nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, November 28, 2011

I've read something interesting at other blog just now.. Just want to share!

SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut. Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher). Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat.

Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh. Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya. Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka.

Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya. Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang. Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin... - Diera –



JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-


1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :- • Aurat wanita apa sudah jadi? • Wanita, aurat dan Kerjaya Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu. Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom ( UK ), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK .

Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain. Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).! Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambaNya. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam. Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidakmelaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.


2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung. Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat. Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BERDOSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT. Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak. Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh.

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :- خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه .. Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)


3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah. Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi. Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenarnya adalah sebahagian dari mereka kerana : Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat. Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi. Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah. Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.


4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah. Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini. Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Apakah ada kredit kad itu bahaya?

Fouh.. satu lagi dugaan  datang.. tapi alhamdulillah dah settle akhirnya.. citer nye mcm ni I just applied for credit card after raya hari tu. And then it take a while for me to get the card.. And then on the day I want to pick up my credit card, ada sorang mamat ni call. tapi at that time tak dgr apa la dia ni cakap..then letak. Pastu dia call balik... sambil bagitau. Saya dari service card center. then dia cakap dia nak bagi card discount dan bukan la credit card  kalau pergi bercuti all that akan dapat discount di beberapa hotel 3 bintang dan ke atas. plus boleh digunakan di beberapa kedai yg partner dgn dia.. basically dia mcm bonuslink cuma dia kena bayar untuk card tersebut once in a lifetime.. So boleh guna untuk entertainment makan2 dan jalan2. lots and lots of good think la..

Harga dia adalah rm499. boleh bayar secara installment. dan bank takkan kenakan charge ke atas credit card tersebut. So I was thinking amik jelah. And then dia akn suruh bacakan no credit card sahaja sebagai pengesahan (means they have known your credit card number already) dan expiry date and then tup tup.. the charge akan dikenakan to your credit card, tapi lepas tu baru rasa pelik sbb how come they know all my credt card details.. and I told my father about it.. So dia mcm cakap dia dah ada card tu dan mmg agak menipu la.. sbb bila dia nak guna card tu untuk dapatkan discount mmg susah giler.. kalau dia bagi discount pun.. adalah dapat RM50 je.. lepas guna RM500..

Selepas ituharusla agak takut.. nak bayar RM500 tu untuk discount yg entah dapat entah tak. Then I called my credit card bank and they took the issue seriously.. and within a month the transaction dah ditarik balik. Alhamdulillah.. bersyukur yg amat sgt..  tapi my dad ask me to ask him first before agree to anything.. sbb semua nya dalam phone call sahaja.. 

Tapi after that ada jugak org called for insurance utk credit card..but this time dia cakap dia mmg dari bank yg aku buat credit card tu.. Luckily my husband were there.. and he asked me to look at the time.. Masa tu dah friday and dah lepas office hour.. So pelikla kan.. and after u hung up diaorg mmg takkan call balik.. Sungguh pun mempunyai credit card itu terdapat kesenangan tetapi agak bahaya jugak bila kita tak tau all the tricks.. kalau mcm dulu scam dia through email.. skrg dah through phone. Rasanya hari tu keluar jugak berita pasal nih..and bank negara dah pun bagitau untuk berhati2.. dgn scam nih.. 

For the insurance tu lagi kelakar dia kata.. insurance ni untuk credit card di mana jika ada berlaku apa2 terhadap kad kredit pihak syarkat akan terus membantu tanpa perlu call pihak bank tersebut.. kan ke pelik tuh.. kalau card hilang terus direct kepada bank sahaja la kan.. kenapa should I called third party pulak. The bank itself dah efficient menangani situasi2 mcm ni. Plus the bank itself agak terkejut dgn apa yg berlaku.. sbb diaorg tak pernah memberi kebenaran pada pihak lain untuk menggunakan nama mereka untuk tujuan service yg extra extravaganza nih.

Masa called bank tu diaorg suruh isi borang dekat dispute form and diaorg akan lakukan siasatan within 35 to 45 days.. and within that days.. diaorg akan mintak the document dari syarikat tadi.. and I guess syarikat tu tak dapat memberi document yg dikehendaki.. so disebabkan tu.. rasanya my transaction yg dah dicharge tu dapat ditarik balik. Fuhh lega.. 

Alhamdulillah.. 

Thursday, November 3, 2011

Journey of my life

Lots of things had happen dari start first day I'm working until now.. Perjalanan yg berduri2.. sometimes ada straight line.. sometimes bengkang bengkok. Tapi all those things really open my eyes to see everything   through different perspectives.. Dulu akan tertanya2.. why this thing only happening to me?.. Rasa mcm aku je yg melalui proses yg paling kritikal.. Being stabbed behind my back. Been in the situation that drop your self esteem form 100 to 0 hehe.. But you know what.. once you start wake up from the feeling of frustration .. start walking.. even you don't know where to go.. eventually without you know it you solve it bit by bit.. or you will found something precious along the way.

I'm stronger.. appreciate things more in my life right now than ever. All the craziness things that happen to my life really2 did change me.. The situation is not changing but the only thing that have change is the way I look at it.. It could never hurt me anymore.. It took me 2 years to really understand it.. And it even change my relationship with Allah. 

The second best thing that happen to me is my marriage.. I really felt like in heaven after married.. Sampai rasanya kalau tahu mcm ni punya best kawin, boleh tak nak kawin lagi awal? hehe.. It's about sharing your life with someone that love you to eternity. and to laugh, watching movies, laugh again.. and spend times walking down the road holding hands like you never want to let go.. and to have someone sitting there next to you when you do your work.. even he cannot help you but it's like he is going through it with you,.. and usually with him around I can finish my work faster..

I think I might have really understand this words now..

