nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, May 10, 2010

sejarah baru

Hari ini adalah hari pertama aku cuba menulis di blog ini. Tertanya2 juga haruskah aku gunakan bahasa ibunda ataupun bahasa Inggeris. Jadi akhirnya aku memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris dan juga Ibunda juga mgkn diselang selikan bahasa pasar. Aku tak pernah terfikir untuk menulis di mana2 blog sebelum ini. Mgkn juga kerana hambatan masa, atau mgkn juga kerana kurang berminat untuk menulis. Tapi entah kenapa hari ini aku ingin mencuba sesuatu yg baru. Mgkn juga kerana akusuka menulis pada wall facebook yang kadang2 rasa tak cukup untuk menghamburkan segala rasa hati.

Sedar tak sedar sudah 6 bulan aku bekerja di Universiti ini tanpa sebarang rungutan. Sebelum ini selalu sahaja aku mengomel walaupun baru sahaja 2 bulan bekerja di tmpt tersebut. Mgkn juga aku mmg suka kerjaya ini.. sebagai pengajar.. mmg cita2 semenjak di bangku sekolah. Tapi hilang apabila mengambil jurusan IT. Mgkn pada waktu itu kerjaya programmer terasa lebih hebat dan mencabar.. Tetapi minat mula bercambah apabila aku mula melanjutkan pelajaran dlm bidang Master.. Dan terpaksa mengajar lab untuk mengurangkan yuran Master. Yelah pada waktu itu bukan murah yuran Master di Uniten. Mencecah 5000 jugalah.. dan dengan mengajar dpt mengurangkan bayaran sebanyak 90%. Siapa yg tak nak kan?.. Jadi dari situ la timbulnya minat untuk jadi pendidik.. Dan kerjaya ini tak semudah yang aku sangkakan.. Ingat kan jadi lecturer boleh duduk goyang kaki apabila tidak ke kelas.. Namun jangkaan aku meleset bila pertama kali menjejakkan kaki sebagai staff baru.. aku terus sahaja perlu mengajar dlm kelas dan aku sungguh terkejut kerana aku menyangkakan sebagai tutor aku hanya perlu mengajar lab.. dan tentunya tiada persiapan rapi yang aku buat.. fuh berpeluh jugalah waktu itu.. tapi aku jalankan jua tanggungjawab itu.. Hari pertama aku hanya memperkenalkan diri, subjek yang akan aku ajarkan dan apa objektif yang perlu dicapai untuk subjek tersebut.. kemudian aku mmg tak menang tangan dengan pelbagai tugas ilimiah dan juga pada waktu yang sama aku perlu menyiapkan thesis master. Aku diberi tempoh 2 tahun untuk aku menyiapkan master.. Aku memohon diberi kekuatan untuk menamatkan thesis ini dengan baik dan harap semua berjalan lancar..


Alhamdulillah akhirnya tanggal 16 April 2010 aku telah selamat menjalani VIVA.. satu proses yang memeritkan berhadapan dgn panel2 yang sememangnya hebat dalam bidang networking dan engineering.. Fuh lepas juga akhirnya.. dan kini dlm proses membetulkan thesis.. dan harapnya aku diberi kekuatan untuk menyempurnakan thesis ini sambil sentiasa meluangkan masa untuk anak2 didik ku yg tersayang.. Seorang pensyarahku yang amat aku kagumi sentiasa meluangkan masa untuk anak didiknya walaupun sungguh sibuk dgn tugasnya dan beliau juga dlm proses menyiapkan thesis PHD.. Jadi apa lah sangat nak dibandingkan dgn aku yang tugasan nya mgkn belum lagi mencabar.. Jadi aku harap dpt memberi yang terbaik dlm kerjayaku ini dan dpt memberi yang terbaik kepada anak bangsa,, Wassalam

No comments:

Post a Comment