nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 28, 2012

Decide untuk simpan darah tali pusat baby.

Masa pergi kelas antenatal kat annur dulu, dah tau tentang Stem Life ni iaitu satu tempat yg mana dia akan simpan darah dalam tali pusat baby and akan preserve darah tu dekat makmal Stem Life. Then akan kena bayar la service fees untuk storage of the blood. So sesiapa yang amik masa tu akan dapat free gift dari Stem Life tapi kena bayar deposit dalam RM300. So masa tu tak bawak duit yg bnyk so tak register la.. Tapi taulah kebaikkannya kalau baby perlukan darah ke one day or adik2 dia memerlukan darah dia ke or dia ada penyakit berkaitan darah ke.. So adalah tersimpan darah tali pusat tu.. which is darah yang terbaik untuk kita adalah masa kita baru lahir. And peluang dia adalah sekali je seumur hidup.. Iaitu masa dia baru lahir .. and kita kena decide either darah tali pusat tu akan dibuang atau pun disimpan. 

Then bila semalam jumpa my friend and dia pun buat.. So esoknya terbuka pintu hati nak tanya the price and terus call pihak Stem Life.. Tetiba I just  know it's not that expensive.. Boleh buat installment la jugak kalau nak.. And terus akak tu datang tadi untuk sign agreement and terus bagi stem life kit untuk diberi pada doktor pada hari bersalin nanti. Sbb dah dekat sgt nak bersalin kan... So dia terus je bagi kit tuh.. 

On the day that I admitted nanti.. my husband will just need to call Stem Life and inform them that I was admitted. And call lagi sekali masa dah delivered and diaorg akan datang pick up the umbilical cord blood from the nurse and my husband need to sign an acknowledgement form. So kita just kena bayar until baby tu dah besar and baby tu akan decide sama ada dia nak continue untuk simpan darah ni and continue bayar ataupun dia boleh derma kepada pusat darah negara. 

Tapi dia ada jugak insurance katakan kalau darah tu tak function setelah dijaga dekat makmal, kita akan diberi pampasan RM100,000.00. And kalau katakan ada adik beradik baby tu yg memerlukan darah tu tapi darah baby tak compatible dgn adik beradik pihak Stem Life akan mencari darah yang sesuai untuk adik beradik tu and guna RM100 ,000.00 yg diassured tu.. If anything happen pulak sepanjang perjalanan diaorg nak bawak darah tu ke makmal plak, pihak Stem Life akan bayar RM25000.00 pada kita.. 

Tapi they still need to give test to the mom's blood and the baby's blood. And in case kalau ada penyakit2 mcm hepatitis B and C or apa2 sakit yang tersenarai dalam list yang dikeluarkan MOH diaorg takkan keep the blood and akan pulangkan balik duit kita. Biasanya result test ni akan dikeluarkan dalam masa 6-8 minggu lepas si ibu bersalin.. 

So since dia punya assurance dia sgt2la memberi jaminan so I decide to agree untuk register for Stem Life.. yelah kita tak tau apa akan berlaku pada masa akan datang kan.. Kita mengharapkan anak kita sihat sejahtera sentiasa.. ;).. but who knows rite?.. 

Apapun if you are interested you can call the Stem Life and ask for more information.. :)

The Stem Life kit



36 weeks @ dah cukup 9 months ;)

Went to Hospital Pakar Annur hari ni untuk check up baby yang genap 36 weeks hari nih.. Setelah makan dgn bnyk nye semasa raya, my hope is just the baby weight will at least cecah la 2++kg.. Dah naik risau dah bila dalam sebulan check up tu berat dia kekal 1.9kg.. Takut tak cukup berat.. Pastu at the same time nak tgk hemoglobin.. Sebab hari tu dah happy dah.. da naik dari 9.2 ke 10.5.. Dengan mkn dgn bnyk.. hopefully darah merah blelah naik.. 