When you see every door is close around you.. Allah will left one window for you.. So even you don't where is the window and don't know how's the window looks like.. Just keep walking and keep trying.. because eventually your problem will be solve.. I believe in that.. Really2 believe it now.. 





Wednesday, October 26, 2011

Little white cafe

Bebaru ni one of my best friend ajak pergi breakfast at one place near nasi ulam seksyen 9. Sister in law dia la promote cakap best and cantik tmpt tu.. Me?? Pepagi dah start dgn western ni tak la suka sgt..tapi try la jugak since she insist,, 

Then look at the menu. Pun tak tau nak start makan dgn apa.. Plus the price is quite expensive.. Then I try the Omelette cheese and my friend try begal with cream and cheese.. The omelette emmm tak fancy sgt la.. sbb rasa cam hanyir.. tak sure la org lain.. different orang will have different taste.. And my friend try la bagi begal dia.. Peh sedapnya.. Teringat2 sampai petang rasa dia.. Rasa dia yg keras2.. plus with the cream and cheese... Mmg Sedap!.. Sbb kedai dia for me mcm expensive untuk pergi hari2 maka tgkla youtube mcm mana nak buat begal.. Nape tak cantik pun mcm kat kedai tu punya.. 

So for those yg nak try.. 

this is how the cafe look




Take a peek! :)

Thursday, October 20, 2011

Life after marriage

Life after marriage was really2 busy..I'm not sure about other people.. but I'm sure don't have the opportunity to bermalas2 lagi.. From morning till evening.. studying, reading,marking, preparing for class.. ptg balik masak, membasuh baju.. and mlm plak.. session berbual and watching movies with my husband.. so sgt2 jarang ada opportunity nak buat benda lain.. kalau ada masa pun baik tido.. sbb keletihan.. Weekend plak selalunya once a month balik perak.. Other weekend balik umah my mom or kuar2 jalan2.. So life lepas kawin ni mmg full activity.. Tapi mostly weekend dipenuhi dgn undangan perkahwinan so far.. my husband mmg la org yg suka g wedding member2.. So biasanya aku ikut ajelah kan.. walaupun rasanya aku ni mmg la payah nak kuar umah.. hehe.. skrg?? well have to la kan..

Citer pasal abang aku merisik.. Kitaorg balik JB rumah my auntie.. then pagi2 nak merisik tu baru tau diaorg tak beli cincin lagi.. Sibuk beli barang2 hantaran tapi lupa beli cincin.. Dgn laju2nya pergi jusco tebrau beli cincin risik masa tu harga still mahal lagi.. RM197 per gram.. peh.. cincin kosong jek dah RM300++.. Terpaksa la.. skrg dah jatuh giler dah sbb ekonomi kut,,Then balik2 baru la sibuk nak beli bunga la nak hias la.. Nak merisik kol 2 nih.. Nasib la jugak sempat semua nya.. tapi dia org buat kecil2an jek la kan.. Sbb nk kawin bulan satu.. tak cukup budget + membazir jek buat besar2.. So akhirnya konpem buat bulan satu nih.. on 7th January.. walaupun dgn abg aku yg tak tau apa2 pasal nak kawin.. baru tau kena amik borang2 bagai dan menghadapi bnyk kesukaran mengisi borang.. And last weekend baru diaorg first time pergi kursus kawin... Tmpt nya harus la tmpt kitaorg dulu.. Sbb kat situ mmg best.. My brother pun cakap best... 

So skrg every weekend jek my mom menghilang balik ke jalan TAR.. tapi skrg dah tau la kan nak g mana.. since experience masa my wedding dulu.. Pelamin kali ni gunakan khidmat kak Wani lagik..(Kerja Kahwin). since dia buat lawa and harga affordable.. kali ni theme colour merah putih..Aku sgt2 excited and masih lagi excited on wedding.. Rasa sgt best wedding ituh.. best pilih2 baju.. baca2 blog pasal other bride to be.. pk pasal hantaran.. tapi dah takde dah semua tu.. Once in a life time sahaja..

Oklah that's all peeps.. update for now :)




Friday, September 23, 2011

Update citer pas kawin

Salam Raya ke - 25,

Wah dah nak habis raya dah kan.. Pejam celik pejam celik jek.. Blog ni mmg la tak berusik semenjak kawin.. Sibuk la kan konon2 nya... Life after married fuh.. penat.. baru tahu macam mana susah nya jadik bini orang.. Selama ni kerja2 umah tak pikir org lain.. Skrg hamik ko.. dari depan sampai dapur, kena kemas, balik kerja terus memasak, membasuh, melipat kain.. Dulu ada pk.. lantak la 2 minggu baju tu tak berlipat.. Ni belum bertiga, beempat.. kalau ada nanti tak tau la.. baru kau tau pengorbanan mak bapak membesarkan ko.. Dok la melawan lagi kan..

Hari ni plak nak terus runner g JB.. Ada majlis merisik for my brother haha.. Then bulan Januari depan terus berlangsung satu lagi wedding.. Terus rasa nak kawin after wedding kitaorg harituh.. Takleh blah nak tunggu saat dia cuak dinikahkan hehe.. Mesti kelakar giler.. Oklah gotta run.. Nak balik umah dah siap2... Update lepas merisik later!!


