama sgt pakai spinal je.. ni kesan dia kurang sikit.. dalam 2,3 jam je.. epi untuk 8 jam.. by pukul 1.15 cucuk spinal.. haha 20 min pastu je bersalin.. push 4 kali.. alhamdulillah sgt2 sbb dipermudahkan.. tapi bayar spinal xxtra 400 just untuk sakit 20 min.. Rugi tak agak2.. haha.. Tp jahitan pun satu je.. yg dia potong tu je.. Adakah itu kebaikannya guna spinal.. sbb tak rasa sakit maka tak la angkat punggung kan.. 

But kesan spinal tu is so long on me.. diaorg kata it depend on individual.. dalam 8 jam baru ble gerak kaki.. Lepas ni boleh la op for spinal haha..

Maka alhamdulillah, I am a mom after that....to a tiny baby girl.. weight 2.4kg

Opps wrong side

Hup hup there you go!
but now dah tak tiny.. dah 5 kg after 2 months sbb masa jaundice dulu tak nak susu langsung.. 
bangun buka mata pun tak mo
Now.. nak susu sampai overfed. Apa cer?

Nak lagi ke baby soalnye??

Mestila nak..

Target for 4 babies! before reach 37 (^,^)

Now she is 2 months ++.. she can smile and talk now.. 
aguu aguu auu ooo aaa.. 

She is a miracle.

Muahh, Mama loves you so much!

Tuesday, August 28, 2012

Decide untuk simpan darah tali pusat baby.

Masa pergi kelas antenatal kat annur dulu, dah tau tentang Stem Life ni iaitu satu tempat yg mana dia akan simpan darah dalam tali pusat baby and akan preserve darah tu dekat makmal Stem Life. Then akan kena bayar la service fees untuk storage of the blood. So sesiapa yang amik masa tu akan dapat free gift dari Stem Life tapi kena bayar deposit dalam RM300. So masa tu tak bawak duit yg bnyk so tak register la.. Tapi taulah kebaikkannya kalau baby perlukan darah ke one day or adik2 dia memerlukan darah dia ke or dia ada penyakit berkaitan darah ke.. So adalah tersimpan darah tali pusat tu.. which is darah yang terbaik untuk kita adalah masa kita baru lahir. And peluang dia adalah sekali je seumur hidup.. Iaitu masa dia baru lahir .. and kita kena decide either darah tali pusat tu akan dibuang atau pun disimpan. 

Then bila semalam jumpa my friend and dia pun buat.. So esoknya terbuka pintu hati nak tanya the price and terus call pihak Stem Life.. Tetiba I just  know it's not that expensive.. Boleh buat installment la jugak kalau nak.. And terus akak tu datang tadi untuk sign agreement and terus bagi stem life kit untuk diberi pada doktor pada hari bersalin nanti. Sbb dah dekat sgt nak bersalin kan... So dia terus je bagi kit tuh.. 

On the day that I admitted nanti.. my husband will just need to call Stem Life and inform them that I was admitted. And call lagi sekali masa dah delivered and diaorg akan datang pick up the umbilical cord blood from the nurse and my husband need to sign an acknowledgement form. So kita just kena bayar until baby tu dah besar and baby tu akan decide sama ada dia nak continue untuk simpan darah ni and continue bayar ataupun dia boleh derma kepada pusat darah negara. 

Tapi dia ada jugak insurance katakan kalau darah tu tak function setelah dijaga dekat makmal, kita akan diberi pampasan RM100,000.00. And kalau katakan ada adik beradik baby tu yg memerlukan darah tu tapi darah baby tak compatible dgn adik beradik pihak Stem Life akan mencari darah yang sesuai untuk adik beradik tu and guna RM100 ,000.00 yg diassured tu.. If anything happen pulak sepanjang perjalanan diaorg nak bawak darah tu ke makmal plak, pihak Stem Life akan bayar RM25000.00 pada kita.. 

Tapi they still need to give test to the mom's blood and the baby's blood. And in case kalau ada penyakit2 mcm hepatitis B and C or apa2 sakit yang tersenarai dalam list yang dikeluarkan MOH diaorg takkan keep the blood and akan pulangkan balik duit kita. Biasanya result test ni akan dikeluarkan dalam masa 6-8 minggu lepas si ibu bersalin.. 

So since dia punya assurance dia sgt2la memberi jaminan so I decide to agree untuk register for Stem Life.. yelah kita tak tau apa akan berlaku pada masa akan datang kan.. Kita mengharapkan anak kita sihat sejahtera sentiasa.. ;).. but who knows rite?.. 

Apapun if you are interested you can call the Stem Life and ask for more information.. :)

The Stem Life kit



36 weeks @ dah cukup 9 months ;)

Went to Hospital Pakar Annur hari ni untuk check up baby yang genap 36 weeks hari nih.. Setelah makan dgn bnyk nye semasa raya, my hope is just the baby weight will at least cecah la 2++kg.. Dah naik risau dah bila dalam sebulan check up tu berat dia kekal 1.9kg.. Takut tak cukup berat.. Pastu at the same time nak tgk hemoglobin.. Sebab hari tu dah happy dah.. da naik dari 9.2 ke 10.5.. Dengan mkn dgn bnyk.. hopefully darah merah blelah naik.. 

Berat pun dah naik 1 kg sepanjang raya nih.. And bila check2 berat baby.... Yeay!... berat dia dah naik 2.45kg.. Huh bahagianya bile nmpk baby sihat.. jantung ok.. Then kepala pun dah engage... dah masuk ruang pelvic bone.. So far everything seems to be so well.. Alhamdulillah..Cuma my hb dah turun balik.. 10.3 plak.. The doc said still pucat darah tu. So she gave me iron tablet to increase the hb.. Hopefully by next week semuanya akan ok.. 

Then met pulak with my friend yg sama batch masa kat uniten dulu.. Dia pregnant jugak .. beza seminggu je rupenye.. Then dia citer masa baby first dia bersalin normal tapi amik epidural.. So dia tak rasa sakit sgt.. Rasa cam mild2 je.. mcm senggugut biasa.. Huhu.. sungguh rasa tergoda nak amik epi.. One of hairos friend pun hari tu wife dia amik epidural.. and rasa mudah je ... tak sakit sgt... cuma anak dia kepala senget sikit so terpaksa jugak ceaser... Hmmm tetap tak dapat decide lagi nak pakai epidural ke tak.. Mmg la ada doktor cakap cheating.. hehe..sbb beranak normal jugak tapi sakit dia tu tak rasa sakit mcm org yg tak pakai apa2.. tapi rasa takut la plak nak rasa sakitnya beranak tu.. Hopefully mudahla bukaannya.. Kalau bukaan tu amik masa lebih 24 hours mgkn akan pakai kut epi tu.. 

Oklah tu je update for the 36 weeks.. Daaaaa


Thursday, August 16, 2012

Dah ble masak?

Bebaru ni dalam satu post aku ada tulis pasal try resepi Kari Daging and masakan tu menjadik and since that day.. my hubby were crazily with the idea of me cooking curry chicken or meat every day.. And in a week last week ada la 4 kali masak kari.. Dia nak makan dgn roti canai.. Instant roti canai la kan.. Sib baik instant.. kang tetiba dia suh aku uli roti canai kang, hah camno tu.... 

But it's a great feeling when your husband loves your cooking and really2 giving you support to cook for him.. Kalau tak sbb dia yg sudi makan dari first kitaorg kawin dulu rasanya sampai skrg aku mmg takkan pandai masak.. Walaupun tak sedap dia akan makan jugak sampai habis.. and tak pnah complaint.. cuma kalau lauk tu sedap dari biasa dia mmg akan puji lebih2.. :)

But now.. dah bnyk benda aku reti masak.. Antaranya

1) Ayam masak merah
2) Ayam kicap
3) Kari ayam/daging
4) Sup suhun
5) Daging masak kunyit.
6) Bihun goreng

And a few easy dishes... Bagi org yang mmg langsung tak pnah ke dapur pencapaian ni dah kira hebat for me ;) This what has I learn after a year being a wife.. Hopefully next year I can cook more complicated dishes.. ;) ..Thanx abg for the support muahh

Saturday, August 11, 2012

@34 weeks

smlm p az zahrah balik lepas check up yg dua minggu lepas yg kena anemia tu.. Harapan da menggunung untuk tgh hb naik since da amik daging, buah and mkn supplement yg tambah darah..Check2.. yeah,.. it's getting better.. naik dalam 10.5 which is alhamdulullah walaupun still anemic lagi.. Hb have to be 11 baru ok.. Kena dtg lagi 2 minggu untuk tgk hb lagi.. 