Berat pun dah naik 1 kg sepanjang raya nih.. And bila check2 berat baby.... Yeay!... berat dia dah naik 2.45kg.. Huh bahagianya bile nmpk baby sihat.. jantung ok.. Then kepala pun dah engage... dah masuk ruang pelvic bone.. So far everything seems to be so well.. Alhamdulillah..Cuma my hb dah turun balik.. 10.3 plak.. The doc said still pucat darah tu. So she gave me iron tablet to increase the hb.. Hopefully by next week semuanya akan ok.. 

Then met pulak with my friend yg sama batch masa kat uniten dulu.. Dia pregnant jugak .. beza seminggu je rupenye.. Then dia citer masa baby first dia bersalin normal tapi amik epidural.. So dia tak rasa sakit sgt.. Rasa cam mild2 je.. mcm senggugut biasa.. Huhu.. sungguh rasa tergoda nak amik epi.. One of hairos friend pun hari tu wife dia amik epidural.. and rasa mudah je ... tak sakit sgt... cuma anak dia kepala senget sikit so terpaksa jugak ceaser... Hmmm tetap tak dapat decide lagi nak pakai epidural ke tak.. Mmg la ada doktor cakap cheating.. hehe..sbb beranak normal jugak tapi sakit dia tu tak rasa sakit mcm org yg tak pakai apa2.. tapi rasa takut la plak nak rasa sakitnya beranak tu.. Hopefully mudahla bukaannya.. Kalau bukaan tu amik masa lebih 24 hours mgkn akan pakai kut epi tu.. 

Oklah tu je update for the 36 weeks.. Daaaaa


Thursday, August 16, 2012

Dah ble masak?

Bebaru ni dalam satu post aku ada tulis pasal try resepi Kari Daging and masakan tu menjadik and since that day.. my hubby were crazily with the idea of me cooking curry chicken or meat every day.. And in a week last week ada la 4 kali masak kari.. Dia nak makan dgn roti canai.. Instant roti canai la kan.. Sib baik instant.. kang tetiba dia suh aku uli roti canai kang, hah camno tu.... 

But it's a great feeling when your husband loves your cooking and really2 giving you support to cook for him.. Kalau tak sbb dia yg sudi makan dari first kitaorg kawin dulu rasanya sampai skrg aku mmg takkan pandai masak.. Walaupun tak sedap dia akan makan jugak sampai habis.. and tak pnah complaint.. cuma kalau lauk tu sedap dari biasa dia mmg akan puji lebih2.. :)

But now.. dah bnyk benda aku reti masak.. Antaranya

1) Ayam masak merah
2) Ayam kicap
3) Kari ayam/daging
4) Sup suhun
5) Daging masak kunyit.
6) Bihun goreng

And a few easy dishes... Bagi org yang mmg langsung tak pnah ke dapur pencapaian ni dah kira hebat for me ;) This what has I learn after a year being a wife.. Hopefully next year I can cook more complicated dishes.. ;) ..Thanx abg for the support muahh

Saturday, August 11, 2012

@34 weeks

smlm p az zahrah balik lepas check up yg dua minggu lepas yg kena anemia tu.. Harapan da menggunung untuk tgh hb naik since da amik daging, buah and mkn supplement yg tambah darah..Check2.. yeah,.. it's getting better.. naik dalam 10.5 which is alhamdulullah walaupun still anemic lagi.. Hb have to be 11 baru ok.. Kena dtg lagi 2 minggu untuk tgk hb lagi.. 

Since I'm losing weight lagi.. doc check baby plak.. ingatkn berat baby meningkat.. tp berat dia pun turun gak... hari tu check 1.96 ni lepas 2 minggu jd 1.92 plak.. tp dia kata ble ada ralat.. tp since parameter dia yg lain which is ukuran abdomen and kepala dia normal.. ikut 34 minggu then it's fine.. cuma dia pesan mkn bnyk sikit sbb I keep on losing weight.. By right I should gain 0.5kg per week now.. Nak kata tak mkn bnyk sungguh tak logic sbb mkn rasanya cam biasa.. before pregnant masa puasa tahun lepas pun camni gak makannya.. and berat tak turun pun.. Ni mmg pelik.. Tak pasti kenapa leh turun.. 

