nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, June 8, 2012

Excited mommy to be!

Long time tak post anything.. Bukanla sgt busy tapi mmg takde idea langsung nak menulis.. Masa pregnant sgt penat.. Kalau dulu nak duduk and bangun rasa seringan bulu... oh skrg tidak lagi ye.. rasa cam kalau duduk tu jgn nak suh bangun2 lagi la.. 

At first pregnancy, tak rasa sgt the bond between me and my baby.. maybe because of the morning sickness.. But after the baby start kicking.. tak ingat minggu ke berapa.. maybe dalam week 20 baru rasa bonded tu .. baru rasa sgt menyayangi.. sbb rasa berdua.. mcm ada org teman.. Hehe rasa kelakar bila ada benda bergerak dalam perut.. and tetiba kicking yg selalu buat kita tersentap time meeting or berbual.. Bila rasa kicking tu kadang2 tak comfortable.. tapi kalau tak kick rasa sgt la risau.. tido ke?.. penat ke? Then rasa tak kisah la tak comfortable tu.. as long as I know you are moving.. 

About the baby stuff, starting bulan lepas dah start beli barang.. without any checklist.. confident je nak beli apa.. Barang yg first beli
1) Baju - 2 pasang (1 lengan panjang and 1 lengan pendek)
2) Barut
3) Medela Breast Pump.. (Manual)

tu je.. sbb rasa cam awal sgt nak beli2 barang.. And then bila masuk 6 month tu baru bershopping dgn sakannya.. itupun sbb mak mertua ajak beli.time tu start beli beberapa baju, towel, mandian baby, barut lagi, ingat dah bnyk nih.. Tetiba kira2 baju baru 5 pasang.. Apa benda la yang aku dok beli2 selama ni.. 

Then minggu lepas shopping lagi.. tapi terpaksa shopping baju yang ada dah tak muat.. Since masa tu kat melaka.. ada engagement cousin.. so terus la pergi jusco ayer keroh.. rasa in love dgn jusco.. murah nye kau kan.. terus buat card.. dan mmg lepas ni p jusco jelah jawabnya.. sbb selama ni confident.. boleh muat baju sampai 7 bulan at least.. tapi 5 bulan dah kena tukar baju pregnant.. Then shopping si ibu la jawabnya lebih bulan ni.. 

Tapi weekend tu shopping jugak lagi sekali.. Ingat bulan depan jelah nak beli baju lagi.. Thanx to my mom ye yang berbelanja sakan untuk cucu pertama dia.. beli baju lagi.. sekali lagi kira2 baju.. boleh tak baru 13 pasang.. confuse jugak.. rasa dah beli bnyk da.. tapi rupa2nya check balik bnyk beli benda lain yg besar2.. bath up, pampers, napkin, beg yg comel nak bawak baju.. Bila dah beli barang baru realize takde tempat nak letak baju2 dia plus dgn barang2 so minggu ni decide nak p shopping almari pulak.. :) 

For the next item yang nak buat with the baby is 3d scan!.. Which is next week 12th june.. sgt kebetulan dgn birthday Hairos.. kira celebrate sekali la... tapi takut jugak kali ni dia tutup lagi.. Alahai anak nan sorang nih.. secretive sungguh.. belajar dgn sape ehhh.... Benda yang paling kelakar.. masa p scan sebelum ni.. tgh scan dia.. tetiba dari baring dia boleh angkat muka and look at us.. funny sungguh.. mgkn dia rasa mcm ada benda tekan2.. so mcm terpandang at us..

After the 3d scan baru la check up untuk 27 week plak.. lagi seminggu dah nak 7 bulan time tuh.. How time flies... Tu je citer si ibu yang excited nih.. Till next time.. 

Wednesday, April 25, 2012

Bercinta biar forever ya!

Baru je lepas membaca buku Bercinta Biar Sampai ke Syurga.. sambungan Aku terima nikahnya.. Lepas baca terus rasa bnyk nya kesilapan2 yg kita buat sebagai seorang isteri.. Skrg baru terasa betapa bnyknya pengorbanan suami.. even baru je kawin tak sampai setahun.. Rasa beruntung untuk tahu semua ini sebelum waktu perkahwinan dah menjengah usia berdekad2.. 

