Entri kali ni plak pasal tempoh berpantang aku.. Aku tak pasti tentang org lain.. tapi aku tak melalui tempoh berpantang yg smooth kata org.. Elok je sampai umah ramai sgt org.. takleh nak rehat.. seminggu aku tak tido.. siang ada org.. mlm baby bangun.. elok tepat kol 12pm mata dia terbuka.. dah cam cinderella.. kol 6 dia tido and waktu tu semua org dah bangun and mak aku plak letak aku kat tgh2 ruang tamu.. and aku mmg takleh tido la bising2 tu.. so aku mmg melalui gangguan emosi yg teruk waktu tu sampai menangis2..
Baby plak dalam umur bape hari dia kena jaundice.. so kena stay kat hospital.. aku ni plak bersalin kat annur so malas la nak pg hospital lain.. then jaundice dia makin teruk.. check memula 11.2, then 13.8,, then naik 15.2.. memang kena warded la.. baru kuar ward then aku masuk ward balik.. tapi masa tu pk gak mcm mana la nak bayar annur ni kan.. harusla mahal.. Nasib la tergerak nak tanya pmcare waktu tu.. and dia kata medical cover untuk anak yg kena jaundice selama tempoh umur anak 14 hari sahaja.. Phewhh selamat duit.. kalau tak pitam gakla nak bayar ribu raban...
Masuk ward.. adala satu kisah menyayat hati.. ada 3 baby yg kena jaundice including baby aku.. sorang masa baby aku in dia dah nak kuar walaupun jaundice dia still tinggi.. then tinggal la baby aku and another baby girl yg tarikh lahir sama ngan anak aku.. ingat lagi nama dia.. Dary Azalea.. peh artist ko nama..
Then at nite biasanya aku dok melawat si qairene ni,,
so tgkla budak sampaila ke mlm dia merengek2.. dah bagi susu, dah mandikan, dah pujuk2.. semua dia tak nak.. nurse tu pun cakap dia mcm nak mak dia.. sedih weh time tu... so aku kadang2 tolongla tepuk2 budak ni.. sedih tgk dia..mak dia tak datang time tu.. nenek dia je datang bagi susu yg dah dalam botol.. takt au la maybe mak dia sakit kot.. Then masa hari kitaorg dah leh keluar budak tu dah leh kuar dah lama.. tapi mak dia tak amik2 lagi.. kitaorg yang dapat discharge petang pun dah balik dulu.. Mmg kecian la budak tu.. hukhuk
Then after anak aku dah recover from jaundice.. dia develop plak colic.. aku yg salah makan kut.. so dia menangis every nite.. rasa nak pitam pun ada time tuh.. colic ni tahap nangis mcm takde point.. then after aku dah realize kesilapan tuh.. aku try to not eat anything yg boleh menyebabkan dia colic.. tapi sampai skrg aku masih lagi berpantang sebenarnya.. sayur yang aku boleh mkn hanyala sawi sahaja.. hamik ko.. then skrg dia dah beransur pulih.. cuma kena kerap tuam selalu perut tu.. Dan kerana dia colic la dia jadi berisi . sbb sepanjang dia colic dia suka menyusu.. mcm satu benda yg mengcomfortkan dia.. so dia akan menyusu sampai muntah..dia overfed.. tapi aku layankan saja.. since tu je yg boleh menyebabkan dia senyap.. kalau tak dia akan nangis sampai hilang suara..
Tapi rupanya anak aku nangis bukan sesaje sbb ada satu mlm mak aku try buka surah al baqarah and itu la pertama kali dia tido sampai pagi.. Then jiran aku pun ada suggest pg darusshifa' amik air penawar.. Then ktorg terus ke darusyifa' ptg tu jugak.. Sampai2 kat sana.. tetiba dgr suara pompuan mengilai2.. jgn kacau aku.. menjerit.. seram ko... And bila sampai turn aku adik kat kaunter tu ckp kejap eh kak.. org tadi tgh baru nak sedarkan diri. takut dia kacau anak akk pulak.. tunggula kejap.. then dia panggil.. dia bacakan surah2.. then bawak balik air.. dia suh mandikan and aku minum sbb breastfeed kan.. so dapat dia minum sekali.. tapi aku baru tau ygkita takleh pakai tangkal.. mcm gelang hitam, rantai.. sbb jiran aku buat benda yg sama untuk anak dia tak nangis then dia pg darussyifa' untuk dapatkan air and ustaz tu nmpk so ustaz kat situ terus ckp astaghfirullah and amik gunting potong gelang tu.. katanya syirik percaya pada tangkal mcm gelang hitam, tangkal or anything..
And syukur sgt2 pada Ilahi anak aku dah recover dari menangis2..
Tapi disebabkan selalu berdukung masa dia jaundice + colic dulu.. so dia sgt suka berdukung setiap kali bukak mata. rasa nak pengsan.. sbb tu la kalau hairos OT ke mlm tu aku rasa mcm nak patah pinggang.. tapi skrg nasib la dia dah suka berbual2.. so dia mcm terleka bila kita berbual2 ngan dia.. sbb dia nak jugak berckp balik n seolah2 ble response balik apa kita ckp.. haha mcm la paham apa yg mama cakap kan?
So konsepnya boleh tak time berpantang tu kita forward je kepada 2 bulan terus..
So tak yah la trauma kan?
The end