nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, August 28, 2011

Puasa 2011!

Pejam celik pejam celik.. dah nak raya dah.. Lagi 2 hari!!  Tapi lamanya tak tulis pape2 dalam blog nih...  last hupdate 9 Ogos lepas.. ni dah 28 ogos.. haha sibuk sgt ke.. Mmg la x menyempat2 nak menulis bulan2 puasa2 ni,.. Internet pun baru ada kat umah.. Dgn sibuk melayan suami lagi, memasak untuk berbuka lg,.. ececeh.. walaupun adalah hari yang skip2 masak tapi for start oklah kan.. Dulu pegang kuali pun setahun 2 kali kot.. skrg berkali2! 

Puasa tahun ni rasa mcm cepat nye lah masa berlalu.. kalau tgk2 jam tu tiap2 hari rasa tetiba je dah pukul 5 ptg.. dah kena balik masak or pg bazaar.. tetiba je dah kul 7.30... dah masuk waktu.. korang rasa tak?.. ke aku je yang rasa? Jemputan berbuka pun boleh tahan jugak.. Ada seminggu tu takyah makan kat umah langsung.. And as always family tradition jugak untuk berbuka kat equatorial.. Entah kenapa tiap2 tahun mesti ada sekali kat situ.. tapi selalunya skrg terus gerak pergi lepas kerja.. So muka mmg takleh blah berminyak dan kelotihan!.. sbb umah dah jauh skang ni kan.. dulu dok bangi boleh la balik mandi2... ni dah jauh.. membazir tol ngan minyak keta sajoh!.. Enjoy the pictures below.. sume yang gathering with family and friends.. untuk berbuka puasa


berminyak + keletihan!

kat equatorial


Berbuka dgn technician COIT..Every year's event
Kak Wan, (wife abg din), Wife piee and me!
Macho macho man! ;)

Raya tahun ni.. balik Perak.. tapi raya ketiga dah balik Terengganu... kampung aku.. Yes!! Mak aku tunggu kat sana.. wee~~ Mcm mana persiapan raya tahun ni.. Mmg bersederhana sahaja.. Baju ada la 2 pasang je.. satu mak sponsor.. haha.. dah org nak sponsor takkan nak tolak.. Memula nak beli baju purple sbb hairos nak pakai baju nikah dgn samping masa hantaran tunang.. which is purple.. tapi terbeli baju hijau la pule... terpaksa si hairos pakai baju hijau tahun2 lepas dia.. Hehe 

Tgh2 browse gambar lama2 tetiba terjumpa gambar nih..

cincin risik yg beli masa bulan puasa


jamuan raya tahun 2010 kat coit
Gambar kat atas.. is gambar cincin risik masa nak tunang.. beli masa bulan puasa last year.. rasa cam terharu giler waktu tu.. So setiap kali tgk gambar ni.. teringat perasaan masa tu.. tak sangka nye lah akan bertunang akhir tahun nih.. Both picture at the bottom are the pictures yang kitaorg amik masa tgh buat persiapan untuk jamuan raya kat COIT.. ngan nadhirah and shakirah.. gambar ni pun rasa sebak jugak sbb nadh dgn chucky dah takde tahun ni.. Dua2 dah habis kontrak as RA,, Mmg rasa best sbb diaorg bnyk sgt tolong on the day itself.. Plus raya tahun tu best sbb first time sambut puasa ngan raya with Hairos.. as serious couple.. So tahun 2010 sgt2 la best for me.. 

So that's it for puasa 2011.. still best coz different status already as a wife,, enjoy every minute of it! Till then.. Daaa.. Will update on Hari raya sooonn!

Tuesday, August 9, 2011

Melaka's calling!

Dah 9 hari berpuasa..Baru rasa hari ni nak bercerita pasal g Melaka hari tu.. Dari mula2 nak g cameron tak jadik disebabkan Hairos terpaksa bekerja on that Saturday.. Nak g ptg takut hotel dah full plak.. Sbb I was like calling every hotel yang ada kat Melaka.. (tapi hotel yang dilistkan dalam website tuh) 1 bintang, 2 bintang, 3 bintang, 4 bintang fully book.. Gilo apo bercuti dekat2 puasa ni (Yang ko tu tak sama haha) Yang ada 5 bintang bilik suite sajoh.. semalaman RM500++.. Amboi. Tak worth it..tak worth it.. 