I've seen a lot of my friends marriage in the office.. Ada yg mementingkan parents dari suami.. ada yg mementingkan anak2 jauh dari suami,.. Mgkn ada sorang je kawan aku yg mementingkan suami.. dgn cara yg dilunaskan dalam Islam.. Hasilnya.. mmg amat disayangi suami.. bukan kerana paras rupa, malah kawan ini juga masih lagi tidak mempunyai anak.. Namun semua tu tak pnah dapat memisahkan mereka berdua.. 

In this book, (dalam beberapa bab yang favourate yang aku nak share) katanya, dalam salah satu babnya, kebanyakan suami mengatakan berkahwin lagi satu sebagai HAK, tetapi tak melihat ia sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Mudah menyalahgunakan poligami dgn tidak bersungguh2 menyelesaikan masalah yang ada dan dgn cepat pula mencari quick fix yang ada iaitu dgn berpoligami. Semasa bercinta dgn wanita satu lagi mmgla nmpk seperti dia begitu memahami.. dan cinta itu seperti cinta sejati.. Disebabkan cinta itu belum datang dgn tekanan dan tanggungjawab seperti mana yang ada dgn si isteri pertama.. 

Begitu juga si isteri yang dgn mudah mengatakan suami tidak menyintainya sepenuh hati.. Setelah dalam setahun suami buat begitu bnyk kebaikan tetapi hanya kerana satu perkara yg tak kena. isteri terus menafikan semua kebaikan suami..Perbuatan ini kata penulis boleh menyebabkan kita kufur dgn nikmat rumah tangga. maka dalam satu ayat, 

Dan ingat lah ketika Tuhan memberitahu "Demi sesungguhnya!, Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahkan nikmat kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, ingkar sesungguhnya azab-Ku amat lah keras" (Ibrahim: 7)

Mgkn kata penulis, kekurangan itu bukan kerana datang dari si suami tetapi kerana Allah tidak menmbah nikmat Nya berupa kasih sayang suami kepada isteri untuk melengkapkan rasa kurang itu kerana terjerumusnya isteri dalam lembah kufur.. 

Bab2 kat atas ni sgt2 menginsafkan pada aku.. sbb selama ni mgkn aku juga tak sedar betapa bnyk bnyk nya pengorbanan si suami pada aku.. hingga kadang2 aku boleh terasa dia tidak memberi perhatian. Terutamanya skrg.. perasaan mengandung.. Dgn mudah nya rasa dia tak memahami... Mgkn dia dah lakukan apa yang terbaik dan mgkn aku yg kufur nikmat yg membuatkan aku tak dapat menikmati setiap kasih sayang yg diberikan.. Wallahualam....

Monday, April 16, 2012

@17 weeks

Huh long time takde citer ni.. So bebaru ni p la check up on saturday. dgn rasa nervous2 sbb sepanjang weekend bebaru ni tak dok diam.. since we've just lost Hairos's niece.. She past away due to keracunan beli nasi lemak kat pasar mlm.. Sgt sedih.. But because of that, Me and Hairos travel ke perak take mak ayah dia and bawak p Batu pahat.. Esoknya travel balik ke perak hantar his sister balik perak pulak.. And weekend tu pg balik batu pahat lawat abg dia yg still warded sbb makan makanan yg sama and keracunan jugak

So disebabkan tak tido sgt sepanjang hari waktu tu.. so agakla risau dgn keadaan baby.. Akhirnya p check up last saturday.. and dgn berkobar2 nye scan.. haha.. tetiba tgk dia dah tersgt la besar dari last time..;) body sume moving.. huhu.. jantina dah agak2 nmpk tapi tak sure lagi... huhu..

Tapi dalam kegembiraan melihat perubahan2 tu, ada jugak yg menyedihkan.. uri aku tak naik lagi since last time.. doc kata takpe.. kita tgk dulu keadaan sampai 7 months.. sbb dia kata kalau sikit2 je kat bawah takpe.. ni the whole thing kat bawah.. sbb dia lekat masa nak jadi tu kat situ.. so berdoa la semoga boleh naik balik ke atas.. if not mmg takde cara lain.. selain dari caesar.. sbb kalau uri kuar dulu baby mmg boleh lemas.. And there is nothing that I can do.. sbb mmg there is no other way.. dia kata mmg takde petua yg boleh naikkan balik.. and what you can do is just pray.. tapi tetiba dia kata.. alah caesar tu simple jek.. Huk huk.. tak taulah.. Bukan yg susahnya pembedahan ni ialah proses pemulihan tu ke...

