nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 27, 2013

Goal Coast Sepang: Review

So let's review Goal Coast Sepang or Golden Palm Tree Resort:

22 June 2013 -  Sampai agak lambat since Hairos kerja.. patutnya check in pukul 3 tapi end up sampai kol 4.30pm.. Oleh kerana tak tau jalan maka kitaorg guna waze.. sambil drive sambil boleh kita berchat chat dgn org sekitar yang guna waze sekali... Lalu jalan yang bersimpang siur, maka nye humaira dah start nak merengek sbb dia nak keluar dari kereta, rimas lama sgt dalam kereta.. So kitaorg ni sambil nak cari jalan sambil melayan humaira yang merengek.. Dah start mood mood dah masa ni

Sampai sana.. Dia suruh park kat lobby then takleh tinggal keta kat situ. Sorang kena check in and then sorang lagi kena pg park kereta kat car park dia yang agak jauh.. Then aku bawakla humaira p lobby untuk check in.. Hairos pg park kereta.. Sampai sana.. pg kat kaunter then dia kata kaunter iconic kat sebelah sana.. Dah confuse2 dah.. kenapa bnyk sgt kaunter.. and sampai sana mmg lautan org la.. Then beratur.. Hanya ada sorang je kat depan aku masa tu.. tapi nak check in punya la lama giler.. dekat sejam! mula la rasa nak marah.. dahla panas.. jerebu plak tu.. 

Lepas check in kitaorg pun diberi kunci bilik dan nak pg ke bilik yang agak jauh lagi.. kena naik satu kenderaan diaorg panggil buggy kat situ,, nak tunggu buggy tu pun ramai jugak.. so mood mood lagi.. bila dah naik buggy tu tanya la driver tu.. nak guna buggy ni boleh call customer service je ke.. Dia kata buggy service ni untuk check in and check out je sbb ada luggage kan.. Sbb lepas tu Hairos nak p kerja balik.. So nak jalan mmg jauhla.. Dan bayangkan kitaorg tak beli mknn sblm sampai tu.. mcm mana nak keluar mkn.. So end up kitaorg order je nasi goreng kampung rm35 + burger daging  rm37 from room service. Then hairos nak g kerja balik.. So dia jalan kaki sampai ke lobby then dari lobby nak g parking dia kena tunggu van yang lama giler..

 Then me with humaira berdua at night kat umah atas laut.. So mula la ingat citer2 hantu sekejap.. dan tiba2.. Blackout!!  Nasib humaira dah tido masa tu. Nasib for a few second.. Kalau lama mau tak pitam aku dalam gelap tu.. mmg tak turun la dari katil nak capai telefon untuk call room service.. 

Tapi rumah tu mmg besar la.. masuk2 ada ruang tamu, ada dua balkoni, ada dua katil besar.. ada dua bilik air.. padahal kitaorg bertiga je dalam rumah tu.. Rumah is fine cuma nak bergerak ke satu satu tmpt tu mmg jenuh.. tambah2 bila ko ada anak kecik.. 

Esoknya nak breakfast pun jalan kaki agak jauh.. dalam jerebu plak.. Sampai2 sana.. ramai betul org.. pg egg station pun ramai competitor.. beratur setengah jam.. mmg ramai giler.. tapi dia bnyk activities kat dalam ni.. and sume free.. tak ingat dah apa activitinye sbb takde mood.. and itu pg ke satu2 tmpt activity tu kena tunggu buggy lagi..Mmg tak la.. Boleh la nak sewa basikal jugak.. tapi pk sepuluh kali jugak nak bawak humaira naik basikal.. takut plak terjatuh kang.. 

So after breakfast kitaorg terus kemas barang.. walaupun baru pukul 10am.. Pukul 11 terus check out sbb kalau check out kol 12 kang.. tak tau pukul berapa boleh check out since nak tunggu buggy lagi..dan of course ramai nak keluar jugak waktu tu..  nak tunggu van lagi lepas kat lobby untuk sampai kat kereta.. Bnyk competitor nak pg dari satu tmpt ke satu tmpt

So overall pada aku yang tak suka competitor ngan crowded place ni, I felt my rm 470 is not worth it.. Sbb terlalu jauh satu tempat ke satu tmpt dan terpaksa bergantung dgn  buggy yang mmg susah nak didapati di mana2.. 

tapi tmpt dia mmg luas.. ni map dia



So bayang bilik aku kat 248 and yang ada tulis B tu adalah buggy station.. yang ada bnyk B and no 1 tu adalah lobby dia.. Jauh giler 

So I'm not sure la kalau korang suka but for me... I rate it 2/5. 

Mcm tak nak dah pg bagan lalang lepas nih.. 

Thursday, June 13, 2013

Happy birthday abg!!

12 Jun 2013 pukul 5 pm:

     Hairos demam, teman dia pg klinik balik dia terus tido sampai 4 pm.. Bangun2 dia g mandi, then dia dok type msg kat facebook.. Dalam hati hmpmhh "buat apa la tu kan?.. Dok bermsg ngan sape la " 

Oleh kerana inginkan kejujuran maka aku pun tanya la.. abg buat apa tu,, Then dia jawab "Ohh tgh balas msg zaki ni (cousin) .. Zaki tanya mana kek?