Since I'm losing weight lagi.. doc check baby plak.. ingatkn berat baby meningkat.. tp berat dia pun turun gak... hari tu check 1.96 ni lepas 2 minggu jd 1.92 plak.. tp dia kata ble ada ralat.. tp since parameter dia yg lain which is ukuran abdomen and kepala dia normal.. ikut 34 minggu then it's fine.. cuma dia pesan mkn bnyk sikit sbb I keep on losing weight.. By right I should gain 0.5kg per week now.. Nak kata tak mkn bnyk sungguh tak logic sbb mkn rasanya cam biasa.. before pregnant masa puasa tahun lepas pun camni gak makannya.. and berat tak turun pun.. Ni mmg pelik.. Tak pasti kenapa leh turun.. 

Today tak ble puasa sbb doc risau keadaan me and baby.. and my body tetiba plak ada dehydration yg teruk.. sampai bibir pecah2.. and badan kering tak berair so skrg kena minum plenty of water.. Then buat test ada tulis KET : +1 so dia kata itu tanda bdn sgt kering... and even org berpuasa pun sepatutnya takde  dehydration mcm tu.. So waaa kena buka puasa.. waa kena ganti lagi.. takleh puasa sampai bibir tak pecah2 lagi dah.. Huk huk.. 

Lepas ni have to go for another check up.. lepas raya.. and let see dapat tak tambah berat dalam musim raya2 ni.. hehe

But received some good news.. My friend selamat melahirkan anak pagi tadi.. Congrats to her, Nurhaniza bakri!  And another good news esok my family ajak berbuka kat resident.. hehe..bestnya.. Yearly tradition.. but this year semua dah kawin.. me and Hairos and my brother with ina.. Bertambah ahli keluarga untuk berbuka tahun ni.. :)

Wednesday, August 8, 2012

Dapat kad raya!

Masuk2 ofis pagi ni.. Tetiba nmpk something atas meja that make me smile throughout the day.



Kad raya untuk tahun ni :)

For me giving me card raya lebih penting daripada bagi card harijadi. Kenapa?.. I have nostalgic memory on card hari raya.. Masa kecik2 dulu me and my cousin selalu akan p komtar JB tiap2 tahun untuk beli kad raya untuk kawan2 kitaorg.. and kitaorg akan bg to each other jugak.. Tapi skrg org dah tak minat bagi2 kad raya ni.. Diaorg lebih suka hantar e kad raya atau pun bagi sms jek.. Tapi bagi card raya tak sama mcm sms for me.. sbb kita akan peruntukkan card raya and ada effort untuk tulis kad raya tu untuk si penerima tu je.. tak mcm sms which is ble forward je msg tu untuk ramai2 org hehe..

So this tradition sentiasa diteruskan oleh aku and cousin sampai skrg ni.. and skrg I do it with my husband... walaupun dia pun tak pnah bagi2 kad raya sebelum ni tapi appreciate benda yang aku suka.. hehe.. Reading words from his handwriting really2 meaningful to me.. :)


Saturday, August 4, 2012

Menu untuk dicuba hari ini - kari daging.

I cook again today,.. selalu fail bila masak kari.. tak tau nape.. so nak try kari.. Plan nak buat kari daging.. Mula2 start dgn tgk resepi.. tapi rasa confuse dgn resepi tu.. dia mcm buat rempah kari sendiri.. ada jintan manis la... ketumbar la.. dah la tak kenal semua benda tu.. So guna saje rempah kari daging adabi. Santan pun.. santan kotak je.. Takde masa nak perah2 kelapa jadi santan..

Then tumbuk bawang merah, putih, and halia.. masuk terus cili boh.. Tumis semua tu.. masuk la bunga lawang, kayu manis bagai tu.. lepas dah pecah minyak.. letak air.. then confident sbb tak tau bnyk mana nak letak rempah kari.. gaul sajeh rempah tu dgn daging.. then masuk terus asam jawa and serbuk cukup rasa... and tunggu mendidih.. 

Buka2 puasa berdebar2 sbb pnah masak kari ayam sebelum ni.. and me and my husband tak habiskan langsung.. sbb ehem.. kurang enak di situ.. Tapi dia supportive di situ.. rela menanti masakan walaupun muka takut2 jadi apa plak kari daging bini den nih.. 

Tapi di situ ye.. kari daging ku menjadi... Ohsss me goshhhh... I can cook curry daging now!! Terharu.. Habis licin seperiuk... Oh Tuhan.. ku bersyukur.. sbb boleh menyediakan hidangan yang boleh dimakan hari ini.. :):):)

Next food --> Gulai daging 

Friday, August 3, 2012

Puasa and Raya tahun ini..


Sedar tak sedar dah 2 minggu kita poce.. rasa mcm ramadhan kali ni ialah masa puasa yang paling laju.. walaupun dah sarat bawak perut.. berjalan pun dah 2km/hour.. dulu setakat pusing tasik cempaka tu.. 2km/15 minutes.. Haha still tak laju kan.. Tapi entah kenapa puasa kali ni paling mudah berbanding dulu2.. Tak rasa lapar and dahaga langsung.. Ramai jugakla tanya puasa tak.. and so far alhamdulillah belum buka lagi... Mgkn sbb sibuk sgt hari2.. tetiba2 je dah kul 5 ptg.. Tak sempat nak pk lapar.. kalau dulu kul 1 dah pandang2 jam.. bilalah nak kul 5.. skrg mmg pandang jam je dah kul 5.45,,, tgk2 fb dah kul 6.30.. Terus balik kejar2 g bazaar.. Masak?? No, no, tak sempat.. Nak kuarkan ayam je dah masuk waktu berbuka agaknya... 

Esoknya plak bersahur.. tahun ni pun mudah nak bersahur... sbb tau nanti menyesal.. dah la mengandung kan.. mau meroyan tgk McD nye iklan kalau tak sahur.. Makan je apa yg ada.. ada roti makan roti, ada megi mkn megi.. masak?? no, no, no again... sbb nak cepat2 tido balik.. sat g nak p keje.. Mgkn sbb tu lost weight kut.. dari 63 drop 61kg.. hamik ko.. 

Tapi yang paling best nak gak beli baju raya.. Walaupun sampai2 kedai.. tgk baju2 yang mmg kompem tak muat and tau takyah la beli

Tgk baju2 camni

ni pun sure sangkut kat perut

yang ni kat pinggang tu takleh kut

sweet nye baju diaorg.. tapi apasal kurus sgt si scha ni *tetiba*


Tinggal ni je yang mgkn muat.. tapi tak jumpa plak yang lawa cenggini..




Tapi nak gak beli.. so hari tu pergi la warta.. tak bnyk choices for pregnant lady.. Ada pun tak la lawa sgt.. Ada choice jubah je.. kaftan takde sgt.. Try satu mmg tak leh blah.. tak cute.. So try lagi satu.. cam ala2 jubah manik2 gakla.. colour merah.. itu je choice yang ada.. Itupun labuh kemain.. Nak hantar potong.. takde org nak amik dah skrg ni.. walaupun untuk potong.. waaa.. So tak berbaju raya la saya tahun ni.. pakai je baju pregnant yang ada.. takpela.. tunggu jelah tahun depan.. hopefully dah kurus and ble beli untuk baby jugak..:):)

Since takde baju raya tahun ni.. my hubby pun tak nak beli baju raya dia.. konon2 teman la tu.. Tapi baju kemeja ngan seluar baru beli la plak ye.. huk huk.. Takpela abg, tahun depan ye.. kita beli together..

Plan for plak.. balik my kg je.. since nak travel dua kampung dalam keadaan skrg agak susah.. futhermore dah 35 weeks time tu.. For raya pertama and kedua dok kajang.. raya ketiga balik kuantan dah yeay.. The reason kitaorg balik lambat ialah sbb my cousin nye wedding ialah raya ke 6. So mmg demi dia lah ni.. balik raya ketiga and sampai raya ke 6..Pastu balik KL dah.. 