But it's ok.. selagi belum masa untuk worry, jgn worry dulu.. Hopefully everything is going to be ok.:(

Tuesday, March 13, 2012

9-12 weeks

Long long time tak menulis.. because of the headache yg menyebabkan terpaksa berbaring.. kekuatan hanya didapati bila kena g kelas..bila kena baca nota.. untuk hal2 lain mmg tak larat la.. Then hari ni.. dah 12 w 4 days sudah.. haha.. pelbagai benda actually berlaku dalam tempoh ni tapi disebabkan pening yg teruk maka tak terpk dah benda2 sgt.. So flashback to 9 weeks........

At 9 weeks
Actually time ni rasa kepeningan yg teruk.. so dgn bangganya nak pg berurut.. confident abis.. sbb dgr nya tukang urut ni bidan la kan..so confident la dia tau kut mcm mana nak urut org pregnant.. Pastu g urut satu badan... dia urut perut, belakang, masa urut kaki ye very the aku meniarap ok... tak pasti la kalau terhimpit ke anak aku. Then tukang urut tu siap cakap anak aku bnyk belah kanan so maybe lelaki la kononnya..tapi ni tak sure la kan.. and then esok nya p la citer kat my friends yg aku p berurut.. Semua org terkejut. biar benar pompuan ni.. baru 2 bulan. dah p berurut.. huhu.. Then aku pun haruslah cuak kan, dah semua org cakap patutnya takleh.. in case anything happen.. terus g klinik huda.. check up.. dia pun terkejut.. dia cakap saya tak galakkan awak berurut, sbb kita tak tau kedudukan uri lagi.. rendah ke tak ke.. Then dia pun scan.. Scan2 tiba2 the baby is kicking... Aku mmg shock la kan.. boleh ke 9 weeks dah nampk kicking.. and dia keep moving.. haha funny.. so dia kata baby sihat.. nothing to worry...


 Ye masih small.. hehe.. but leg kicking.. rasa terharu..

at 11 weeks
haha ni lagi kelakar.. I was like keluar dari pintu lift and tetiba terpelecok.. adoiii.. terus takleh jalan.. kaki terus membengkak.. while pregnancy rasa nya if terjatuh ke apa.. kesan dia teruk gak.. Then confident lagi sekali pergi berurut jugak.. tak g check up.. confident. bukannya terjatuh pun kan.. hehe.. tapi kesan dari jatuh tu membuatkan aku tak pening sgt sbb focus kat kesakitan kaki je.. rasa gembira sbb dah tak sakit kepala hehe.. Tapi lepas tu masuk angin sbb terjatuhkan.. terus headache lagi teruk.. waaaa.


At 12 weeks 4d (today)
When to clinic huda to take flu nye ubat.. sambil tu check up jelah terus.. Plus bebaru ni ada kencing kotor so terus sahaja check sume.. And doctor cakap masih ada kencing kotor nih.. tapi tinggal sikit la.. and then tiba la masa yg ditunggu2.. scan.. Once scan. mmg terkejut.. baru 3 weeks beza.. baby dah besar betul.. dah obvious kepala.. and kali ni dia bukan setakat kicking..dia melonjak.. if you ever since video kat baby center tu yg bergerak satu badan..mcm nak melompat..mcm tu la.. and then kicking.. dr tu pun cakap.. MasyaAllah ye.. cukup sifat semua ok.. masa tu rasa nak nangis.. rasa sgt2 bersyukur.. walaupun the baby really gave me headache everytime.. especially bila pas makan.. tetiba rasa baby tu bertenaga nak membuatkan aku berpusing2. haiyooo.. tapi bila tgk dia aktif rasa cam berbaloi la kan pening2 aku ni kan.. Sampai my friend yg ikut pun terkejut.. sbb masa dia preggy tak pnah plak dia nmpk anak dia bergerak2.. aku pun tak sure la kan.. ni kali pertama aku become a mom.. tak tau la plak org lain mcm mana pengalamannya..

dah obvious.. :)

Friday, February 17, 2012

Accident di opis!