Today tak ble puasa sbb doc risau keadaan me and baby.. and my body tetiba plak ada dehydration yg teruk.. sampai bibir pecah2.. and badan kering tak berair so skrg kena minum plenty of water.. Then buat test ada tulis KET : +1 so dia kata itu tanda bdn sgt kering... and even org berpuasa pun sepatutnya takde  dehydration mcm tu.. So waaa kena buka puasa.. waa kena ganti lagi.. takleh puasa sampai bibir tak pecah2 lagi dah.. Huk huk.. 

Lepas ni have to go for another check up.. lepas raya.. and let see dapat tak tambah berat dalam musim raya2 ni.. hehe

But received some good news.. My friend selamat melahirkan anak pagi tadi.. Congrats to her, Nurhaniza bakri!  And another good news esok my family ajak berbuka kat resident.. hehe..bestnya.. Yearly tradition.. but this year semua dah kawin.. me and Hairos and my brother with ina.. Bertambah ahli keluarga untuk berbuka tahun ni.. :)

Wednesday, August 8, 2012

Dapat kad raya!

Masuk2 ofis pagi ni.. Tetiba nmpk something atas meja that make me smile throughout the day.



Kad raya untuk tahun ni :)

For me giving me card raya lebih penting daripada bagi card harijadi. Kenapa?.. I have nostalgic memory on card hari raya.. Masa kecik2 dulu me and my cousin selalu akan p komtar JB tiap2 tahun untuk beli kad raya untuk kawan2 kitaorg.. and kitaorg akan bg to each other jugak.. Tapi skrg org dah tak minat bagi2 kad raya ni.. Diaorg lebih suka hantar e kad raya atau pun bagi sms jek.. Tapi bagi card raya tak sama mcm sms for me.. sbb kita akan peruntukkan card raya and ada effort untuk tulis kad raya tu untuk si penerima tu je.. tak mcm sms which is ble forward je msg tu untuk ramai2 org hehe..

So this tradition sentiasa diteruskan oleh aku and cousin sampai skrg ni.. and skrg I do it with my husband... walaupun dia pun tak pnah bagi2 kad raya sebelum ni tapi appreciate benda yang aku suka.. hehe.. Reading words from his handwriting really2 meaningful to me.. :)


Saturday, August 4, 2012

Menu untuk dicuba hari ini - kari daging.

I cook again today,.. selalu fail bila masak kari.. tak tau nape.. so nak try kari.. Plan nak buat kari daging.. Mula2 start dgn tgk resepi.. tapi rasa confuse dgn resepi tu.. dia mcm buat rempah kari sendiri.. ada jintan manis la... ketumbar la.. dah la tak kenal semua benda tu.. So guna saje rempah kari daging adabi. Santan pun.. santan kotak je.. Takde masa nak perah2 kelapa jadi santan..

Then tumbuk bawang merah, putih, and halia.. masuk terus cili boh.. Tumis semua tu.. masuk la bunga lawang, kayu manis bagai tu.. lepas dah pecah minyak.. letak air.. then confident sbb tak tau bnyk mana nak letak rempah kari.. gaul sajeh rempah tu dgn daging.. then masuk terus asam jawa and serbuk cukup rasa... and tunggu mendidih.. 

Buka2 puasa berdebar2 sbb pnah masak kari ayam sebelum ni.. and me and my husband tak habiskan langsung.. sbb ehem.. kurang enak di situ.. Tapi dia supportive di situ.. rela menanti masakan walaupun muka takut2 jadi apa plak kari daging bini den nih.. 