Yang paling penting raya ni masih dapat makan ketupat, lemang, rendang walaupun tak larat berjalan.. :)

Tuesday, July 31, 2012

Menu berbuka smlm

Smlm try masak satu lauk untuk berbuka.. I rarely cook for this ramadhan sbb masa I reached home pun dah sgt2 lambat.. sampai2 umah mmg dh dekat waktu berbuka.. Plus sgt penat bila smp umah.

Then semalam nak try satu masakan ni yang selalu order kat kedai.. iaitu paprik ayam.. Hehe.. mmg takut tak jadi sbb dahla nak masak benda baru.. dalam bulan yg takleh rasa lak tu.. Tapi since tgk resepi dia senang sgt.. jadi cuba je lah..

Tetiba jadik. wahhhhh senang rupanya nak masak paprik.. So smlm menu untuk berbuka adalah paprik ayam, telur dadar n sayur suhun dgn kentang (fav sayur)..

The next thing to improve is kari ayam and rendang.

Monday, July 30, 2012

Diagnose with anemia..

After 32 weeks that day.. tetiba rasa perut kerap mengeras after jumpa doktor untuk check up.. then malas nak pk sgt sbb baru je check up..kadang2 benda2 yang berlaku ni kdg2 takde pape sgt pun.. rasa cam alah jap2 lagi oklah tu..  tapi akhirnya mengalah jugak after hairos paksa g klinik.. Then pergi az zahrah sbb dia je ada doktor antenatal masa tu.. Pastu check sume ok.. baby sihat.. siap naik dari 1.64kg ke 1.96kg dalam seminggu.. Perut keras tu maybe sbb dari infection urine tu.. sbb check it's not contraction mcm nak bersalin since kepala baby tak turun lagi.. which make me so relieved sbb harap2 nya dia lahir waktu dah cukup term..

Lepas tu dok check hb sbb the check up clinic jarang check hb.. last check my hb was 10.5.. which is betul2 borderline antara anemia dgn ok.. Then check kali ni it become worst, my hb drop pada 9.2.. which is dah masuk dalam group moderate anemia... tak cukup dgn setakat makan makanan dalaman je.. kena stack up obimin.. dia agak bengang sbb clinic yg aku g check up tak check monthly the hb.. And dia kata kalau klinik gomen or hospitals mmg particluar benda2 camni.. So dia kata kalau mcm ni.. bila bersalin nanti kena transfer darah sbb 9.2 ni mmg tak cukup.. takut tumpah darah nanti.. so by two weeks she wants to see me again to check hb.. So dia citer la.. bnyk complication kalau transfer darah ni antaranya hepatitis B & C...etc etc..

Nasib baik masih ada masa untuk tambah darah.. kalau by now dah 37 weeks..mmg tak sempat la nak memekatkan darah.. by 37 weeks my hb need to be antara 12-14.. The reason kenapa darah ble jadi anemia pada pregnant woman is because masa pregnant badan ada bnyk air and it's mix with blood which make darah tu tak cukup pekat.. But some people kena darah tinggi plak kan.. maybe tu family history kut.. Hopefully by 2 weeks I manage to increase the hb..

Things to do:
1) makan obimin

2) Makan more red meat

3) Makan jambu batu

4) Makan hati ayam

5) Makan delima

Sigh... (~ ~) 

Wednesday, July 25, 2012

32 weeks..

It's 8 months already!.. How time flies.. Sedar tak sedar je.. Masuk 32 weeks ni I'm entering a different phase.. Rasa badan sgt berat.. balik rumah plak kena turun naik tangga.. Kadang2 rasa ble tak nak tunggu je dari bawah kot kot badan ble sampai terus kat umah tanpa perlu naik tangga.. Tapi orang kata senaman is good for delivery nanti. Hopefully adalah hikmahnya kena turun naik tangga everyday ni.. 

But the thing that I have to keep an eye of is my weight.. During my first trim dulu, my weight are increased dgn sgt laju.. bayang every month pg check up naik 3 kg's.. Now plak when entering the third trim, my weight sgt susah nak naik.. sebelum ni dari 53kg and dah gained current weight 63kg. Then last month jumpa doktor 18/6 berat still 62kg and now after next check up on 23/7, berat gained satu kg je.. Doc looks quite worried.. But takde problem lain. The baby health ok, amniotic fluid pun cukup.. berat baby mmg on scale.. which is 1.6kg. Everything are fine.. So hehe maybe my weight dah terlebih2 gained masa awal2 dulu kot.. so skrg dia tak naik sgt.. Since the baby are fine.. so I guess there's nothing to worry about.. 

Cumanye bebaru ni perut agak cepat mengeras.. during this fasting month... Doc said it is a contraction because I'm having urine infection also which can make the contraction lebih bnyk.. Cuma dia cakap just be careful because maybe it's a sign to deliver early kalau contraction kerap sgt.. Huh sweating.. Don't go out yet ok baby.. You are not ready yet.. Just wait for just 5 weeks more.. By that time you are already in full term. 

But the baby head are in cephalic mode now.. Meaning kepala dah kat bawah.. She has stayed that way since 6 months lagi.. cuma dulu my placenta dekat bawah so I was quite worried and make a lot of doa hopefully the placenta will move upwards. Alhamdulillah during 7 months dia dah naik sikit.. and bebaru ni pergi check up, the placenta dah naik bnyk cuma tinggal sikit2 je lagi.. MasyaAllah.. Thanks to Allah.. 

During this fasting month, my doa would be hopefully I can have normal delivery and my baby will see the world after at least 37 weeks. But Allah still know what's best for me.. and InsyaAllah what ever happen I will accept it....

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah Ramadhan muncul lagi.. dan kali ini ialah kali kedua menyambut nya dgn suami tercinta.. Last year tak masak apa pun untuk berbuka... baru sgt kawin plus mmg la tak reti masak... so berbuka mmg kat bazaar ramadhan la jawabnya.. masak kang sian pulak kalau tak sedap nanti,,, dahla lapar seharian.. kena pulak makan dgn lauk perasa pelik2.. haha.. so lebih mudah kalau g bazaar.. sambil jalan2.. kan best..

Tahun lepas ada jugak hari yang pergi terawih.. kalau hairos ada masa, sebab dia OT sampai tgh mlm untuk hari2 yg dia perlu bertugas.. Tahun ni plak.. lagila dah nak masuk 8 bulan ni.. kaki pun dah start sembap.. duduk antara dua sujud rasa sakit... So tak tau lagi camane nak pergi terawih kat surau/masjid tak?.. InsyaAllah cuba jugak la buat kat rumah kalau tak larat.. senang kat umah nak cari kerusi... InsyaAllah kalau mampu try buat sebanyak hari mgkn.. 

Hopefully tahun depan dapat la berpuasa bertiga.. ni pun tak tau la dapat puasa penuh ke tak. Harap2 baby dapat pose sama2 ye.. Permudahkanlah.. Takyah la nak pk nak ganti2 puasa lagi dah.. 

Anyway, di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak dan hopefully dapat lah dimaafkan semua salah dan silap saya andai nya ada.. Semoga ramadhan kali ni kita dapat kumpul lebih bnyk pahala ye? InsyaAllah....

Selamat berpuasa and berterawih!
From me and hairos..


Thursday, July 19, 2012

trimester 3 ;)

Masuk trimester 3, dah start rasa sakit2 sbb:.. 

1) Ketakseimbangan
berapa kali jugak la jalan terpelecok sbb badan dah tak seimbang.. haha tapi mmg salah sendiri sbb still nak gak pakai kasut ada tumit skit.. Hamik ko.. masuk ni dah 3 kali dah jatuh.. tapi tak pnah jatuh terduduk la.. lepas tu dah serik terus p bata beli selipar comfit.. 

2) Kicking 
Then this few days the baby is kicking wildly.. barula rasa cam somersault kan.. Ohhh sometimes mmg  la tak larat. cuma kadang2 rasa kelakar.. bila dia gerakkan lutut from left to right pastu right to left.. adoila.. nak g mana ntah.. Tapi bila dah start mcm buat acara2 mcm nak jugak gerak walaupun tak muat.. hoooooo time tu sakit.. 