Aku? Blur.. Nape dgn kek? Dgn konfi tanya lagi.. Nape dgn kek? Hairos jawab "Ohh dia wish birthday abg nih"

Dang!

Apa??????

O.M.G

I FORGOT..

Then cakap la.. hehehehheh Happy Birthday.. sengih kasi lebih sikit.. Tapi dia tak marah pun..( entah2 dia pun tak ingat.). Tapi don't worry abg hadiah dah tersedia untukmu.. Tandanya rina mmg ingat..tapi di hari ini je rina lupa..

Hadiah berupa package percutian 2 hari 1 malam di Golden Palm Tree Resort..

Actually dah lama aku beli voucher hotel ni.. and purposely nak pilih 15 jun untuk stay kat situ on weekend since birthday hairos on 12 jun.. tapi 15 jun full plak.. so pilih la 22 jun.. So next week it is!.. Nak pergi golden palm tree tu ingat plak.. tapi the reason kenapa pergi sana boleh plak tak ingat.. Lepas dari tu baru tersedar pilih hotel tu sebelum ni mmg semata2 untuk celebrate birthday dia pun.. haha.. See See I remember tau..

Memula pilih hotel tu sbb ada offer dari upline tupperware - Kak Za
Dia ada voucher untuk dok one of the villa kat situ..
So harga dia dari 600++ - 700++ jadik rm470 je for weekend
So grab jelah.. Dia still ada lagi voucher tu..
Kalau korang nak blehla tanya kat dia..
Kak Za facebook link

Pastu kebetulan masterchef celebrity pun ada buat masak2 kat sana hari tu.. Hairos la cakap cantik la tmpt nih.. So that's why la decide nak try kat sana..






So happy birthday abg!!.. Happy Honeymoon the 2nd too.. hehe

May you wish always come true..



P/S: After balik nanti review camane kat situ.. 

Friday, June 7, 2013

humaira rapat dgn pengasuh part II

Setelah kejadian sadis hari tu.. aku telah berbincang, bergoogle, sharing thoughts with some of my friends.. and akhirnya aku rasa dah jumpa the reason kenapa humaira berubah hati :)

#1) Sbb dia usually balik umah kejap.. then terus nak tido.. So jarang jumpa mama dia nih

#2) Tak dapat air tangan ibu.. Almaklum mak tak bape nak rajin memasak

#3) and the most IMPORTANT key point ialah.. humaira jenis yang selalu nak ikut je mana aku pergi.. Including pergi kitchen, then malas la nak letak dia kat lantai sbb kotor. Tapi mengikut kata bs dia, bs dia akan bawak dia sekali kat dapur and biar je dia main kat situ sama2.. basuh botol susu sama2.. main kentang together.. sbb dia kat sana pun tak nak ditinggalkan sorang2.. bebudak lain ok je.. Dia sorang je suka ikut org dewasa.. tak nak ngan org lain.. 

So that's how she is bonding with her babysitter so much..sbb to that extent babysitter dia layan dia.. So pergantungan dia lebih bnyk kat sana..  Me and myself: CRY again.. Waaa.. now I know how precious time2 dia sibuk nak mengendeng dulu.. 

One of my friend citer.. She is facing the same thing.. sometimes dia akn nangis.. but she encounter balik.. dgn buat all activities together.. including mandikan ank, dgn at night dia akan bgtau anak dia yg dia kerja.. nanti bila dia balik., kita akan main sama2 ye.. Dan tak lupa jugak doa bnyk2.. 

I guess ini adalah salah satu pengajaran yg terbaik untk aku




Thursday, June 6, 2013

Anak rapat dgn pengasuh?

Owhh sadis sungguh smlm.. Ptg amik humaira dari baby sitter.. Dia siap nak g kat babysitter dia balik.. bila bs dia amik.. dia siap babai lagi kat aku.. Then bila aku amik dia menangis2 nak kat babysitter,,, Humaira yang selama ni takleh kehilangan mama.. skrg tak nak mama lagi.. Hukhukhuk.. Hati bagai kan pecah2 kepada berbillion pieces.. 

Siap google tentang anak yang rapat dgn pengasuh,, tapi aku tau pengasuh yang ni mmg baik.. Dia treat semua yang dia jaga mcm anak sendiri.. tapi oh sungguhkah,,, tak sayang mama lagi waaaa.. Sbb bebaru ni hantar dia, dia mesti tido.. biasa dia menangis setiap kali letak kat umah pengasuh.. skrg no no no.. siap Babai mama.. 

Adoila.. terus mama merajuk smp ke mlm.. Terus mama kalau boleh nak cuti hari ni.. akan mama cuti.. tapi sayang nya kelas sgtla pack hari ni.. gagahi jua pg mengajar.. walaupun dalam hati 'mood mood' rasa nak mkn org..

Hari ni mama akan amik awal.. then mandikan.. then bagi mkn.. selama ni selalu complaint sbb takleh buat kerja sbb humaira nak berdukung, ternyata telahan itu memakan diri.. Skrg dah frust menonggeng.. hairos kata kalah masa bercinta dulu.. 

Owhh humaira.. 

kembalilah kepada mama..

I promise, I will never complaint anymore

Love love you so much always.

P/s: One day kalau dia baca ni akankah dia gelak guling2..