22 June 2013 - Sampai agak lambat since Hairos kerja.. patutnya check in pukul 3 tapi end up sampai kol 4.30pm.. Oleh kerana tak tau jalan maka kitaorg guna waze.. sambil drive sambil boleh kita berchat chat dgn org sekitar yang guna waze sekali... Lalu jalan yang bersimpang siur, maka nye humaira dah start nak merengek sbb dia nak keluar dari kereta, rimas lama sgt dalam kereta.. So kitaorg ni sambil nak cari jalan sambil melayan humaira yang merengek.. Dah start mood mood dah masa ni
Sampai sana.. Dia suruh park kat lobby then takleh tinggal keta kat situ. Sorang kena check in and then sorang lagi kena pg park kereta kat car park dia yang agak jauh.. Then aku bawakla humaira p lobby untuk check in.. Hairos pg park kereta.. Sampai sana.. pg kat kaunter then dia kata kaunter iconic kat sebelah sana.. Dah confuse2 dah.. kenapa bnyk sgt kaunter.. and sampai sana mmg lautan org la.. Then beratur.. Hanya ada sorang je kat depan aku masa tu.. tapi nak check in punya la lama giler.. dekat sejam! mula la rasa nak marah.. dahla panas.. jerebu plak tu..
Lepas check in kitaorg pun diberi kunci bilik dan nak pg ke bilik yang agak jauh lagi.. kena naik satu kenderaan diaorg panggil buggy kat situ,, nak tunggu buggy tu pun ramai jugak.. so mood mood lagi.. bila dah naik buggy tu tanya la driver tu.. nak guna buggy ni boleh call customer service je ke.. Dia kata buggy service ni untuk check in and check out je sbb ada luggage kan.. Sbb lepas tu Hairos nak p kerja balik.. So nak jalan mmg jauhla.. Dan bayangkan kitaorg tak beli mknn sblm sampai tu.. mcm mana nak keluar mkn.. So end up kitaorg order je nasi goreng kampung rm35 + burger daging rm37 from room service. Then hairos nak g kerja balik.. So dia jalan kaki sampai ke lobby then dari lobby nak g parking dia kena tunggu van yang lama giler..
Then me with humaira berdua at night kat umah atas laut.. So mula la ingat citer2 hantu sekejap.. dan tiba2.. Blackout!! Nasib humaira dah tido masa tu. Nasib for a few second.. Kalau lama mau tak pitam aku dalam gelap tu.. mmg tak turun la dari katil nak capai telefon untuk call room service..
Tapi rumah tu mmg besar la.. masuk2 ada ruang tamu, ada dua balkoni, ada dua katil besar.. ada dua bilik air.. padahal kitaorg bertiga je dalam rumah tu.. Rumah is fine cuma nak bergerak ke satu satu tmpt tu mmg jenuh.. tambah2 bila ko ada anak kecik..
Esoknya nak breakfast pun jalan kaki agak jauh.. dalam jerebu plak.. Sampai2 sana.. ramai betul org.. pg egg station pun ramai competitor.. beratur setengah jam.. mmg ramai giler.. tapi dia bnyk activities kat dalam ni.. and sume free.. tak ingat dah apa activitinye sbb takde mood.. and itu pg ke satu2 tmpt activity tu kena tunggu buggy lagi..Mmg tak la.. Boleh la nak sewa basikal jugak.. tapi pk sepuluh kali jugak nak bawak humaira naik basikal.. takut plak terjatuh kang..
So after breakfast kitaorg terus kemas barang.. walaupun baru pukul 10am.. Pukul 11 terus check out sbb kalau check out kol 12 kang.. tak tau pukul berapa boleh check out since nak tunggu buggy lagi..dan of course ramai nak keluar jugak waktu tu.. nak tunggu van lagi lepas kat lobby untuk sampai kat kereta.. Bnyk competitor nak pg dari satu tmpt ke satu tmpt
So overall pada aku yang tak suka competitor ngan crowded place ni, I felt my rm 470 is not worth it.. Sbb terlalu jauh satu tempat ke satu tmpt dan terpaksa bergantung dgn buggy yang mmg susah nak didapati di mana2..
tapi tmpt dia mmg luas.. ni map dia
So bayang bilik aku kat 248 and yang ada tulis B tu adalah buggy station.. yang ada bnyk B and no 1 tu adalah lobby dia.. Jauh giler
So I'm not sure la kalau korang suka but for me... I rate it 2/5.
Mcm tak nak dah pg bagan lalang lepas nih..
No comments:
Post a Comment