Tuesday, September 6, 2011

My raya holiday

Huh hari ni start bekerja.. Start dgn penat dan malas giler.. Blues week terus nih.. bukan monday je lagi dah... Sampai2 sumpah tak tau nak start wat kerja camana.. Iyelah kelas tak start lagi.. Next week baru start kelas.. So tinggal check2 report budak FYP and do some grading for students final marks.. Selepas tghari baru la ada semangat! hehe

So last weekend is raya holiday!! My first experience beraya as wife, daughter in law and all that.. New environment tapi easily can adapt sbb rasanya pengalaman berpuasa kali pertama as husband and wife lebih mencabar rasanya.. So kitaorg start balik kg on Monday and stay kat Perak sampai khamis.. Huhu pening kepala layan anak2 buah yang tetiba ramai hehe.. Then Khamis terus gerak ke terengganu which take us like 7 hours to arrive at Kemaman,.. Penat takyah citerla.. Tapi kat sana tak g jalan2 mana2 pun.. sbb waktu pg umah sanak saudara dah habis on raya kedua.. .. Sedih :( .. Pastu esoknya g kuantan.. terus amik kesempatan cuti kat gambang water park.. Not bad la kat situ.. aku cuma ble main 4 benda jek.. Kolam kanak2 yang ala2 ada patung ikan piranha pastu ikan tu simbah2 air.. 

ramai2 tunggu air dalam mulut ikan tu penuh.. 

Second ala2 main pelampung kat beach tipu... itupun dok kat gigi2 air jek.. 
oh nama dia coco beach ok

Pastu third one.. pusing2 kat cam terusan naik pelampung jugak.. 


and lastly gelongsor air.. tapi pendek jek.. Still aku sorang je kot yang menjerit cam hilang anak tekak.. diaorg relaks jek.. Menggigil kaki gua beb.. Yang abg aku siap boleh berdiri atas pelampung tu... berlagak beb..

takkan naik untuk kali kedua..
My brother and sister jek yang berani pergi try semua extreme things kat water park tu.. tapi diaorg kata paling menakutkan are the galaxy ride sbb dia gelap tak nmpk apa2.. tetiba je tunggang terbalik.. 

galaxy ride
ngan 6 lane racer.. The longest in Malaysia katanya.. 

 sile lumba
My sister siap hampir tercampak.. sbb mmg laju giler.. nak tercabut jantung.. Haha... kalau aku dah koma kut masa kat tgh jalan.. 

So after that mlm tu terus gerak balik KL.. Mmg penat giler.. cian my hubby drive sorang and me sleeping sampai KL... So that's it pengalaman cuti raya kali ni,, full activity!  Anyway I want to take this opportunity to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin 

Sunday, August 28, 2011

Puasa 2011!

Pejam celik pejam celik.. dah nak raya dah.. Lagi 2 hari!!  Tapi lamanya tak tulis pape2 dalam blog nih...  last hupdate 9 Ogos lepas.. ni dah 28 ogos.. haha sibuk sgt ke.. Mmg la x menyempat2 nak menulis bulan2 puasa2 ni,.. Internet pun baru ada kat umah.. Dgn sibuk melayan suami lagi, memasak untuk berbuka lg,.. ececeh.. walaupun adalah hari yang skip2 masak tapi for start oklah kan.. Dulu pegang kuali pun setahun 2 kali kot.. skrg berkali2! 

Puasa tahun ni rasa mcm cepat nye lah masa berlalu.. kalau tgk2 jam tu tiap2 hari rasa tetiba je dah pukul 5 ptg.. dah kena balik masak or pg bazaar.. tetiba je dah kul 7.30... dah masuk waktu.. korang rasa tak?.. ke aku je yang rasa? Jemputan berbuka pun boleh tahan jugak.. Ada seminggu tu takyah makan kat umah langsung.. And as always family tradition jugak untuk berbuka kat equatorial.. Entah kenapa tiap2 tahun mesti ada sekali kat situ.. tapi selalunya skrg terus gerak pergi lepas kerja.. So muka mmg takleh blah berminyak dan kelotihan!.. sbb umah dah jauh skang ni kan.. dulu dok bangi boleh la balik mandi2... ni dah jauh.. membazir tol ngan minyak keta sajoh!.. Enjoy the pictures below.. sume yang gathering with family and friends.. untuk berbuka puasa


berminyak + keletihan!

kat equatorial


Berbuka dgn technician COIT..Every year's event
Kak Wan, (wife abg din), Wife piee and me!
Macho macho man! ;)

Raya tahun ni.. balik Perak.. tapi raya ketiga dah balik Terengganu... kampung aku.. Yes!! Mak aku tunggu kat sana.. wee~~ Mcm mana persiapan raya tahun ni.. Mmg bersederhana sahaja.. Baju ada la 2 pasang je.. satu mak sponsor.. haha.. dah org nak sponsor takkan nak tolak.. Memula nak beli baju purple sbb hairos nak pakai baju nikah dgn samping masa hantaran tunang.. which is purple.. tapi terbeli baju hijau la pule... terpaksa si hairos pakai baju hijau tahun2 lepas dia.. Hehe 

Tgh2 browse gambar lama2 tetiba terjumpa gambar nih..

cincin risik yg beli masa bulan puasa


jamuan raya tahun 2010 kat coit
Gambar kat atas.. is gambar cincin risik masa nak tunang.. beli masa bulan puasa last year.. rasa cam terharu giler waktu tu.. So setiap kali tgk gambar ni.. teringat perasaan masa tu.. tak sangka nye lah akan bertunang akhir tahun nih.. Both picture at the bottom are the pictures yang kitaorg amik masa tgh buat persiapan untuk jamuan raya kat COIT.. ngan nadhirah and shakirah.. gambar ni pun rasa sebak jugak sbb nadh dgn chucky dah takde tahun ni.. Dua2 dah habis kontrak as RA,, Mmg rasa best sbb diaorg bnyk sgt tolong on the day itself.. Plus raya tahun tu best sbb first time sambut puasa ngan raya with Hairos.. as serious couple.. So tahun 2010 sgt2 la best for me.. 

