Pegi antenatal class last sunday.. Nak kuar di hari2 ahad ni dari pagi sampai ke ptg mmg serius rasa membuang masa yg precious untuk tgk tv di hari2 sunday yang mendung plak tu.. Elok tido nih.. Tapi sbb dah bayar maka gagahkan hati pg jugak... Sampai je dapat goodies bag yang sgt besar.. amboi.. cam handbag dgn bnyk betul barang kat dalam.. Positive parenting magazine, small2 notes on babies, sticker, cranberry juice, nappy rash cream, satu kotak besar susu nestle.. bukan sample ye anak2..., ubat gigi pureen for maternity, satu sample diapers mamy poko, dan bnyk lagi yang dah tak ingat dah..
Then makan breakfast dulu which is disediakan jugak.. pastu p kelas first which is about kanak2.. so in here bnyk dapat info dari segi baby yang lahir premature, apa problem dia, yg lahir term (cukup bulan) apa problem dia.. so baru tau annur only accept baby yang berumur 37weeks and above. kecik dari tu dia akan hantar p tmpt lain. So tak ingat dah apa akan berlaku tentang bayi lahir pramatang ni.. sbb bnyk sgt penyakit yg boleh berlaku since baby tu kecik..cuma benda yg paling ingat ialah dia cakap dia tak advise amik epidural sbb dia kata cheating :).. Sbbnya bila ibu melahirkan anak dosa si ibu terhapus seperti bayi yg baru lahir.. so cheating la kalau amik epidural. tak rasa sakit sgt..:) But still it depends la on people kalau dah tak tahan sangat maka drugs2 ni boleh membantu.
Then second class is about delivery. So handle by Dr Fatimah.. Dia terangkan pasal normal and ceaserian delivery.. Tapi dia start dgn nasihat2 tentang keagamaan yang sgt berguna.. Dia cakap baca lah surah maryam sbb kat situ bnyk benda yg kita boleh ambil sbg iktibar. Dan jugak dia kata masa baby nak dilahirkan point of hujung kepala dia perlu menghala ke bawah. mcm bersujud. barulah baby tu dapat keluar dengan mudah.so kalau dia senget sikit atau melintang baby tu tak mgkn boleh keluar, jadi di situ perkara pertama yang boleh diambil iktibar yang Allah ajarkan pada kita adalah supaya kita sujud dan patuh padaNya. dan kalau kita tidak patuh kita akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan... Mcm kalau baby tu melintang tadi of course dia tak dapat keluar dgn mudah.. So kalau kita cuba jugak melawan fitrah Allah, maka hidup kita akan sentiasa bermasalah..
Dr fatimah ni mmg citer2 dia bnyk penuh dgn nasihat, kisah2 benar yang dia dah lalui... tapi perkara pertama yang dia tanya kan pada semua bakal ibu bapa adalah kenapa datang ke kelas begini.. so ramai la jawab nak tau lebih bnyk benda, and so on.. so dia kata orang dulu2 tak payah pun pg kelas ni.. Siap dia cakap my grandma dulu ada 6 org anak ok jek.. takyah datang2 kelas.. So last2 takde org boleh jawab.. so dia kata ayat pertama yang diturunkan Al Quran adalah Iqra'.. bermaksud "read". So di situ Allah sentiasa menyuruh kita mencari ilmu. Kerana perjalanan hidup kalau mereka melaluinya dgn ilmu dan tanpa ilmu adalah berbeza. Bila kita ada ilmu kenapa kita kena solat, kena puasa, maka kita akan melaluinya dgn rasa gembira, dgn rasa syukur dan taat. sbb kita tau kenapa perlunya solat dan puasa.. Sama juga mengandung... Bila kita berilmu.. kita enjoy setiap kesakitan yg kita lalui..setiap new things yang kita alami, kita rasa seronok.. So jgn datang2 kat doktor alahai doktor saya mengandung lagi..So rasa mcm terpaksa.. And husband kenala memberi isteri tu rasa ready untuk ada anak lagi.. Biar masa isteri mengandung tu rasa tenang dan gembira.. Ada sesetengah guna kuasa veto nak anak 10 org.. So tak kira la isteri nak atau taknak.. Maka dia kata kat situ perlu ada perancangan bila nak melahirkan anak.. mesti dalam keadaan kita tenang dan kita bersedia..
And kalau bersalin tu bermasalah.. ada dua cara yg kita boleh guna either forceps or vacuum.. Forceps tu mmg seram.. dia besi.. so dia letak benda tu kat kedua2 belah telinga baby and tarik kuar.. but perlu dilakukan oleh pakar.. if not.. mmg ada case bayi cedera kalau tekan kuat sgt.. and besi tu dia masukkan dalam vagina satu2 ye anak2.. seram kuasa dua... Pastu ada lagi satu procedure iaitu dgn mematahkan bahu baby kalau dia tersangkut sbb kalau tunggu lama baby tu akan lemas.. so takde cara lain dia akan patahkan bahu baby tu untuk selamatkan baby... sbb katanya bahu tu boleh sembuh dalam 2 minggu je.. kalau lmbt 2 minute baby boleh brain damage sbb dia stuck kat situ.. and kalau 4 minutes late, baby akan mati..
And bnyk lagi.. kalau nak share apa yg belajar the whole day mmg panjang.. So secara ringkasnya ada tentang workshop from susu ibu, then ada tentang stem life.. Ni dia amik darah dari tali pusat anak dan dia simpan.. but have to pay monthly, so if anything happen to the baby masa dia besar.. contohnya accident ke.. so darah tu boleh digunakan.. ataupun boleh didermakan pada adik beradik kalau compatible,, pada parents pun boleh.. dia ala2 insurance gitu.. tapi agak mahal la kut monthly..
Then lastly ialah belajar persediaan ke labour room and pain management.. Kat sini diajar tentang.. apa yg patut dibuat dalam nak tunggu tempoh 10cm tu buka.. apa teknik2 pernafasan kalau sakit, kalau nak tahan dari push.. So a lot of things.. Datang dgn husband mmg lagi mudah sbb dia boleh belajar bnyk benda di samping belajar tentang peranan husband dalam labour room.. etc etc.. dia pun kena ingat semua teknik pernafasan so that.. dia boleh ingatkan wife kalau terlupa nanti kalau dah sakit sgt kan..
Fuhh panjang lebar nih.. Jadinya for me sgt2la recommended pergi kelas2 mcm ni.. so that by the time kita masuk labour room.. at least kita tau apa yang kita boleh buat.. and kita lebih confident.. untuk menjalani proses tuh. :)
Go rina! Go rina! Hairos wajib igt semua teknik pernafasan tuh sbb at moment ko dlm labour room tuh bleh kate 70% ibu lupe camne nk teran n breath..Even dah bersalin 2 3 kali pon..
ReplyDeleteJgn seram2 sgt. The key is "enjoy"..mmg btol if we ready to have baby, kite akan happy sepanjang proses mengandung dan bersalin. sebab tu biase 1st baby parents sgt excited. Tp bile masuk 2nd 3rd kurang, sbb mental n fizikal x well prepared..
Huhu aku nye cerita ni takde jalan penceritaan langsung.. lebih kepada nak ingat key point jek.. haha penulisan yg teruk..
Deletehaha mengikut saranan sepatutnya praktis benda tu everyday sbb takut lupa.. dgn buat relaxation technique setiap hari so that kita sentiasa calm sampai labour room pun relax je.. tapi aku tgk video bersalin time tu akak tu pucat lesi dek non..Tapi takpe mak cuba enjoy..