Nak dijadikan citer, satu hari ni aku drive cam biasa ke tempat car park opis.. and then adala kereta yg sgtla laju di belakang.. oleh kerana kesian kat akak nak sorang ni.. mgkn dah lambat agaknya.. Aku pun melajukan la kereta.. Pastu parking tu ada dua bahagian... aku pun tak nak la dia lambat.. suh la dia parking bahagian first masuk tu.. aku p la teruskan ke bahagian ke dua.. pastu dia masuk gak kat tempat kedua tu.. Gabra punya pasal sbb dia cam nak cepat.. aku terlanggar kereta yang sedang di parkir kat depan aku.. ces.. dalam hati aku dah cam dem! Pastu aku pasti kereta tu pun milik org tingkat 5 jugak.. bukan member/opismate aku la kan..

Pastu aku terus g kelas cam biasa.. Bila sampai kat keta sbb nak g minum2 menenangkan jiwa.. tetiba nmpkla kertas pink kat keta.. Dalam hati aik sejak bila plak kena saman parking kat sini.. Ghupenya mamat tu bagi nota.. Dgn nada lembut dia cakap.. Emm ada kawan saya ternampak puan terlanggar kereta saya dan saya juga ternmpk kesan pelanggaran tersebut.. pastu tulis nama.. and tingkat 5.. and unit dia.. Dalam hati aku aik dia nih.. nak jumpa aku ke camane.. takde plak tinggal kan email ke, no tepon ke.. abis takkan pulak aku nak mencarik ko kat tingkat 5 tiba2.. tak ke pelik tu.. Pastu dalam petang cenggitu aku pun call la sorang member aku kat tingkat 5 dgn harapan nak tanya pendapat/ nasihat bla bla.. Pastu kawan aku ni lelaki.. dia cakap jumpa jelah mamat tu.. mana tau kang dia calarkan keta ko ke.. dia block keta ko ke.. aku pun finela.. ko cakapla dgn dia esok aku jumpa dia dalam kol 9 pagi.. Pastu kawan aku pun cakap ko mintak jelah no tepon dia sekali.. say sorry ke hape..

Dah dapat no tepon camtu aku msg la cakap sorry hari ni sibuk sikit and aku akan jumpa dia esok dalam kol 9am.. Tetiba pada hari yang sama kol 10 mlm dia msg " As salam puan, saya rasa takpe kot bcoz saya try ketuk sendiri and looks like ok je" So aku pun ok la kan.. dah cakap camtu.. oh baiknya la hati mamat ni..

Lusanya plak my friend msg balik.. yang se opis ngan mamat tuh.. Dia cakap "Rina kau tak gantirugi ke kete mamat tu, Smlm aku jumpa dia , dia frust sebab kau say sorry je. Malu sey aku"

Peh dalam hati aku mmg dah bengang dah.. ko apehal kan.. dah dia msg aku camni camni.. abis tu aku anggap benda tu dah settle la kat situ.. yg tetiba dia nak frust apsal?. Yelah kan mengikut pemahaman manusia biasa, saya rasa takpela kot and saya dah ketuk sendiri and looks like ok je tu maksudnya kereta dia ok la kan.... Lainla dia cakap saya try ketuk2 pastu pecah ke.. ble la aku nak get the point.. dah dia kata takpelah.. ada ke maksud lain.. Takkan expect aku nak pujuk plak.. Kalau korang la kan.. nak mintak ganti rugi.. Akan ke cakap takpela, keta saya dah ok bila orang tu nak jumpa ko esoknya untuk bayar ganti rugi... Mgkn ke cakap mcm tu.

So aku mmg la sgt bengang dalam hal ni.. Aku just suh je member aku bgtau kalau nak sgt aku bayar ganti rugi nape tak ckp direct je.. dahnye mmg aku nak jumpa dia untuk settlekan pun hari tu.. Aku just cakap ko p print jek resit tu nanti bagi aku.. tapi kalau harga dia lbih satu sen pun aku mmg tak halal kan dunia akhirat! So aku nak tgk budak tu ada rasa malu lagi tak nak contact aku.. so far sampai skrg takde citer.. Yang member aku ni plak cakap jgn la marah aku.. dah dia cakap kat aku mcm tu.. Dalam hati aku yang ko nak malu sgt tu tanpa tau citer sebenar tu apa hal.. mengikut member2 aku yang lain bolayan kan saje mamat ni.. Tah hape2..