So that's it for puasa 2011.. still best coz different status already as a wife,, enjoy every minute of it! Till then.. Daaa.. Will update on Hari raya sooonn!

Tuesday, August 9, 2011

Melaka's calling!

Dah 9 hari berpuasa..Baru rasa hari ni nak bercerita pasal g Melaka hari tu.. Dari mula2 nak g cameron tak jadik disebabkan Hairos terpaksa bekerja on that Saturday.. Nak g ptg takut hotel dah full plak.. Sbb I was like calling every hotel yang ada kat Melaka.. (tapi hotel yang dilistkan dalam website tuh) 1 bintang, 2 bintang, 3 bintang, 4 bintang fully book.. Gilo apo bercuti dekat2 puasa ni (Yang ko tu tak sama haha) Yang ada 5 bintang bilik suite sajoh.. semalaman RM500++.. Amboi. Tak worth it..tak worth it.. 

Jadiknya kitaorg bertolak on Sunday... Itu pun pukul 3 ptg baru gerak.. Pastu breakfast kat A&W.. Budget breakfast la sgt kol 3 ptg senah oiii.. Then terus gerak... Sampai2 tol ayer keroh tak sure nak g mana dulu.. berbekalkan garmin.. Harus pakai garmin.. kalau tak takkan bergerak ke mana2 la jawabnya.. Then aku ckp kita g tgh town dulu la.. Sbb mmg dari dulu nak jalan2 kat town Melaka.. tapi tak jadik2... So dah sampai bandar Melaka.. tmpt yang harus pergi mestilah kat Bangunan color Merah yang cam church tu.. Dah lupa plak nama dia.. I think it's a church kot.. ke Muzium

inilah dia bangunan red red velvet tuh!


nak gak inter frame

Then jalan kat situ... tgk2 fridge magnet yang nyomel2.. hangkut... Jalan2 lagi.. ternmpk la kat beca tu tulis sejam RM40. I was like serioous ke.. Tu yang tak pasti nak naik ke tak.. Then my friend said that dia naik dulu RM10 jek,, Tak sure sbb tak tanya.. Then g berjalan agak jauh.. p masuk dataran pahlawan nye shopping mall semata2 nak dapatkan air cond.. Huh panas gilo waktu tu.. Then nak naik feri tapi pk2 balik nanti la redup2 sikit.. So membeli peta kat tgh2 satu bangunan tu.. berdepan dgn bangunan merah tu.. pastu baru la nmpk sikit tmpt2 menarik around Melaka.. So firstly try naik taming sari tu.. Haruslah diingat kalau kita ada IC boleh dapat half price.. So harga dia jadi RM10 sorang.. Dalam 7 minutes jek.. boleh tgk around bandar melaka.. Tapi rasanya kalau malam lagi cantik kot.. Tapi kalau tak salah tiang taming sari mmg berbentuk keris. Haruslah kan nama pun taming sari,..

taming sari
Then walkabout lagi.. Tapi tgk peta.. sgt la nak try restoran baba and nyonya kat kawasan tuh.. tapi berdasarkan peta tu cam jauh je... So jalan2 jelah around tuh...



cool beca pak cik ni.. 

Then dah start lapar.. Singgah kat satu restaurant yang mmg berdekatan dgn sungai.. Nama dia ...


Oleh kerana nama dia asam pedas cafe maka harusla try kan asam pedas dia.. Mmg sedap.. menjilat jari. Amik package asam pedas.. dia kasi nasi, timun, telur masin dgn asam pedas.. Sedap Giler! RM6.50.. sebenarnya bole tak aku tak pnah try makan asam pedas dgn telur masin... kena rupanya lauk tu... hehe

Then masa tu dah nak dekat malam.. so after makan2 yang super sedap tu.. terus beli tiket naik feri.. Naik feri lepas azan.. sebagai tanda menghormati maghrib.. Then terus menyelusuri (tak bley blah ayat) sungai dengan ada lagu dondang sayang bagai.. So bila naik waktu mlm.. rasa la sgt2 romantik.. Then dia lalu pelbagai tempat.. 
kedai depan sungai
Hopefully korang bley nampak la bangunan yang colour merah yang berlampu tuh.. Itu one of the restaurant yang pelanggannya ble dok2 minum depan sungai.. 


Lalu sikit..
Gambar kabur tapi nak letak gak sbb kedai tu lawa.. Then move along.. 


lampu2 yang cantik bila naik waktu mlm kan?
this bridge is called jambatan hang tuah


and ni monorail hang jebat kut..
Kalau tak salah la tu nama dia.. and here is the stopping.. nama jeti ni ialah jeti rempah ratus.. tak ingat reason dia.. tapi lepas tu kitaorg berpusing balik untuk balik ke jeti yang kitaorg naik tadi.. Sepanjang balik tu dia citer setiap kawasan tu punya history,,.. starting in Malay kemudian translate in English... So everybody's is listening.. Even aku yang tau history tanah melayu pun mendengar dgn khusyuk.. Omputeh tu lagi la nak tau kan.. 


rumah orang dulu2
So ini adalah rumah yang dibina dulu.. cannot remember the year.. but rumah ni mmg dibina tanpa paku dan masih lagi kukuh sampai skrg.. dia cuma pasakkan kayu je.. and one of the house ni milik seorang pak cik ni.. sorry cannot remember the name jugak.. sbb dah lama sgt berlalu hari yang pergi melaka ni.. dia ubah rumah dia kepada muzium.. di mana ada furniture dulu, baju dulu2.. so dia sendiri maintain umah tu.. Kena bayar ke tak.. Wallahualam.. tak sempat pergi.. 