Tapi di situ ye.. kari daging ku menjadi... Ohsss me goshhhh... I can cook curry daging now!! Terharu.. Habis licin seperiuk... Oh Tuhan.. ku bersyukur.. sbb boleh menyediakan hidangan yang boleh dimakan hari ini.. :):):)

Next food --> Gulai daging 

Friday, August 3, 2012

Puasa and Raya tahun ini..


Sedar tak sedar dah 2 minggu kita poce.. rasa mcm ramadhan kali ni ialah masa puasa yang paling laju.. walaupun dah sarat bawak perut.. berjalan pun dah 2km/hour.. dulu setakat pusing tasik cempaka tu.. 2km/15 minutes.. Haha still tak laju kan.. Tapi entah kenapa puasa kali ni paling mudah berbanding dulu2.. Tak rasa lapar and dahaga langsung.. Ramai jugakla tanya puasa tak.. and so far alhamdulillah belum buka lagi... Mgkn sbb sibuk sgt hari2.. tetiba2 je dah kul 5 ptg.. Tak sempat nak pk lapar.. kalau dulu kul 1 dah pandang2 jam.. bilalah nak kul 5.. skrg mmg pandang jam je dah kul 5.45,,, tgk2 fb dah kul 6.30.. Terus balik kejar2 g bazaar.. Masak?? No, no, tak sempat.. Nak kuarkan ayam je dah masuk waktu berbuka agaknya... 

Esoknya plak bersahur.. tahun ni pun mudah nak bersahur... sbb tau nanti menyesal.. dah la mengandung kan.. mau meroyan tgk McD nye iklan kalau tak sahur.. Makan je apa yg ada.. ada roti makan roti, ada megi mkn megi.. masak?? no, no, no again... sbb nak cepat2 tido balik.. sat g nak p keje.. Mgkn sbb tu lost weight kut.. dari 63 drop 61kg.. hamik ko.. 

Tapi yang paling best nak gak beli baju raya.. Walaupun sampai2 kedai.. tgk baju2 yang mmg kompem tak muat and tau takyah la beli

Tgk baju2 camni

ni pun sure sangkut kat perut

yang ni kat pinggang tu takleh kut

sweet nye baju diaorg.. tapi apasal kurus sgt si scha ni *tetiba*


Tinggal ni je yang mgkn muat.. tapi tak jumpa plak yang lawa cenggini..




Tapi nak gak beli.. so hari tu pergi la warta.. tak bnyk choices for pregnant lady.. Ada pun tak la lawa sgt.. Ada choice jubah je.. kaftan takde sgt.. Try satu mmg tak leh blah.. tak cute.. So try lagi satu.. cam ala2 jubah manik2 gakla.. colour merah.. itu je choice yang ada.. Itupun labuh kemain.. Nak hantar potong.. takde org nak amik dah skrg ni.. walaupun untuk potong.. waaa.. So tak berbaju raya la saya tahun ni.. pakai je baju pregnant yang ada.. takpela.. tunggu jelah tahun depan.. hopefully dah kurus and ble beli untuk baby jugak..:):)

Since takde baju raya tahun ni.. my hubby pun tak nak beli baju raya dia.. konon2 teman la tu.. Tapi baju kemeja ngan seluar baru beli la plak ye.. huk huk.. Takpela abg, tahun depan ye.. kita beli together..

Plan for plak.. balik my kg je.. since nak travel dua kampung dalam keadaan skrg agak susah.. futhermore dah 35 weeks time tu.. For raya pertama and kedua dok kajang.. raya ketiga balik kuantan dah yeay.. The reason kitaorg balik lambat ialah sbb my cousin nye wedding ialah raya ke 6. So mmg demi dia lah ni.. balik raya ketiga and sampai raya ke 6..Pastu balik KL dah.. 

Yang paling penting raya ni masih dapat makan ketupat, lemang, rendang walaupun tak larat berjalan.. :)