nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 26, 2012

Qairene terkena gangguan..


Last Friday, Qairene meraung2 menangis tiba-tiba bila masuk waktu maghrib.. tak paham jugak kenapa sbb masa tu baru je balik dari Warta beli hadiah wedding sepupu hairos. Ingat dia just ngantuk sgt.. and tak tido2 dari td.. Pastu dia tido then everything are fine sampai esok.. Esoknya kitaorg kat Perak.. attend wedding.. tetiba mlm tu aku pergila mandi kejap and bila pegang qairene untuk susukan.. tetiba dia taknak bila baring.. Terus menangis meraung2.. sampai dah tak tau nak buat apa.. Terpaksa pg umah belakang jiran pakcik dia cari buai.. terus tidokan and dia tido sampai ke pagi.. Just figure ni mgkn nak berubah bulan ni.. mcm2 ragam.. Esoknya balik Kajang, my mom house and the same thing happen.. masa tu tak teruk so tak pk bnyk just pk dia nak tido.. buka surah Ruqyah and then dia ok.. then balik umah BSP dia dah tertido.. Esoknya cuti krismas.. And hairos kuar masa tu kejap beli mknn.. I try to put her to sleep and dia nangis.. memula slow.. then hairos balik.. dia tak jugak berhenti2 nangis.. She doesn't want me to hold her.. susu pun tak nak.. apa pun tak nak.. hairos suapla air yasin pakai picagari.. Hisap dgn lajunya sbb dia lapar.. tapi tangisan makin kuat.. bacakan ayat kursi pun makin kuat..

Terus rasa takleh jadik ni.. jom p Darrusyifa'.. Pergi mlm tu tutup plak.. ada kuliah mlm tu.. Takpela sbb dia dah tido.. As long as lepas mahgrib tu dia dah tertido dia akan ok sampai esok.. then esoknya pergi la Darrusyifa'.. masa ni dia still nangis2 lagi.. Elok ustaz tu pegang je kepala dia.. sambil tutup telinga dia.. (I'm not sure why la kan) somehow dia terus ok.. Terus kembali gelak2.. sambil drooling pandang ustaz tu.. ustaz tu pun lepas abis baca dia picit2 pipi qairene and dia cakap InsyaAllah ok dia ni.. Mlm tu aku baca ayat Al Baqarah, ma'surat and Hairos bacakan Yasin.. kitaorg dah ready bila masuk waktu maghrib.. and aku p sembahyang kejap sambil hairos pegang.. dgr dia dah start nak merengek2.. Habis sembahyang terus pandang qairene and tgk mata dia dah layu nak tertido.. Agak ragu2 nak susukan qairene sbb dari hari tu bila baringkn atas aku untuk susukan seolah2 dia takut and menangis lagi teruk.. tapi aku cuba je and dia terus ok nak hisap susu and tertido.. sampai pagi tadi.. 

Bila ada anak kecik baru tahu tentang benda2 yg kena jaga.. Balik tak boleh waktu maghrib.. kadang2 sebelum ni main langgar je.. Tapi apa yang berlaku mmg rasa sgt menakutkan.. I'm so afraid I will lose qairene that nite.. sbb dia menangis sambil menjerit2.. mcm nak hilang suara.. takut dia takleh bernafas sbb terlalu teruk menangis.. rasa mcm lemah sekali masa tu.. Nasib la dia nak jugak dgn aku that nite.. sambil menangis dia tertido sbb terlalu penat.. tido pun teresak2 lagi..

Hari ni jumpa la member aku.. and dia cerita anak saudara dia terkena masa pergi rumah terbuka jiran dia.. Anak sedara dia masuk tandas then tetiba keluar muka terus berubah and tak boleh bercakap.. pergi jumpa sorang ustaz ni.. nak berubat..bila ustaz tu start baca ayat dalam bahasa arab, tetiba mak member aku ni terus bgn cakap tak jadi berubat.. sbb nya ustaz tu (dia kata dia ustaz la kan) cakap and mak member aku ni faham bahasa arab.. bila ditranslatekan dia cakap "datangla kepada aku, demi Tuhanku.. " Something like that so seolah2nya memanggil benda lain.. 