3) Cramp
The worst one when I'm having cramp at leg masa tido... Ohh mmg sakit yang amat.. sebelum ni pnah kena jugak cramp tapi tak la sesakit nih... My husband asyik terjaga sbb terkejut bila i squeezed his hand so tight.. So every night pun dia terpaksa urut.. Hehehe bahagia... 

4) Kaki bengkak
Baru entering 31 weeks tapi kaki dah bengkak2 and kembung cam penuh air.. Memula tak perasan sgt kaki tu cam gemuk.. pastu tetiba time semayang rasa sakit.. tgk2.. aik. asal kaki cam nih... huk huk...takpela.. bnyk sakit ni bnyk la kot kurangkan dosa2 nan ado selama ni.. Dah mula google2 camane nak semayang duduk.. 


Tapi:
Still walaupun begitu, the best part masa pregnancy for me is shopping.. takleh handle.. semua nak beli.. so far semua barang dah ada dari last month tapi still buat some last minute shopping.. dah habis beribu raban dah untuk baby je.. Haih ni baru anak sorang.. Hopefully baby tak ikut perangai ni ye.. :)






Saturday, July 14, 2012

Time to wash the baby clothes

Setelah dapat satu weekend di mana both of us are quite free.. dan since my friends pun terkejut sbb tak ready lagi nak basuh2 baju baby and put it in a bag, so decide minggu ni nak basuh baju lah.. Balik2 kerja smlm terus punggah semua barang dalam plastik and put in laundry basket pastu terus basuh.. Ooomaii bnyk jugak baju nih.. entah sempat ke tak pakai semua.. dahlah semua baju baru perasan mostly 0-3 month.. kalau gemuk baby ni tak muat la baju2 ni nanti.. 

Tapi mostly baju my mom and mom in law yg beli.. So kitaorg menerima jek.. tgk2.. baru perasan semua bnyk barang baby.. barang2 maknye tak ready langsung.. jamu belum, bengkung belum.. baju untuk menyusu pun tak takde.. huhuhu.. esok harus p beli nih..

Abis je basuh2 baju.. tibalah masa nak menyidai.. nmpk takdela penuh bakul tu.. penuh lagi laundry kitaorg kalau basuh baju.. tapi bila time menyidai rasa nak tertido2.. sbb baju2 cinonet baby nih... tak tau nak sidai camane.. bnyk plak tu.. bila tang stokin.. lagi la..... 

Dan akhirnya siap sidai... Tadaaa!




Pasni angkat, lipat and put in a bag! Siap bag kita ye baby pasnih.. :)

Thursday, July 5, 2012

Anniversary ke 1

Pagi2 tadi tetiba my husband cakap "Lagi 5 hari ".. I was like "5 hari apa eh"

"5 hari lagi nak anniversary"

Dang! I forgot.. huhuhuh... Aiyoyo..

Then dia cakap "lupa la tu"...

Huhu *sweating*...

Emm nak p mana eh.. camna nak celebrate.. My friends nye rancangan sgt best.. Honeymoon balik ke merata2 tempat..

Tapi nak p mana2 mmg tak sempat dah la..Dahlah nak pose,... Emmmhh p makan2 jelah jawabnya..

Monday, July 2, 2012

Class antenatal

Pegi antenatal class last sunday.. Nak kuar di hari2 ahad ni dari pagi sampai ke ptg mmg serius rasa membuang masa yg precious untuk tgk tv di hari2 sunday yang mendung plak tu.. Elok tido nih.. Tapi sbb dah bayar maka gagahkan hati pg jugak... Sampai je dapat goodies bag yang sgt besar.. amboi.. cam handbag dgn bnyk betul barang kat dalam.. Positive parenting magazine, small2 notes on babies, sticker, cranberry juice, nappy rash cream, satu kotak besar susu nestle.. bukan sample ye anak2..., ubat gigi pureen for maternity, satu sample diapers mamy poko, dan bnyk lagi yang dah tak ingat dah..

Then makan breakfast dulu which is disediakan jugak.. pastu p kelas first which is about kanak2.. so in here bnyk dapat info dari segi baby yang lahir premature, apa problem dia, yg lahir term (cukup bulan) apa problem dia.. so baru tau annur only accept baby yang berumur 37weeks and above. kecik dari tu dia akan hantar p tmpt lain. So tak ingat dah apa akan berlaku tentang bayi lahir pramatang ni.. sbb bnyk sgt penyakit yg boleh berlaku since baby tu kecik..cuma benda yg paling ingat ialah dia cakap dia tak advise amik epidural sbb dia kata cheating :).. Sbbnya bila ibu melahirkan anak dosa si ibu terhapus seperti bayi yg baru lahir.. so cheating la kalau amik epidural. tak rasa sakit sgt..:) But still it depends la on people kalau dah tak tahan sangat maka drugs2 ni boleh membantu.

Then second class is about delivery. So handle by Dr Fatimah.. Dia terangkan pasal normal and ceaserian delivery.. Tapi dia start dgn nasihat2 tentang keagamaan yang sgt berguna.. Dia cakap baca lah surah maryam sbb kat situ bnyk benda yg kita boleh ambil sbg iktibar. Dan jugak dia kata masa baby nak dilahirkan point of hujung kepala dia perlu menghala ke bawah. mcm bersujud. barulah baby tu dapat keluar dengan mudah.so kalau dia senget sikit atau melintang baby tu tak mgkn boleh keluar, jadi di situ perkara pertama yang boleh diambil iktibar yang Allah ajarkan pada kita adalah supaya kita sujud dan patuh padaNya. dan kalau kita tidak patuh kita akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan... Mcm kalau baby tu melintang tadi of course dia tak dapat keluar dgn mudah.. So kalau kita cuba jugak melawan fitrah Allah, maka hidup kita akan sentiasa bermasalah.. 

Dr fatimah ni mmg citer2 dia bnyk penuh dgn nasihat, kisah2 benar yang dia dah lalui... tapi perkara pertama yang dia tanya kan pada semua bakal ibu bapa adalah kenapa datang ke kelas begini.. so ramai la jawab nak tau lebih bnyk benda, and so on.. so dia kata orang dulu2 tak payah pun pg kelas ni.. Siap dia cakap my grandma dulu ada 6 org anak ok jek.. takyah datang2 kelas.. So last2 takde org boleh jawab.. so dia kata ayat pertama yang diturunkan Al Quran adalah Iqra'.. bermaksud "read". So di situ Allah sentiasa menyuruh kita mencari ilmu. Kerana perjalanan hidup kalau mereka melaluinya dgn ilmu dan tanpa ilmu adalah berbeza. Bila kita ada ilmu kenapa kita kena solat, kena puasa, maka kita akan melaluinya dgn rasa gembira, dgn rasa syukur dan taat. sbb kita tau kenapa perlunya solat dan puasa.. Sama juga mengandung... Bila kita berilmu.. kita enjoy setiap kesakitan yg kita lalui..setiap new things yang kita alami, kita rasa seronok.. So jgn datang2 kat doktor alahai doktor saya mengandung lagi..So rasa mcm terpaksa.. And husband kenala memberi isteri tu rasa ready untuk ada anak lagi.. Biar masa isteri mengandung tu rasa tenang dan gembira.. Ada sesetengah guna kuasa veto nak anak 10 org.. So tak kira la isteri nak atau taknak.. Maka dia kata kat situ perlu ada perancangan bila nak melahirkan anak.. mesti dalam keadaan kita tenang dan kita bersedia.. 

And kalau bersalin tu bermasalah.. ada dua cara yg kita boleh guna either forceps or vacuum.. Forceps tu mmg seram.. dia besi.. so dia letak benda tu kat kedua2 belah telinga baby and tarik kuar.. but perlu dilakukan oleh pakar.. if not.. mmg ada case bayi cedera kalau tekan kuat sgt.. and besi tu dia masukkan dalam vagina satu2 ye anak2.. seram kuasa dua... Pastu ada lagi satu procedure iaitu dgn mematahkan bahu baby kalau dia tersangkut sbb kalau tunggu lama baby tu akan lemas.. so takde cara lain dia akan patahkan bahu baby tu untuk selamatkan baby... sbb katanya bahu tu boleh sembuh dalam 2 minggu je.. kalau lmbt 2 minute baby boleh brain damage sbb dia stuck kat situ.. and kalau 4 minutes late, baby akan mati.. 

