Nak dijadikan citer, satu hari ni aku drive cam biasa ke tempat car park opis.. and then adala kereta yg sgtla laju di belakang.. oleh kerana kesian kat akak nak sorang ni.. mgkn dah lambat agaknya.. Aku pun melajukan la kereta.. Pastu parking tu ada dua bahagian... aku pun tak nak la dia lambat.. suh la dia parking bahagian first masuk tu.. aku p la teruskan ke bahagian ke dua.. pastu dia masuk gak kat tempat kedua tu.. Gabra punya pasal sbb dia cam nak cepat.. aku terlanggar kereta yang sedang di parkir kat depan aku.. ces.. dalam hati aku dah cam dem! Pastu aku pasti kereta tu pun milik org tingkat 5 jugak.. bukan member/opismate aku la kan..
Pastu aku terus g kelas cam biasa.. Bila sampai kat keta sbb nak g minum2 menenangkan jiwa.. tetiba nmpkla kertas pink kat keta.. Dalam hati aik sejak bila plak kena saman parking kat sini.. Ghupenya mamat tu bagi nota.. Dgn nada lembut dia cakap.. Emm ada kawan saya ternampak puan terlanggar kereta saya dan saya juga ternmpk kesan pelanggaran tersebut.. pastu tulis nama.. and tingkat 5.. and unit dia.. Dalam hati aku aik dia nih.. nak jumpa aku ke camane.. takde plak tinggal kan email ke, no tepon ke.. abis takkan pulak aku nak mencarik ko kat tingkat 5 tiba2.. tak ke pelik tu.. Pastu dalam petang cenggitu aku pun call la sorang member aku kat tingkat 5 dgn harapan nak tanya pendapat/ nasihat bla bla.. Pastu kawan aku ni lelaki.. dia cakap jumpa jelah mamat tu.. mana tau kang dia calarkan keta ko ke.. dia block keta ko ke.. aku pun finela.. ko cakapla dgn dia esok aku jumpa dia dalam kol 9 pagi.. Pastu kawan aku pun cakap ko mintak jelah no tepon dia sekali.. say sorry ke hape..
Dah dapat no tepon camtu aku msg la cakap sorry hari ni sibuk sikit and aku akan jumpa dia esok dalam kol 9am.. Tetiba pada hari yang sama kol 10 mlm dia msg " As salam puan, saya rasa takpe kot bcoz saya try ketuk sendiri and looks like ok je" So aku pun ok la kan.. dah cakap camtu.. oh baiknya la hati mamat ni..
Lusanya plak my friend msg balik.. yang se opis ngan mamat tuh.. Dia cakap "Rina kau tak gantirugi ke kete mamat tu, Smlm aku jumpa dia , dia frust sebab kau say sorry je. Malu sey aku"
Peh dalam hati aku mmg dah bengang dah.. ko apehal kan.. dah dia msg aku camni camni.. abis tu aku anggap benda tu dah settle la kat situ.. yg tetiba dia nak frust apsal?. Yelah kan mengikut pemahaman manusia biasa, saya rasa takpela kot and saya dah ketuk sendiri and looks like ok je tu maksudnya kereta dia ok la kan.... Lainla dia cakap saya try ketuk2 pastu pecah ke.. ble la aku nak get the point.. dah dia kata takpelah.. ada ke maksud lain.. Takkan expect aku nak pujuk plak.. Kalau korang la kan.. nak mintak ganti rugi.. Akan ke cakap takpela, keta saya dah ok bila orang tu nak jumpa ko esoknya untuk bayar ganti rugi... Mgkn ke cakap mcm tu.
So aku mmg la sgt bengang dalam hal ni.. Aku just suh je member aku bgtau kalau nak sgt aku bayar ganti rugi nape tak ckp direct je.. dahnye mmg aku nak jumpa dia untuk settlekan pun hari tu.. Aku just cakap ko p print jek resit tu nanti bagi aku.. tapi kalau harga dia lbih satu sen pun aku mmg tak halal kan dunia akhirat! So aku nak tgk budak tu ada rasa malu lagi tak nak contact aku.. so far sampai skrg takde citer.. Yang member aku ni plak cakap jgn la marah aku.. dah dia cakap kat aku mcm tu.. Dalam hati aku yang ko nak malu sgt tu tanpa tau citer sebenar tu apa hal.. mengikut member2 aku yang lain bolayan kan saje mamat ni.. Tah hape2..
No comments:
Post a Comment