By the time dah sampai jeti mmg dah penat giler.. semayang2.. then sebenarnya tak larat.. walaupun patut pergi satu tmpt lagi.. Jonker walk.. It's like chinatown.. mmg rasa kagum dgn design kedai2 kat situ.. Aku mmg suka giler tgk citer cina.. so bila tgk diaorg ni nyanyi2 kat kawasan tu.. It's like mcm tahun 60's dalam citer cina yang aku biasa tgk.. so a lot of souvenir yang boleh dibeli di situ.. Then akhirnya time to go home.. dalam kul 10pm.. balik ke bandar seri putra dalam keadaan letih and esok nak kerja

Melaka really surprised me..  Sgt2 best.. tempat dia sgt terjaga.. So after this still nak pergi lagi to try restaurant Baba and Nyonya plak.. 

Friday, August 5, 2011

Mari memasak!

Assalamualaikum and Salam Jumaat,

Setelah lama tidak menulis.. mgkn disebabkan tiada internet di rumah.. jadi tak dapatla tulis blog mcm dulu... So setelah berkahwin one thing yang paling aku cuba buat adalah memasak.. boleh tak.. Dulu, I do believe dgn yakinnya that I cannot cook.. Then I never cook.. Walaupun setelah kawin nanti I thought that I will never cook sebab rasa baik beli jek kat kedai.. Tapi setelah bercampur gaul dgn para2 isteri yang solehah (ala2 ustazah semanis kurma) di UNITEN maka aku jadi berubah disebabkan selalu dinasihati hari2.. Sebab diaorg encourage me to cook for my husband.. Reason --> Suami akan lebih sayang ko.. Aku cam ye ke?.. ada je housewife yang masak, mengemas, rajin jaga anak tapi ditinggalkan suami jugak.. Diaorg kata itu terpulang kepada rezeki perkahwinan tersebut.. yang penting kita dah buat yang terbaik.. Ohh hehe camtu eh

Then after the second week kawin kitaorg dah dok umah sendiri.. dan umah tu mmg boleh kata fully furnished.. ada peti sejuk, dapur beserta dapur gas tuan umah kasik.. jadi I cook with my husband.. At first bihun terkurang garam and jadi lembik... (sbb dgn bijak nya rendam ngan air panas.. ).. Second try (masak mee goreng..guna mi kuning..  ohh terlebih garam sudah,,Aku letak 2 sudu besar keh!! Member2 dok pakat2 gelak jek.. tapi My husband was very2 supportive.. apa je pun dia puji.. tapi dia cakap boleh cuba lagi.. haha.. dan dia tak henti2 suruh try.. Then semalam ayam masak pedas.. menjadik!! haha gembiranya :) :) :).. hairos tak makan nasi.. so aku yang mkn tambah 2 pinggan.. ayam tu bnyk gak la untuk kitaorg dua org.. and habis.. 

So one of the ustazah semanis kurma Ifa telah mencadangkan satu blog untuk memasak.. sbb kebanyakannya tempat bagi resepi je.. ni bg ngan video so kita boleh tgkla kan benda tu menjadi apa.. dan InsyaAllah tak terkurang apa2 bahan.. Sbb pernah try satu resepi dia jadi cam hanyir sbb letak satu bahan nih.. tapi mgkn cara letak bahan tu betul.. tapi cara masaknya berbeza... so tu pentingnya ada video.. boleh tgk cara dia masak.. 

So this is the website
Try Masak

Siap boleh pilih difficulty and technique lagi.. One of the other reason of of my friend.. senior lecturer, ada anak 4, amik PHD lagi.. akan memasak tiap2 hari untuk family dia inikan pulak aku yang setakat jaga sorang je husband tak masak.. Mestilah malu.. and truly aku rasa kita akn lebih rapat dgn husband bila masak sama2.. makan sama2 kat umah sambil tgk tv.. Ada gak org ckp husband akan sentiasa teringat masakan kita kat umah walau mana pun dia pg kalau kita masak.. walaupun tak dibuktikan.. tapi kita boleh mencuba.. and see the results mgkn setelah lama berumahtangga nanti.

Thursday, July 28, 2011

Honeymoon!

Fuhhhh lamanya tak update blog ni since kawin.. Dok membuat kerja2 sebagai isteri solehah tiap2 hari.. Membasuh baju, menggosok baju, sapu sampah, mengemas situ sana sini, MEMASAK? Oh bahagian tu lupa kan jelah dek non.. Pernah try bihun goreng.. Ala2 jadi bihun bubur ada la.. Lebih baik Hairos ada di sisi ketika memasak.. Sebab sesungguhnya bila tangan dia yang memegang senduk akan lebih sedap makanan pada hari itu.. Walaupun dia dok memuji2 masakan aku yang tak seberapa tu.. Konon2 encourage la tuh.. Tapi dari pandangan mata tu, mak paham keh! tak berapa nak telan la kan.. 

So honeymoon?? Tarak rancangan langsung..sbb nak pose tak lama lagi.. Then tetiba hairos cakap jom kita g Cameron.. sabtu ahad nih.. Aku pun jom!! tapi tak jadik sbb dia kena kerja on Saturday.. Tapi dia still nak ajak jengjalan jugak So akhirnya decide p MELAKA.. on saturday night gerak.. Nak gak tido hotel.. walaupun masa sekejap.. So tempat2 yang mgkn nak pg.. Taman Buaya, Taman rama2.. Jonker Walk, A famosa, Menara Taming Sari.. Tempat2 hang tuah bagai.. tapi tak tau kat mana.. (mcmla cuti 3,4 hari).. haha.. Ok bye, nak packing2!!

Oh Anyways, Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan dengan harap2nya puasa kita tahun ini adalah lebih baik dari sebelum2nya.. Amin :)


Sunday, July 10, 2011

Presenting...