And bnyk lagi.. kalau nak share apa yg belajar the whole day mmg panjang.. So secara ringkasnya ada tentang workshop from susu ibu, then ada tentang stem life.. Ni dia amik darah dari tali pusat anak dan dia simpan.. but have to pay monthly, so if anything happen to the baby masa dia besar.. contohnya accident ke.. so darah tu boleh digunakan.. ataupun boleh didermakan pada adik beradik kalau compatible,, pada parents pun boleh.. dia ala2 insurance gitu.. tapi agak mahal la kut monthly.. 

Then lastly ialah belajar persediaan ke labour room and pain management.. Kat sini diajar tentang.. apa yg patut dibuat dalam nak tunggu tempoh 10cm tu buka.. apa teknik2 pernafasan kalau sakit, kalau nak tahan dari push.. So a lot of things.. Datang dgn husband mmg lagi mudah sbb dia boleh belajar bnyk benda di samping belajar tentang peranan husband dalam labour room.. etc etc.. dia pun kena ingat semua teknik pernafasan so that.. dia boleh ingatkan wife kalau terlupa nanti kalau dah sakit sgt kan.. 

Fuhh panjang lebar nih.. Jadinya for me sgt2la recommended pergi kelas2 mcm ni.. so that by the time kita masuk labour room.. at least kita tau apa yang kita boleh buat.. and kita lebih confident.. untuk menjalani proses tuh. :)

Wednesday, June 27, 2012

Masterchef celebrity

Rancangan yang paling aku suka tgk skang is masterchef selebriti.. Dulu tgk sbb suka tgk tomok masuk.. skrg dah takde dah tgk tomok.. tgk semua org.. tak sangka semua terror masak la kan.. Dulu semua cam kata tak reti masak.. alih2 semua terror je.. takyah terkial2.. boleh je masak dalam 45 min and nmpk cara hiasan tu cantik plak tu.. Tak nmpk mcm novice langsung..

Tapi the best contestant for me so far is Dr Fazley.. Rasanya mamat ni pg mana2 group selalu je menang.. Maybe sbb dia ni pun doktor motivasi.. so every words yang dia keluarkan pun sgtla positive.. and he always kalau masak tu, selalunya masakan tu mesti ada extra dari apa yg chef mintak and design yang always out of the box

Mcm that day.. yg masa ujian cabaran luar.. pergi cocoa boutique.. masak chocolate!.. Masa tgh buat design kat pinggan.. Sumpah rasa masa dr fazley lukis tu rasa dia buat entah pape.. tetiba letak dalam freezer.. and then tang tang.. kuar kuar rupanya dia nak amik chocolate tu and letak as hiasan. Peh serius tak sangka.. ingat dia buat main2 je.. Nmpk la si soo wincci tu yang buat beria2.. and dah rasa confident mesti wincci tu buat lawa giler.. and sekali dr fazley buat yg nmpk simple tu jauh lagi menarik lagi si soo wincci ni nye design

And the most luckiest contestant so far for me is Tomok. Selalunya tak tersingkir no matter how pun dia tak reti masak pun benda tu.. But I really think it's not about luck.. but he really has the ability yg dia sendiri pun tak tau.. Tetiba je walaupun dia tak tau benda tu tapi dia tak disingkirkan sbb tetiba dia nye tema kena dgn masakan.. Tapi ramai org jadi tak berapa nmpk dia punya ability and rasa sape yang kena panggil dgn dia sure antara yang akan masuk proses penyingkiran.. but we don't know yet.. sbb dia mgkn ada talent yang belum org lain tau.. haha ;)

Azwan Ali yang nmpk mcm tu pun stay sampai top 8.. So far yg stay sampai top 8 skrg ni menyediakan hidangan yg bukan calang2.. rasanya masterchef yang sebelum ni yang bukan artis pun setara dgn kesusahan masakan masterchef celebrity nih.. 

No matter what, I really love the show.. boleh tak show ni jangan habis sampai bila2?? hehe

Sunday, June 24, 2012

Kenduri for 7 months

Baru balik dari kampung.. Kenduri for my 7 month of pregnancy.. Just kenduri doa selamat.. Diaorg buat hari Jumaat so tak dapat la balik awal sbb ada kelas pagi masa tu... Tghari tu after sembahyang Jumaat prayer ada ustazah ni datang with kumpulan tahfiz dia.. ngan student2 tahfiz yang perempuan.. dan diaorg bacakan yasin.. Ramai yang cakap sedap dgr and dia panggil my mom and sesiapa yang mengandung sekali masa tu.. Kebetulan ada my cousin pregnant sekali at that time..So kena duduk dkt and dia bgtau apa amalan yang patut dibaca sepanjang pregnant nih...  


Then at that night baru la sampai kampung.. Then mandi2.. get ready for solat hajat dan tahlil. So alhamdulillah everything went well.. cuma masa lepas solat hajat tu ada lagu tentang kisah Rasulullah.. Time ni sayu sgt.. Sebak.. Ingat kan aku sorang je yang nangis.. Rupanya my cousin and hairos pun sama.. Actually our family jarang buat tahlil ni.. untuk generation skrg ni.. My grandparents dulu suka buat.. but after dah meninggal.. generation2 my aunt tak buat semua ni.. So skrg ni mcm first time untuk semua org.. Make me happy :)... because at least start with new thing and it's a really good thing.. Hope we can continue doing this after this..


Anyway.. pnah dgr minyak selusuh??.. Huh berpeluh den bila makcik bagi satu botol minyak selusuh yang digoreng dari santan.. Tu ok lagila.. ingat kan sapu2 je.. Sekali....... minum satu sudu bila dah nak bersalin nanti.. Siyes ke ni?? Kita ble ke minum minyak ni.. My cousin dgn confident katanya.. nurse2 kat hospital dia check up suruh bawak minyak selusuh ni nanti masa nak bersalin.. aku? tercengang2... Nak buat ke nanti.. mcm mana nak minum satu sudu ni..Kena amik sudu kecik ke sudu besar nih.. Haha nanti2 dekat2 39 minggu baru pk.. 


Well that is the story about my kenduri on 7 month.. takde adat pelik2.. Nasib baik.. Kang ada yang nak melenggang perut plak kang susah.. And No picture.. semua org busy dgn kenduri.. melepak2.. berborak2,.. sbb dah lama tak jumpa.. Emm tak tau bila lagi boleh jumpa and melepak2 camni.. Ni yang rindu time belum kawin nih.. ;)


Oklahh.. till next time.. daaa

Thursday, June 21, 2012

3D scan pics and videos

Akhirnya dah dapat 3D video and pics.. Alhamdulillah... ada 30 pics and 3 videos.. Here some of it..





and here goes, the videos..





The second vid..dia tutup muka pakai tangan dia.. My husband said sebijik perangai mcm mak dia.. haha.. Tgk jelah nanti mcm mana :)

Wednesday, June 20, 2012

TQ card

Tengah surf2 fb tetiba ternampak satu gambar ni.. Emm my tq card masa wedding dulu.. Sedar tak sedar dah nak nearly one year kawin.. I'm happy with my marriage but kenangan masa hari perkahwinan tu sgtla best.. sampai rasa boleh tak nak ulang lagi sekali.. But my hubby tak interested sbb dia kata penat je hari tu..

But for me rasa mcm nak kawin lagi sekali. with the same person of course.. cuma kali ni tukar2 theme lain plak.. haha

TQ card from kad kawin ceria custom
I miss that day soo much!! Haha actually tak suka color ni.. suka color biru.. tapi sbb wedding theme color hijau terpaksala change the card color to green.. :)

Wednesday, June 13, 2012

3D scan.

Smlm pergi 3D scan at az zahrah. Memula rasa takyah pergi pun takpe.. tambah2 bila mengenangkan harga az zahrah yg very the expensive compared to other places.. Then dah alang2 amik cuti.. pergi jelah.. Sampai2 sana tetiba ramai la plak yg beratur.. Ni yang very the malas bila g zahrah ni.. Kompem berejam menunggu.. Then bila tiba turn.. the procedure start dgn buat detailed scan dulu.. Sbb nak tgk baby nye abdomen, chest, measurement size and weight then baru la ble buat 3d. Itupun depends kalau baby nak tunjuk muka.. kalau tak doktor tu kata buat 2d jelah. Sbb rugi bayar mahal2 tapi tak dapat nmpk muka baby.. 

