nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 2, 2015

I'm 31 years old, 31 weeks pregnant and starting a business

Diam tak diam dah 31 weeks.. Seriously satu barang pun tak beli lagi untuk second baby nih.. Bukan tak excited tapi mmg terlalu sibuk dgn kerja, belajar dan aktiviti terbaru berbusiness.

Starts berbusiness ni mmg kelakar la.. At first adalah sbb nak beli tumbler. Then 2 tahun just beli2 barang untuk suka2.. Then pada satu masa tu ada sorang ni pesan nak beli barang.. Alang2 tu dia jadi member jugak untuk tupperware.. So start dari tu rasa why not try la business. Jalan x jalan belakang kira la kan.. 

Then start to buy stocks.. Try la buat page. Haha.. mmg rasa kompem takde org nak like page aku nih.. Then the first2 day to takde org nak beli pun.. tapi tak kisah la try2 je.. Furthermore beli barang2 yang sendiri suka. Bolehla simpan 

Tapi tup2 masa tu nak tido dah.. Lepak kat rumah mak sementara tunggu hairos balik kerja OT. Then ada msg dari member lama.. Tetiba dia nak beli flask.. masa tu ada offer beli dua flask tupperware harga murah..Tapi dia nak satu je yg kecik.. Excited yang teramat2 boleh.. walaupun org tu nak beli satu je. 



Tu yang ada kat wishlist kat atas tu.. Want to sell one thing dah scratch.. sbb dah BERJAYA!!.. Org lain jual ribu2 barang relax je kan?.. Then tanya la my upline how did she manage to sell barang dia.. Dia pun ajar la a few ways.. Then tanya la akak dulu berjaya tak jual semua stok dlm masa sebulan.. Dia kata semua sold out.. Dlm hati ku wow.. mmg aku tak terbuat la mcm dia nih.. 

Then somehow tetiba.. I manage to sell all the stocks.. tak tau mcm mana.. rezeki kan?.. Then siap restock2 lagi dlm masa seminggu tu. Tapi mmg letih.. walaupun letih tapi rasa best giler.. Taktau nak express bestnya berbusiness.. Rasa mcm tetiba dah accomplished something dlm hidup.. Yelah kpi susah nak achieve.. Achieve ni pun jadikla..

Tapi masa tgh2 berselling2 tuh.. terjumpa satu page nih.. Kata2 dia mmg mcm penawar la waktu tu.. 
Ni ayat akak tu .


Terima kasih semua yg sudi bershopping.mana yg nak brg pape boleh pm.byk lg yg nak clear .harga memang murah2 ja.harap semua berpuashati.Memang adat berniaga kdg2 kita memberi dan kdg2 kita menerima.sapa yg minta pm saya mesti pm.jika terlepas pandang harap maaf.dan saya tak pernah berkecil hati jika customer tak beli.saya pegang satu je ..yg menjadi sebab2 rezeki saya adalah anda semua, tp yg memberi rezeki "Dia ".


dan jugak ni

Jika tertulis rezeki itu milik kita ,tak kira dimana,pagi petang ,siang dan malam,..
Rezeki tak pernah salah alamat dan tak pernah salah tuan.
Yg nampak dimata adalah sebab2 rezeki ,yg tak nampak adalah pemberi rezeki.
Salam sabtu semoga beroleh keberkatan.

Jarang sgt jumpa org yg berfikiran begini dlm menjual.. Rasa mcm sejuk je baca ayat2 dia.. Walaupun penah pg sekali event tupperware tapi tak rasa semangat.. Sbb rasa kosong.. Rasa mcm nak achieve something tapi kosong dlm pengisian rohani.. haha boleh.. 

Walau apa pun.. aku nak berpegang pada kata2 akak tu.. Kalau kita buat semata2 kerana Allah.. InsyaAllah kita akan tetap gembira dan redha dgn apa yang berlaku.

Anyway kalau rasa2 nak beli tumbler ke.., hadiah member kawin ke bolehla visit my business blog. 


K, tu je for today.. 

Assalamualaikum.

Wednesday, February 18, 2015

Pregnant 28 minggu!!

Jeng jeng jeng!.. Tora datang lagi.. Ye setelah lamanye menghilang kini saya telah pun pregnant 28 minggu.. Lebih kurang 7 bulan.. Dari post lepas yg sibuk2 paranoid kini sedang sibuk2 pula membuat persiapan menantikan si permata hati yg kedua. 