So apa dia buat.. diaorg buat Yasin 7 Mubin.. kat tempat yang rasa paling tak ok kat umah tu.. So akhirnya  rasa tak kena kat bahagian tangga.. So bacala Yasin 7 Mubin.. Mmg agak penat baca Yasin 7 Mubin ni tapi demi anak dia kan.. and mlm tu si ayah dia tido sambil mcm bergaduh and esoknya anak dia Alhamdulillah ok.. So  bila tanya kenapa.. si anak ni cakap dia nak g buang air.. sampai kat bilik air dia nmpk benda tu mencangkung kat tandas and terus lompat kat atas dia.. and dia takleh bercakap.. sampai cikgu tadika datang umah tanya kenapa budak ni tak nak bercakap langsung.. Tanya ada ustaz ni dia kata ada org nak test ilmu and dia letakkan dalam tandas org tu.. Sampai tak boleh bercakap budak tu.. Bila dia nak bgtau dia akan terus pegang leher dia.. and tak jadi cakap.. 

So member aku ni ajar la baca beberapa ayat pendinding yg dia biasa buat

First yang Yasin 7 Mubin.. Ni biasa org buat pagar rumah. Mmg penat.. baca dari ayat petama and berhenti pada ayat yang berakhir dgn first perkataan Mubin. and ulang balik dari mula yasin and berhenti masa Mubin yang kedua.. and baca lagi dari awal sampai jumpa Mubin yang ketiga and mcm tu seterusnya sampai jumpa Mubin ketujuh and ulang balik dari first sampai akhir Yasin.. 

Kedua -  bismillahillazi la yadduru maasmihi syai'un fill ardhi wala fissama wahuwaissami un alim...
bermaksud "Dengan nama Allah, yang dengan namanya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dia Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Ketiga - Suumum bukmum fahum layarjiun 

bermaksud - Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Keempat - inni jailun fil ardhi kholifah. bermaksud..

Maksudnya adalah bahwa Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah (wakil atau pengganti ) allah untuk memakmurkan bumi..

tapi dia kata yang ini kena hati2 sbb kita kena kuat sbb kita nak cakap yang kita adalah khalifah/ketua di muka bumi.. so kalau tak kuat..and kalau benda nak lawan kita balik,, kita boleh terkena balik.. 

Wallahualam.. Apa yang penting kena yakin dalam hati.. 

Tapi lepas ada anak kecik.. perlu ada pendinding sbb ada benda2 mcm ni yg suka mengganggu anak2 kita.. Semoga kita sentiasa meminta dari Allah

Bak kata sebaik2 penawar adalah ayat Al Quran dan waima manusia yang paling lemah pun boleh melawan syaitan yang paling kuat dgn ayat ayat Al-Quran..dgn izin Allah tentunya.. Allahla sebaik2 pelindung..





Wednesday, December 12, 2012

3 bulan sudah


Name : Nur Qairene Humaira binti Mohd Hairos Soleh
Age : 3 months 12 days
Favourite things to do: Cry
                                  Eat (dont want bottle fed if mama is around)
                                  Not sleep
                                  Poo
                                  Berdukung (Especially when again mama is around) 
New thing that she loves: Her new lamaze horse.. 
Tricks : Holding her horse, pulling her horse, memegang2 bendala kan.. 
            Tgk kipas and tetiba gelak.. mcm la kipas tu pusing laju2 tu berbual ngan dia.. 
            suka bantal bercolor2
            Bercerita sampai terlupa amik nafas.. Punyela nak bgtau bnyk sgt benda.

 Skrg dia mmg sayang si kuda dia nih.. sampai nak tido pun kena ada kuda around.. Siap papa nye punya ayat hah tido2.. kuda pun nak tido jugak.. Mmg tak blah sungguh..


the rotation video nih mmg menyakitkan hati.. dia sendiri pilih side mana dia nak tunjuk.. owner takleh choose.. 

Sleeping with horsy..