So at first doktor cari nmpk tak 4 chamber untuk chest, tgk hearbeat then tgk lung camane, limb, pnjang dua2 mata, lips (untuk tgk sumbing ke tak).. semua nmpk kecuali jari tangan and kaki..alhamdulillah. dan akhirnya berita yang menggembirakan.. huhu dah tau sex.. InsyaAllah baby girl.. And the baby weight cam ringan la plak.. baru 836 gram.. Ish ish.. bila nak naik berat jadi 1kg nih.. Masa scan tu.. doktor siap cakap anak you ni mmg dasyat.. membuli saya.. dia siap buat yoga kat dalam.. muka pun tutup2 ngan tangan.. Aku gelak jela..dah tau dah perangai cik baby nih.. sbb dari dulu dia suke nyorok2..Sex pun susah nak tau.. Ni jelah chances nak tgk muka..  Aishh po pok kang... susah nak amik gambar awak ni tau tak?

detailed scan result
Dan yg paling happy sbb akhirnya dapat tau gak yang placenta walaupun low tapi dia tak tutup semua.. masih ada chances untuk bersalin normal.. and the baby nye kedudukan dah cephalic.. hopefully stay like that until 40 weeks ye.. :)

At last dapat gak gambar 3d.. plus video tapi tak dapat lagi.. kena tunggu 2 weeks baru boleh dapat CD.. 
But this is the pic that I took from camera shots


Later will upload the vid bila dapat cd.. Me and hairos were like saying the baby look so much like me! hehe.. bleh?.. 

(^,^) Tak menyesal buat 3d.. penuh information.. and strongly recommend it to all mother to be.. 

Sunday, June 10, 2012

First time order buku kat amazon!

Citer excited tahap gaban!! Bebaru ni telah membeli buku through amazon.com.. Dari dulu lagi suka tgk2 buku kat situ tapi takleh beli sbb takde credit card.. Furthermore takut jugak nak guna sbb dgr cerita ramai org kena tipu bila beli kat online but mmg nak sgt buku tu... 

Tgk2 kat amazon jauh lagi murah dari beli kat mph or other book store and mmg bnyk pilihan.. Kita boleh buat pilihan sama ada nak beli buku yang terpakai ke.. dgn pelbagai harga.. So I choose the cheapest one $4.10. Used book. Dia kata masih dalam keadaan baik dan jtakde kesan highlighter. So try jelah tapi kena tunggu shipping agak lama gak la.. Dalam 2 bulan. Kalau nak cepat kena bayar lebih. So i decided to just wait.. Dia shipped on 22 May and sampai mgkn dalam 6th July. Amboi lama la kan.. Tetiba dalam 29th May ada packaging yang mcm buku sampai at my house.. Seriously??? Buku tu dah sampai!!! Seminggu je.. Wah germbiranya! 

To conclude, I really love the service.. and kita jugak boleh return the packages kalau kita tak puas hati dgn product tu.. But I love the book so much.. Murah dan nmpk mcm buku baru.. And now amazon will be one of my favourite place to shop! (^ ,^)

The book that I bought

Friday, June 8, 2012

Excited mommy to be!

Long time tak post anything.. Bukanla sgt busy tapi mmg takde idea langsung nak menulis.. Masa pregnant sgt penat.. Kalau dulu nak duduk and bangun rasa seringan bulu... oh skrg tidak lagi ye.. rasa cam kalau duduk tu jgn nak suh bangun2 lagi la.. 

At first pregnancy, tak rasa sgt the bond between me and my baby.. maybe because of the morning sickness.. But after the baby start kicking.. tak ingat minggu ke berapa.. maybe dalam week 20 baru rasa bonded tu .. baru rasa sgt menyayangi.. sbb rasa berdua.. mcm ada org teman.. Hehe rasa kelakar bila ada benda bergerak dalam perut.. and tetiba kicking yg selalu buat kita tersentap time meeting or berbual.. Bila rasa kicking tu kadang2 tak comfortable.. tapi kalau tak kick rasa sgt la risau.. tido ke?.. penat ke? Then rasa tak kisah la tak comfortable tu.. as long as I know you are moving.. 

About the baby stuff, starting bulan lepas dah start beli barang.. without any checklist.. confident je nak beli apa.. Barang yg first beli
1) Baju - 2 pasang (1 lengan panjang and 1 lengan pendek)
2) Barut
3) Medela Breast Pump.. (Manual)

tu je.. sbb rasa cam awal sgt nak beli2 barang.. And then bila masuk 6 month tu baru bershopping dgn sakannya.. itupun sbb mak mertua ajak beli.time tu start beli beberapa baju, towel, mandian baby, barut lagi, ingat dah bnyk nih.. Tetiba kira2 baju baru 5 pasang.. Apa benda la yang aku dok beli2 selama ni.. 

Then minggu lepas shopping lagi.. tapi terpaksa shopping baju yang ada dah tak muat.. Since masa tu kat melaka.. ada engagement cousin.. so terus la pergi jusco ayer keroh.. rasa in love dgn jusco.. murah nye kau kan.. terus buat card.. dan mmg lepas ni p jusco jelah jawabnya.. sbb selama ni confident.. boleh muat baju sampai 7 bulan at least.. tapi 5 bulan dah kena tukar baju pregnant.. Then shopping si ibu la jawabnya lebih bulan ni.. 

Tapi weekend tu shopping jugak lagi sekali.. Ingat bulan depan jelah nak beli baju lagi.. Thanx to my mom ye yang berbelanja sakan untuk cucu pertama dia.. beli baju lagi.. sekali lagi kira2 baju.. boleh tak baru 13 pasang.. confuse jugak.. rasa dah beli bnyk da.. tapi rupa2nya check balik bnyk beli benda lain yg besar2.. bath up, pampers, napkin, beg yg comel nak bawak baju.. Bila dah beli barang baru realize takde tempat nak letak baju2 dia plus dgn barang2 so minggu ni decide nak p shopping almari pulak.. :) 

For the next item yang nak buat with the baby is 3d scan!.. Which is next week 12th june.. sgt kebetulan dgn birthday Hairos.. kira celebrate sekali la... tapi takut jugak kali ni dia tutup lagi.. Alahai anak nan sorang nih.. secretive sungguh.. belajar dgn sape ehhh.... Benda yang paling kelakar.. masa p scan sebelum ni.. tgh scan dia.. tetiba dari baring dia boleh angkat muka and look at us.. funny sungguh.. mgkn dia rasa mcm ada benda tekan2.. so mcm terpandang at us..

After the 3d scan baru la check up untuk 27 week plak.. lagi seminggu dah nak 7 bulan time tuh.. How time flies... Tu je citer si ibu yang excited nih.. Till next time.. 

Wednesday, April 25, 2012

Bercinta biar forever ya!

Baru je lepas membaca buku Bercinta Biar Sampai ke Syurga.. sambungan Aku terima nikahnya.. Lepas baca terus rasa bnyk nya kesilapan2 yg kita buat sebagai seorang isteri.. Skrg baru terasa betapa bnyknya pengorbanan suami.. even baru je kawin tak sampai setahun.. Rasa beruntung untuk tahu semua ini sebelum waktu perkahwinan dah menjengah usia berdekad2.. 

I've seen a lot of my friends marriage in the office.. Ada yg mementingkan parents dari suami.. ada yg mementingkan anak2 jauh dari suami,.. Mgkn ada sorang je kawan aku yg mementingkan suami.. dgn cara yg dilunaskan dalam Islam.. Hasilnya.. mmg amat disayangi suami.. bukan kerana paras rupa, malah kawan ini juga masih lagi tidak mempunyai anak.. Namun semua tu tak pnah dapat memisahkan mereka berdua.. 