Baru je lepas buat 3d last week. Alhamdulillah semua normal, kepala dah menghala pada kedudukan yang betul. Jantina dah tahu.. It's a boy!! Opposite sex dgn kakak.. Tak sangka sbb lepas 6 bulan baru dpt tau gender dia.. Jantung ok, Air ketuban cukup cuma yg tak oknya si ibu pulak kena asthma.. Dari first few months hari tu dah batuk teruk. Ingat biasa je, pergi check rupanya asthma.. Terus kena neb 3 hari. Then bebaru ni kena lagi asthma..Neb la lagi 3 kali. Hopefully boleh la recover nak dekat bersalin nanti. Mengharapkan kali ini juga normal. Mudah-mudahan. Amin

Ok la nak share la video 3d hari tu.. Rasanya lain langsung dgn muka kakak dia.. hehe :):)


Wednesday, September 24, 2014

Ibu yg sentiasa paranoid

Sepanjang pregnancy dari dulu sampai skrg rasanya aku ni seorang yg sgt la paranoid.. suka sgt baca citer yg bukan2 sbb kononnya nak menerima apa2 keadaan yg paling buruk untuk bersedia.. I know it's crazy.. tapi for now ini adalah benda2 yg aku ingin tau.. lagipun rasa takut sbb kantung masih kosong pada minggu lepas masih menghantui jiwa huhu.. walaupun doktor dah ckp yang itu adalah normal tapi hati masih tak tenang hehe.. jadi mencari citer tentang pengalaman mengandung 8 minggu sehinggalah terjumpa cerita di bawah.. entri yang mmg panjang lebar tapi si ibu mmg adalah seorang wanita yg positif. 

http://minaina-ilaaina.blogspot.com/2013/09/kisah-kehamilan-kedua-saya-dari.html


Tuesday, September 23, 2014

Mengandung 8 minggu!

wah betul2 lama tak update blog.. rasa takde apa yg best untuk diupdate. cuma kali ni excited lebih.. setelah menunggu dgn agak lama baru lah dapat merasa nikmat mengandung sekali lagi. Alhamdulillah. 

Rasa masa humaira 1 year 6 months tu dah rasa senang nak jaga dia.. so rasa cam tgk dia tgk je org lain yg ada adik beradik lain and nmpk dia nak join bebudak tu.. harus la bebudak tu tak nak kawan dgn dia hehe.. bukan adik beradik dia pun kan?.. tu rasa cam kena tambah lagi satu nih.. 

Masa genap humaira 2 years masa tu buat upt tapi negative.. lepas tu pg buat benda lain.. datang balik tgk double line yg samar2.. rasa mcm ye ke? ye ke?.. then esoknya check balik upt dah positive.. Mmg happy tapi rasa mcm takut false positive ke.. kalau negative mengharap positif kalau positive takut false positive pulak kan? hehe.. 

Skrg dah hampir 8 minggu. Last check up masa 6 weeks++ time tu scan nampak kantung je.. tak nmpk anything inside lagi.. Then dia suruh datang check up time minggu ke 12.. lamanye la kan.. tapi by week 11 tu nak pg Korea so rasa nak check jugak tgk heartbeat ada x.. haha 
Ni masa 5 weeks++

Then ni en hubby paksa beli sbb mcm tak yakin dgn setakat nmpk dua line haha

Friday, December 6, 2013

Getting serious!

Dah lama sungguh tak post dalam blog ni.. Busy sungguh2.. facebook pun bebaru ni je bukak.. 

Sbb I have getting serious about my PHD.. Haha akhirnya .. Tak tau kenapa dapat hidayah untuk serius baca journal, jumpa supervisor every week.. Tapi mgkn jugak sbb pengaruh rakan2.. 

All my friends, good friends ada yang tgh further master, ada yang tgh buat PHD.. so oleh kerana selalu sgt spend masa ngan diaorg nih.. maka terpengaruh sekali lah untuk buat PHD.. 

I got the offer from UPM tapi defer ke second sem sbb baru pindah rumah waktu tu,.. so tak berapa ada duit untuk yuran.. so dah diluluskan untuk defer dan akan register bulan feb 2014 nih.. My Brain pun baru je mohon dan hopefully by feb jugak jawapannya nanti. Moga2 Allah permudahkan.. Sbb takdelah berat sgt kalau MyBrain tanggung untuk 3 tahun kan.. 

Hopefully everything went well and I can finish in time.. InsyaALLAH.