Mereka yang bertungkus lumus untuk menjayakan hari perkahwinan ini..

Pelamin dais/ Handbouquet/ Guestbook and Main Table Deco/ Walkaway :

Fotographer and Videographer: Fotofreaks

Outfit for nikah and sanding : Rins Suzana


Make Up Artist & Custom made tudung sanding:

Catering : Alya Jaya Catering.

Hantaran for Her : Nilai 3

Hantaran for Him : SSF Home Deco

Cake 3 Tier / Cake Hantaran : Mad About Cake

Main Table Doorgift : My Chocolate Wonderland


Alhamdullillah semuanya berjalan lancar

Thursday, July 7, 2011

Wedding theme reveal!

Salam khamis semua,

Soalan2 yang cepu cemas yang ramai tanya aku ialah; what is my theme wedding.. nak cakap cam segan plak.. takut tak jadi plak nanti.. So this is the answer : It is suppose to be BALINESE theme wedding.. hehe but not fully balinese.. dia cam Bali-Malayish jugak.. sbb tak jumpa the right outfit for that.. so terjadila konsep balinese-malayish.. Furthermore pnah nak tanya kebaya outfit from Jakarta.. but diaorg punya kebaya mmg full beading and harga is like so so expensive.. Tak sure la yang aku survey tu yang mmg mahal.. mgkn ada kot yang murah..  but masa tu mmg tak terniat nak ke sana pun.. ingat nak tempah online saje.. but one of my friends pnah pg sana and tempah tapi dia tak sempat siapkan at that time.. then orang tu tak pos2 pun.. duit dah bayar full nih.. So akhirnya just cari jelah kat sini.. and price harus within budget.

Then someone asked me pelamin aku warna apa.. and how's the design for the pelamin.. Sejujur2 nya aku sumpah tak tau.. Sbb Kerja Kahwin nye design jarang yang sama.. Hanya kerja kahwin saje yang tau.. We never actually discussed it.. cuma aku just bgtau this is the concept that I want.. So dia proceed je with the design.. Kerja kawin menepati cita rasa aku sbb dia suka guna color yang soft and pelamin harus nmpk sweet and simple..  

So kiranya lepas nikah kat masjid putra.. terus pergi ke Dewan Precint 9 .. then at that precise moment barula I will lay my eyes for the first time at the pelamin.. Even if you arrive early before me.. maybe you will see it first before the bride sendiri ;) Even the guestbook table, walkaway and the main table deco.. I have no exact idea how it will look like.. Gilo misteri kan.. dahla bukan untuk semua org.. malah even untuk bride tu sendiri  ;)

Sunday, July 3, 2011

Spa for Ratu Sehari - part II

Baru lepas spa for session 2, suka??mesti la suke.. dilayan cam princess..   start dengan facial.. part ni x suka.. sangat menyakitkan.. especially kat hidung.. tapi after that harus hidung lebih licin.. takde lagi blackhead.. Then sapu masker kat muka...wait for 1/2 an hour.. I fell asleep.. boleh tak? selesa.. 

Next thing buat cream bath.. for hair treatment.. then part paling best manicure...bersih kuku guwe.. cuma dia tak polish sbb takut tak lekat inai nanti.. tapi dalam package tu takde pedicure... nak add RM45.00 haha nanti dululah.. nak tgk kat nail parlour dulu berapa.. and lastly urut relaks.. tak berapa nak relaks sgt la sbb sakit kan.. kat situ ada urut traditional.. kira urut relaks tu sepatutnya tak berapa menyakitkan la.. sepatutnya la kan..takleh bayangkan kalau masuk package yang urut traditional tuh

But basically I love the overall results! rambut yang wangi, kulit yang bersih dan licin.. kuku yang bersih.. and I love the concept of the spa yang combining the spa with the tradition malaysian culture.. siap ada katil cam zaman melayu dulu2.. tapi tmpt bertangas agak seram la.. my sister buat kat situ.. sorang2 and dia ditinggalkan kejap.. tmpt dia agak gelap sbb cam rumah kayu kan interior dia..then tiba2 kat radio era ada iklan nih "Jika anda melalui jalan yang terpencil ....."  adik aku cam... emmm haruskah mereka meninggalkan aku sorang2 di situ haha.. but I really want to go again after this..to try other package..or just nak relaxing setelah penat bekerja.. 

Monday, June 27, 2011

Spa for Ratu Sehari.

Last week baru lah g spa.. Tak survey sgt.. yang penting dekat dgn umah... So the only place that I've checked ialah dekat Seputeh Kapas Spa kat sungai merab atau pun dekat seksyen 4.. --> Malaysian Holistik SPA (Nudella's product).. Tapi akhirnya pilih kat seksyen 4 sbb satu dia Islamic spa.. bak kata slogan dialah.. and dia a bit pricy sikit..Konon2 kalau mahal tu better la kan product nya.. Tapi just amik je..tak review pun spa lain..

Then boleh tak, tak pnah pun perasan spa tu wujud kat situ.. baru skrg nmpk.. tu pun secara tak sengaja masa nak g restoran yus terlalu kat depan spa tu.. Pastu dia kata oh spa ni dah lama.. since tahun 2003... Amboi dah lama rupanya...

Review : Tempat tu lawa.. sebelum ni pnah pg bali punya SPA.. tmpt ni adalah cam bali nye deco sikit.. Then oleh kerana untuk pengantin punya package adalah 8 jam.. maka aku buat 4 jam minggu ni and 4 jam lagi minggu depan.. tak sanggup 8 jam straight kat situ..

Start dgn bertangas --> dia kata baik untuk merapatkan rahim, mengelakkan keputihan, mencegah bau badan..tapi dia kata better buat lepas period..