In this book, (dalam beberapa bab yang favourate yang aku nak share) katanya, dalam salah satu babnya, kebanyakan suami mengatakan berkahwin lagi satu sebagai HAK, tetapi tak melihat ia sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Mudah menyalahgunakan poligami dgn tidak bersungguh2 menyelesaikan masalah yang ada dan dgn cepat pula mencari quick fix yang ada iaitu dgn berpoligami. Semasa bercinta dgn wanita satu lagi mmgla nmpk seperti dia begitu memahami.. dan cinta itu seperti cinta sejati.. Disebabkan cinta itu belum datang dgn tekanan dan tanggungjawab seperti mana yang ada dgn si isteri pertama.. 

Begitu juga si isteri yang dgn mudah mengatakan suami tidak menyintainya sepenuh hati.. Setelah dalam setahun suami buat begitu bnyk kebaikan tetapi hanya kerana satu perkara yg tak kena. isteri terus menafikan semua kebaikan suami..Perbuatan ini kata penulis boleh menyebabkan kita kufur dgn nikmat rumah tangga. maka dalam satu ayat, 

Dan ingat lah ketika Tuhan memberitahu "Demi sesungguhnya!, Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahkan nikmat kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, ingkar sesungguhnya azab-Ku amat lah keras" (Ibrahim: 7)

Mgkn kata penulis, kekurangan itu bukan kerana datang dari si suami tetapi kerana Allah tidak menmbah nikmat Nya berupa kasih sayang suami kepada isteri untuk melengkapkan rasa kurang itu kerana terjerumusnya isteri dalam lembah kufur.. 

Bab2 kat atas ni sgt2 menginsafkan pada aku.. sbb selama ni mgkn aku juga tak sedar betapa bnyk bnyk nya pengorbanan si suami pada aku.. hingga kadang2 aku boleh terasa dia tidak memberi perhatian. Terutamanya skrg.. perasaan mengandung.. Dgn mudah nya rasa dia tak memahami... Mgkn dia dah lakukan apa yang terbaik dan mgkn aku yg kufur nikmat yg membuatkan aku tak dapat menikmati setiap kasih sayang yg diberikan.. Wallahualam....

Monday, April 16, 2012

@17 weeks

Huh long time takde citer ni.. So bebaru ni p la check up on saturday. dgn rasa nervous2 sbb sepanjang weekend bebaru ni tak dok diam.. since we've just lost Hairos's niece.. She past away due to keracunan beli nasi lemak kat pasar mlm.. Sgt sedih.. But because of that, Me and Hairos travel ke perak take mak ayah dia and bawak p Batu pahat.. Esoknya travel balik ke perak hantar his sister balik perak pulak.. And weekend tu pg balik batu pahat lawat abg dia yg still warded sbb makan makanan yg sama and keracunan jugak

So disebabkan tak tido sgt sepanjang hari waktu tu.. so agakla risau dgn keadaan baby.. Akhirnya p check up last saturday.. and dgn berkobar2 nye scan.. haha.. tetiba tgk dia dah tersgt la besar dari last time..;) body sume moving.. huhu.. jantina dah agak2 nmpk tapi tak sure lagi... huhu..

Tapi dalam kegembiraan melihat perubahan2 tu, ada jugak yg menyedihkan.. uri aku tak naik lagi since last time.. doc kata takpe.. kita tgk dulu keadaan sampai 7 months.. sbb dia kata kalau sikit2 je kat bawah takpe.. ni the whole thing kat bawah.. sbb dia lekat masa nak jadi tu kat situ.. so berdoa la semoga boleh naik balik ke atas.. if not mmg takde cara lain.. selain dari caesar.. sbb kalau uri kuar dulu baby mmg boleh lemas.. And there is nothing that I can do.. sbb mmg there is no other way.. dia kata mmg takde petua yg boleh naikkan balik.. and what you can do is just pray.. tapi tetiba dia kata.. alah caesar tu simple jek.. Huk huk.. tak taulah.. Bukan yg susahnya pembedahan ni ialah proses pemulihan tu ke...

But it's ok.. selagi belum masa untuk worry, jgn worry dulu.. Hopefully everything is going to be ok.:(

Tuesday, March 13, 2012

9-12 weeks

Long long time tak menulis.. because of the headache yg menyebabkan terpaksa berbaring.. kekuatan hanya didapati bila kena g kelas..bila kena baca nota.. untuk hal2 lain mmg tak larat la.. Then hari ni.. dah 12 w 4 days sudah.. haha.. pelbagai benda actually berlaku dalam tempoh ni tapi disebabkan pening yg teruk maka tak terpk dah benda2 sgt.. So flashback to 9 weeks........

At 9 weeks
Actually time ni rasa kepeningan yg teruk.. so dgn bangganya nak pg berurut.. confident abis.. sbb dgr nya tukang urut ni bidan la kan..so confident la dia tau kut mcm mana nak urut org pregnant.. Pastu g urut satu badan... dia urut perut, belakang, masa urut kaki ye very the aku meniarap ok... tak pasti la kalau terhimpit ke anak aku. Then tukang urut tu siap cakap anak aku bnyk belah kanan so maybe lelaki la kononnya..tapi ni tak sure la kan.. and then esok nya p la citer kat my friends yg aku p berurut.. Semua org terkejut. biar benar pompuan ni.. baru 2 bulan. dah p berurut.. huhu.. Then aku pun haruslah cuak kan, dah semua org cakap patutnya takleh.. in case anything happen.. terus g klinik huda.. check up.. dia pun terkejut.. dia cakap saya tak galakkan awak berurut, sbb kita tak tau kedudukan uri lagi.. rendah ke tak ke.. Then dia pun scan.. Scan2 tiba2 the baby is kicking... Aku mmg shock la kan.. boleh ke 9 weeks dah nampk kicking.. and dia keep moving.. haha funny.. so dia kata baby sihat.. nothing to worry...


 Ye masih small.. hehe.. but leg kicking.. rasa terharu..

at 11 weeks
haha ni lagi kelakar.. I was like keluar dari pintu lift and tetiba terpelecok.. adoiii.. terus takleh jalan.. kaki terus membengkak.. while pregnancy rasa nya if terjatuh ke apa.. kesan dia teruk gak.. Then confident lagi sekali pergi berurut jugak.. tak g check up.. confident. bukannya terjatuh pun kan.. hehe.. tapi kesan dari jatuh tu membuatkan aku tak pening sgt sbb focus kat kesakitan kaki je.. rasa gembira sbb dah tak sakit kepala hehe.. Tapi lepas tu masuk angin sbb terjatuhkan.. terus headache lagi teruk.. waaaa.


At 12 weeks 4d (today)
When to clinic huda to take flu nye ubat.. sambil tu check up jelah terus.. Plus bebaru ni ada kencing kotor so terus sahaja check sume.. And doctor cakap masih ada kencing kotor nih.. tapi tinggal sikit la.. and then tiba la masa yg ditunggu2.. scan.. Once scan. mmg terkejut.. baru 3 weeks beza.. baby dah besar betul.. dah obvious kepala.. and kali ni dia bukan setakat kicking..dia melonjak.. if you ever since video kat baby center tu yg bergerak satu badan..mcm nak melompat..mcm tu la.. and then kicking.. dr tu pun cakap.. MasyaAllah ye.. cukup sifat semua ok.. masa tu rasa nak nangis.. rasa sgt2 bersyukur.. walaupun the baby really gave me headache everytime.. especially bila pas makan.. tetiba rasa baby tu bertenaga nak membuatkan aku berpusing2. haiyooo.. tapi bila tgk dia aktif rasa cam berbaloi la kan pening2 aku ni kan.. Sampai my friend yg ikut pun terkejut.. sbb masa dia preggy tak pnah plak dia nmpk anak dia bergerak2.. aku pun tak sure la kan.. ni kali pertama aku become a mom.. tak tau la plak org lain mcm mana pengalamannya..

dah obvious.. :)

Friday, February 17, 2012

Accident di opis!

Nak dijadikan citer, satu hari ni aku drive cam biasa ke tempat car park opis.. and then adala kereta yg sgtla laju di belakang.. oleh kerana kesian kat akak nak sorang ni.. mgkn dah lambat agaknya.. Aku pun melajukan la kereta.. Pastu parking tu ada dua bahagian... aku pun tak nak la dia lambat.. suh la dia parking bahagian first masuk tu.. aku p la teruskan ke bahagian ke dua.. pastu dia masuk gak kat tempat kedua tu.. Gabra punya pasal sbb dia cam nak cepat.. aku terlanggar kereta yang sedang di parkir kat depan aku.. ces.. dalam hati aku dah cam dem! Pastu aku pasti kereta tu pun milik org tingkat 5 jugak.. bukan member/opismate aku la kan..

Pastu aku terus g kelas cam biasa.. Bila sampai kat keta sbb nak g minum2 menenangkan jiwa.. tetiba nmpkla kertas pink kat keta.. Dalam hati aik sejak bila plak kena saman parking kat sini.. Ghupenya mamat tu bagi nota.. Dgn nada lembut dia cakap.. Emm ada kawan saya ternampak puan terlanggar kereta saya dan saya juga ternmpk kesan pelanggaran tersebut.. pastu tulis nama.. and tingkat 5.. and unit dia.. Dalam hati aku aik dia nih.. nak jumpa aku ke camane.. takde plak tinggal kan email ke, no tepon ke.. abis takkan pulak aku nak mencarik ko kat tingkat 5 tiba2.. tak ke pelik tu.. Pastu dalam petang cenggitu aku pun call la sorang member aku kat tingkat 5 dgn harapan nak tanya pendapat/ nasihat bla bla.. Pastu kawan aku ni lelaki.. dia cakap jumpa jelah mamat tu.. mana tau kang dia calarkan keta ko ke.. dia block keta ko ke.. aku pun finela.. ko cakapla dgn dia esok aku jumpa dia dalam kol 9 pagi.. Pastu kawan aku pun cakap ko mintak jelah no tepon dia sekali.. say sorry ke hape..

Dah dapat no tepon camtu aku msg la cakap sorry hari ni sibuk sikit and aku akan jumpa dia esok dalam kol 9am.. Tetiba pada hari yang sama kol 10 mlm dia msg " As salam puan, saya rasa takpe kot bcoz saya try ketuk sendiri and looks like ok je" So aku pun ok la kan.. dah cakap camtu.. oh baiknya la hati mamat ni..

Lusanya plak my friend msg balik.. yang se opis ngan mamat tuh.. Dia cakap "Rina kau tak gantirugi ke kete mamat tu, Smlm aku jumpa dia , dia frust sebab kau say sorry je. Malu sey aku"

Peh dalam hati aku mmg dah bengang dah.. ko apehal kan.. dah dia msg aku camni camni.. abis tu aku anggap benda tu dah settle la kat situ.. yg tetiba dia nak frust apsal?. Yelah kan mengikut pemahaman manusia biasa, saya rasa takpela kot and saya dah ketuk sendiri and looks like ok je tu maksudnya kereta dia ok la kan.... Lainla dia cakap saya try ketuk2 pastu pecah ke.. ble la aku nak get the point.. dah dia kata takpelah.. ada ke maksud lain.. Takkan expect aku nak pujuk plak.. Kalau korang la kan.. nak mintak ganti rugi.. Akan ke cakap takpela, keta saya dah ok bila orang tu nak jumpa ko esoknya untuk bayar ganti rugi... Mgkn ke cakap mcm tu.

So aku mmg la sgt bengang dalam hal ni.. Aku just suh je member aku bgtau kalau nak sgt aku bayar ganti rugi nape tak ckp direct je.. dahnye mmg aku nak jumpa dia untuk settlekan pun hari tu.. Aku just cakap ko p print jek resit tu nanti bagi aku.. tapi kalau harga dia lbih satu sen pun aku mmg tak halal kan dunia akhirat! So aku nak tgk budak tu ada rasa malu lagi tak nak contact aku.. so far sampai skrg takde citer.. Yang member aku ni plak cakap jgn la marah aku.. dah dia cakap kat aku mcm tu.. Dalam hati aku yang ko nak malu sgt tu tanpa tau citer sebenar tu apa hal.. mengikut member2 aku yang lain bolayan kan saje mamat ni.. Tah hape2..

Wednesday, February 15, 2012

9 weeks

By tomorrow aku suppose to be 9 weeks dah.. sbb hari tu pergi scan and then i thought masa tu baru 7 weeks 6 days tapi actually dah 8 weeks 2 days. So tambah 3 days.. biasala kot plus minus.. So ni citer masa pergi az zahrah untuk scan for 8 weeks hari tu but before that when I reach 6 weeks plus I went to klinik kerajaan.. So sbb pergi klinik kerajaan dulu meh nak citer or review apa yang berlaku

Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi
- Huh pergi just nak tanya bila kena datang. plus ada ke pape yang nak kena bawak.. Jawapan diterima emm dah confirm pregnant? Nanti datang balik dalam hari selasa.. bawak bil air/api and sijil nikah.. Peh.. sah sah la tak caye dah kawin kan?..

Selasa tu datang balik.. Pakai baju kurung sbb nak terus g kerja.. and bawak hairos sekali.. Very the.. Tak mintak pape pun.. Dah yakin ni confirm bukan mengandung tanpa suami.. ces.. Pastu lama la menunggu kan.. Only Allah knows.. Sampai turn.. isi borang tanya sakit tu and ini.. terus amik darah.. Tgk jarum dia mak aiii cam serombong kapal.. Tebal nye jarum ko, kan.. Muka dah mula confuse2 sbb akak kat depan aku dah pas kena cucuk muka tak ble blah menahan kesakitan.. (plus, ni first time aku g klinik kerajaan. teringat pelbagai citer ngeri yang pernah didengar.. ) then my turn huhuh.. mmg la kan.. memula dia cucuk.. dah la sakit.. oppss tersalah plak.. saya cucuk lagi sekali eh.. I was like what??? u cucuk2 me for nothing just now.. then sakit dua kali.. balik umah lebam tangan.. Then wait some more p hantar darah tadi ke makmal amik botol untuk test air kencing.. Even though tertanya what is the test for.. nak check urine pregnancy lagi ke?..

Then jumpa nurse.. cume the good thing about the klinik kerajaan dia offer a lot of nasihat, check details.. a lot of story mory.. Baring check perut walaupun tak scan lagi.. untuk tgk baby ada tak dalam tu.. uuuuu tekan perut pun dah tau ada ke tak eh?.. bidan ke ko nih? Tapi dia cakap scan and jumpa doktor lepas 18 weeks.. Amboi.. lamanya..

Klinik Antenatal, Az Zahrah bangi
- Yang ni plak pergi bila dah 8 weeks sbb kena buat appointment.. This is not the usual klinik az zahrah kat depan tu.. ni khas untuk pregnant and so on.. kat belakang tempat kanak2 and belakang lagi satu.. ada klinik antenatal nih.. Then tgk2 masa 11 feb tu baru free.. so baru la dapat tmpt.. Tunggu lama jugak tapi tak la selama klinik kerajaan.. amik tekanan darah, then timbang (huiyooo - berat dirahsiakan) then wait.. ok jumpa doktor.. dia tanya nak scan tak.. harusla nak kan?..

Then scan huhuhuhu.. weee dah nmpk hearbeat.. walaupun tak sempat la tgk sgt.. Doktor tu very the laju la.. ok baby dah dalam kantung.. then skrg kita nak tgk hearbeat ok print.. I was like mana heartbeatnya.. Dia cakap yang kelip2 tu.. emhhh.. tak sempat pun nenok... So print gambar huhuh.. cenonet jek lagi.. baru 1.6 cm.. masa tu dah 8 weeks 2 days and ada tulis 74.. not sure 74 tu untuk apa.. later i letak the pic.. then tu je.. then amik darah.. result tau bila datang lagi next appointment.. and the appointment for next date is 24th march.. lagi 6 weeks.. tu jek.. takde kata2 bnyk2 pun..

Then it's true like my friends said.. kalau swasta you have to tell if you have problems or anything2.. kalau klinik kerajaan.. dia terangkan more details.. Tapi bila mengingatkan jarum yang besar tu.. emmm agak trauma gakla.. ble ke takyah amik darah eh.. So I guess dua2 ada kelebihan and kekurangan memasing.. I just love az zahrah sbb dia nye service pantas.. machine cam canggih.. hehe.. sekali scan je dah nmpk.. pnah g satu klinik ni dia kata sorry la sbb scan dia dah lama.. agak susah nak detect.. And jarum dia halus tul.. cucuk sekali tak rasa pape.. next two weeks kena g klinik kerajaan balik.. masih berkira2.. bolehke skip ye... hehe