Then dia tanya nak body scrub ke nak lulur rempah.. Perception aku lebih baik lulur rempah sbb body scrub sendiri pun boleh buat.. walaupun badan lepas tu bau rempah2 gakla... tapi rasa cam lebih fresh..

Then body masker.. i think untuk memutihkan kut..

Last for that session ialah mandi bunga.. Ni mmg best.. Smells good after that..

Hasil setelah session pertama adalah saya sgt2 berpuas hati.. sbb kulit mmg bersih dan licin.. Serius tak tipu.. Sebelum ni hampir2 tak nak amik bridal package sbb dia more like to memutihkan kulit.. mcm la produk2 yang amik skrg tak cukup untuk memutihkan lagi.. so kang jadi putih cam kapur apa kes plak kan?.. Tapi saya salah ye di situ.. Putih dia adalah kerana kebersihan kulit.. mmg buat sel2 kulit mati.. Then dia urut pun best.. and sgt suka menggunakan produk2 traditional mcm rempah2 all that stuff. Pnah pg adonis kat mines.. buat facial saje.. tapi tak best, for me la.. because I have this perception in mind I love the tradition way mcm mandi bunga.. guna rempah2 bagai.. certain org tak suka bau rempah2.. but I really love the smells.. haha cukup mengarut tak?..


But I love the results. Certainly akan pg lagi lepas kawin nih! wait for review for the second session plak.

Friday, June 17, 2011

Wedding theme color

These are my wedding theme color.. the main one.. the color is green and brown..but me and my fiance's outfit will turquoise green.. InshaAllah... Aminn



and for his side--

white-purple
the same color as engagement day dulu.. white purple!

Jawa theme


But for the akad nikah.. this is for my outfit only.. I choose Jawa theme.. choose it myself and I am so in love with the traditional outfit and culture.. But takde la fully mcm ni.. still look tradtitional malay but a bit Jawa--ish. hehe boleh gitu? InshaAllah.. Aminn.

Wednesday, June 8, 2011

Guestbook!

read blog2 yang diupdate.. suddenly ternampak la blog 4weddingku terjumpa one of the most fascinating arts for guestbook.. Aku punya la dok mencari guestbook selama ni.. dan tak jumpa yang lawa plus affordable price.. and suddenly 4weddingku did the blogwalking and found this from Simplerhyme

In Love!!!

and read the notes.. is fully book until end of July.. Sedihnya.... Nape la tak jumpa awal2 dulu
cantiknye la... 



Monday, June 6, 2011

Nom Nom Social Media Minds Survey

Just that day amik survey Social Media Minds Survey.   It was launched 2 months ago. Anyway this is actually a sponsored article that was aimed to gather bloggers thoughts as social media influencer's. Lots of questions... There are sections in this study covering our habits as a blogger, Twitterer, Facebook user, and online shopper. On top of that, they also want to know the user favourite brands across all industries and share with them the perceptions of the social media scene. And the best part of all.. we get the money due to participating on that survey,, which is so hard to get in a blogging world.. huhu!!

Friday, June 3, 2011

Mari menyusun card!

Penat betul bebaru ni.. hidup tak tentu arah.. berlari sana sini.. buat tu buat ni.. baru habis kerja tu dah sampai lagi kerja lain.. ni pun amik cuti minggu ni khamis ngan jumaat tapi still jugak datang ofis amik barang2 untuk buat kerja kat umah.. Tu pun hairos bising kenapa la cuti2 pun nak buat kerja.. Yelah kalau tak siap kan bila plak kerja nak abis kan?. And minggu ni pun super busy,, sbb nak p a few wedding and on Sunday akan mulakan kerja2 mengecat umah sewa.. Dulu punya la berangan nak cat umah sama2.. skrg dah ada angan2 nak hire orang je nak cat kan.. haha.. tapi last nite ialah hari kitaorg memula kan operasi memasukkan kad kawin.. yang menolong, me,hairos and lalah.. Masukkan 100 then surrender.. The next thing I knew.. dah mengadap TV full time! haha.. time ni diaorg dah mengamuk sbb diaorg masih lagi bertungkus lumus!(^, ^)  *buat tak tau* 

starting --> muka semangat

masih semangat
dah start tgk TV!
Haha esoknya tau tau nabilah dah siapkan 500 pcs dalam sampul! Weee~~

Wednesday, June 1, 2011

congrats to all June brides and bridegrooms!

I was like crying bile tgk video one bloggers ni cik atia from blog all about her preps to become a bride...

especially time dia hug ayah dia.. Tersentuh sungguh.. Alhamdulillah dia dah selamat..and she is soo beautiful at that time.. plus baju nikah yang gorgeous! Few of my friends pun akan menikah this weekend.. Congrats to all of you Niza and Yus, Mierul and Ain, Yati and Faliq and Eimy Azwa.. Harap selamat menjalani majlis akad nikah dan bersanding nanti plus kehidupan setelah bergelar isteri nanti yah.. Hopefully all of you will be happy till the rest of time.. Post gambar plis!!


Saturday, May 28, 2011

my weekend

Life is just as plain boring.. I'm trying to mark my students tutorial 2 when suddenly casper came into and didn't let me hold the pen or the paper.. she was like jumping all around me.. and want me to just focus on her.. Ok I understand I am busy on weekdays and I always focus more on taylor on the weekdays too.. well it's the new cat... Taylor loves casper so much and  want to play with her without even noticing how much casper hate her.. I sincerely believe if we didn't watched them.. casper would really like to eat taylor.. Ok that was a little bit exaggerating haha... but casper really want to kill her.. that's for sure..

Today's plan is me n Hairos should clean the new house and paint it.. Well tak sure jadi ke tak sbb he is so tired because he's doing OT for the whole week.. So I let him sleep.. and suppose to watch movie Kung Fu Panda 2 on midnight ...harapnya jadi la mlm ni.. plus tak sabar.. nak p beli combo kung fu panda yang comel tuh


haha atas popcorn.. bawah air... straw panjang ke bawah.. cute giler kan? So mlm ni nak p tgk secute combo nye tk citer kung fu panda 2.. .. kalau jadi la pg... and plus hopefully adala ticket.. smlm try nak book tak boleh.. nak kena pay online guna credit card.. so tak jadi la book ticket tuh.. so tonite.. let see what happen!

Monday, May 23, 2011

kad kawin dah siap

Last week dapat call from tmpt buat kad kawin saying kad kawin dah siap.. Setelah lama tunggu da siap jugak akhirnya kad tu.. Most of my family cakap ok..tapi sgt plain.. tapi I choose it since I want something yg nmpk mcm traditional.. Satu hijau for my side and for hairos side color purple.. Bunting pun dah siap.. bunting free and dapat dua sbb masa tu promotion kat PWTC, dia siap kasi kotak kecik for doorgift 500.. Mmg tak rugi pergi pameran pengantin sbb time nih la sgt bnyk free gift and promotion.. 

Apa2 pun bersyukur sebab semua benda major dah siap.. Tinggal small2 stuff mcm kemas umah sewa and cat umah sewa.. Tak nak upah org nih.. Konon2 like our first adventure on starting the new life. Abg yang sewakan umah tu pun tak kisah.. .. Dia pun citer time dia dulu pun cat sendiri rumah first dia dgn wife dia.. Budget nak start minggu nih.. mmg betul2 gigih.. mcm la dah tak bnyk kerja lain nak buat kan.. Okeh tu jelah.. gembira wedding card da siap!!  Sampai hairos ckp mlm ni tido sambil peluk card eh *Cet* 



Thursday, May 19, 2011

Need FYP student

Baru bulan november lepas naik lecturer.. and bila jadi lecturer kena amik student final year project sbb it is one of the aspect yg perlu capai dalam KPI.. I was like so worry sbb I taught foundation before so I never had a chance to meet degree students.. and this sem lah baru start mengajar degree.. Semua org ckp takpe kalau takde FYP student pun.. but I really want to have FYP students because it's one of the new thing that I haven't try. And in my mind, the only topic that I could think of it's either buat genetic algorithm like my research masa master atau buat robotics.. which something that I did masa degree punya FYP (final year project) 

Then suddenly meet one of my students.. kebetulan dia pun tgh cari supervisor.. and dia pun sgt kebetulan berminat nak buat robot.. I was so happy sbb ada org yg share interest yg sama.. Alhamdulillah.. Tapi dia tak confirm lagi.. esok dia akan confirm whether dia berani tak nak teruskan dgn project ni ke tak.. Hopefully kalau dia setuju.. I would want to let him try to make a soccer junior robot..  Robot yg boleh main bola.. During my time.. I just make the robot trying to find the way inside a maze. It will look like something like this..


Monday, May 16, 2011

Dah balik from JB ;)

Akhirnya dah sampai kat umah.. ptg tadi.. There are no place like home.. Happy nye dapat balik.. tapi pengalaman pg sana pun sangat menggembirakan.. Before this kalau jumpa org2 tua.. aku ni sgtla payah nak buka mulut.. serius tak tau nak bebual apa.. tapi disebabkan kali ni aku dah belajar dari kesilapan2 lalu.. maka aku create pelbagai topic yg bole bawak bebual dan topic tu dielaboratekan.. Peh.. terror jugak aku berckp kali ni.. dari topic cuaca, topic bas, makanan, org lalu lalang, kucing,.. then setelah habis citer2 general.. bakal mom in law aku baru la buka citer pasal sedara mara.. then terus dah boleh berbual.. Yes!! Hebat tak plan mengambil hati org tua2 ni.. sampai hairos pun tak berckp bnyk.. sbb family dia dok bebual ngan aku.. Then jumpa kakak ipar dia.. Yang ni lebih mudah sbb beza umur pun tak jauh.. so lebih mudah dan bnyk topic bebual ngan kakak ipar dia.. 

Then esok nya pg Ayer Hitam.. Ni cam Nilai 3.. selalu gak pg masa kecik2.. tapi skrg dah bnyk berubah..Dulu semua kedai tepi2 jalan and ada bnyk jalan batu kerikil kecik2 ngan tanah merah.. Skrg dah cam office lot.. So different.. Dah hilang nostalgik.. hehe. Kitaorg pun beli bunga pahar, bunga manggar and paper bag kat situ.. Harga kat sana.. murah.. half price dari Nilai.. Pastu pg parit raja.. beli pelbagai jenis kerepek.. sbb kakak ipar hairos ckp kat situ famousla kerepeknya.. 

Tapi percutian kali ni sgt bermakna.. sbb dapat kenal2.. dan for the first time.. rasanya aku bnyk giler berbual ngan mak hairos.. which is so important for me.. sbb lagi sebulan lebih nak kawin.. kalau takde hubungan baik ngan mertua kan susah.. nanti kalau kenduri mana2 ke kat Perak.. ada gak la geng nak bebual.. huhu.. boleh ke tu alasannya.. Dan sepanjang kat JB.. my future parents in law ni sgt la sporting.. bg je peluang kuar2 ngn hairos berdua.. sbb kitaorg tak pernah kuar berdua begitu jauh so sgt la excited.. Abg dia siap ckp pgla depan laut.. tapi muka hairos dah mmg tak larat so lepak jelah kat angsana.. :).. 

Some picture taken at JB..