Jadiknya kitaorg bertolak on Sunday... Itu pun pukul 3 ptg baru gerak.. Pastu breakfast kat A&W.. Budget breakfast la sgt kol 3 ptg senah oiii.. Then terus gerak... Sampai2 tol ayer keroh tak sure nak g mana dulu.. berbekalkan garmin.. Harus pakai garmin.. kalau tak takkan bergerak ke mana2 la jawabnya.. Then aku ckp kita g tgh town dulu la.. Sbb mmg dari dulu nak jalan2 kat town Melaka.. tapi tak jadik2... So dah sampai bandar Melaka.. tmpt yang harus pergi mestilah kat Bangunan color Merah yang cam church tu.. Dah lupa plak nama dia.. I think it's a church kot.. ke Muzium

inilah dia bangunan red red velvet tuh!


nak gak inter frame

Then jalan kat situ... tgk2 fridge magnet yang nyomel2.. hangkut... Jalan2 lagi.. ternmpk la kat beca tu tulis sejam RM40. I was like serioous ke.. Tu yang tak pasti nak naik ke tak.. Then my friend said that dia naik dulu RM10 jek,, Tak sure sbb tak tanya.. Then g berjalan agak jauh.. p masuk dataran pahlawan nye shopping mall semata2 nak dapatkan air cond.. Huh panas gilo waktu tu.. Then nak naik feri tapi pk2 balik nanti la redup2 sikit.. So membeli peta kat tgh2 satu bangunan tu.. berdepan dgn bangunan merah tu.. pastu baru la nmpk sikit tmpt2 menarik around Melaka.. So firstly try naik taming sari tu.. Haruslah diingat kalau kita ada IC boleh dapat half price.. So harga dia jadi RM10 sorang.. Dalam 7 minutes jek.. boleh tgk around bandar melaka.. Tapi rasanya kalau malam lagi cantik kot.. Tapi kalau tak salah tiang taming sari mmg berbentuk keris. Haruslah kan nama pun taming sari,..

taming sari
Then walkabout lagi.. Tapi tgk peta.. sgt la nak try restoran baba and nyonya kat kawasan tuh.. tapi berdasarkan peta tu cam jauh je... So jalan2 jelah around tuh...



cool beca pak cik ni.. 

Then dah start lapar.. Singgah kat satu restaurant yang mmg berdekatan dgn sungai.. Nama dia ...


Oleh kerana nama dia asam pedas cafe maka harusla try kan asam pedas dia.. Mmg sedap.. menjilat jari. Amik package asam pedas.. dia kasi nasi, timun, telur masin dgn asam pedas.. Sedap Giler! RM6.50.. sebenarnya bole tak aku tak pnah try makan asam pedas dgn telur masin... kena rupanya lauk tu... hehe

Then masa tu dah nak dekat malam.. so after makan2 yang super sedap tu.. terus beli tiket naik feri.. Naik feri lepas azan.. sebagai tanda menghormati maghrib.. Then terus menyelusuri (tak bley blah ayat) sungai dengan ada lagu dondang sayang bagai.. So bila naik waktu mlm.. rasa la sgt2 romantik.. Then dia lalu pelbagai tempat.. 
kedai depan sungai
Hopefully korang bley nampak la bangunan yang colour merah yang berlampu tuh.. Itu one of the restaurant yang pelanggannya ble dok2 minum depan sungai.. 


Lalu sikit..
Gambar kabur tapi nak letak gak sbb kedai tu lawa.. Then move along.. 


lampu2 yang cantik bila naik waktu mlm kan?
this bridge is called jambatan hang tuah


and ni monorail hang jebat kut..
Kalau tak salah la tu nama dia.. and here is the stopping.. nama jeti ni ialah jeti rempah ratus.. tak ingat reason dia.. tapi lepas tu kitaorg berpusing balik untuk balik ke jeti yang kitaorg naik tadi.. Sepanjang balik tu dia citer setiap kawasan tu punya history,,.. starting in Malay kemudian translate in English... So everybody's is listening.. Even aku yang tau history tanah melayu pun mendengar dgn khusyuk.. Omputeh tu lagi la nak tau kan.. 


rumah orang dulu2
So ini adalah rumah yang dibina dulu.. cannot remember the year.. but rumah ni mmg dibina tanpa paku dan masih lagi kukuh sampai skrg.. dia cuma pasakkan kayu je.. and one of the house ni milik seorang pak cik ni.. sorry cannot remember the name jugak.. sbb dah lama sgt berlalu hari yang pergi melaka ni.. dia ubah rumah dia kepada muzium.. di mana ada furniture dulu, baju dulu2.. so dia sendiri maintain umah tu.. Kena bayar ke tak.. Wallahualam.. tak sempat pergi.. 


By the time dah sampai jeti mmg dah penat giler.. semayang2.. then sebenarnya tak larat.. walaupun patut pergi satu tmpt lagi.. Jonker walk.. It's like chinatown.. mmg rasa kagum dgn design kedai2 kat situ.. Aku mmg suka giler tgk citer cina.. so bila tgk diaorg ni nyanyi2 kat kawasan tu.. It's like mcm tahun 60's dalam citer cina yang aku biasa tgk.. so a lot of souvenir yang boleh dibeli di situ.. Then akhirnya time to go home.. dalam kul 10pm.. balik ke bandar seri putra dalam keadaan letih and esok nak kerja

Melaka really surprised me..  Sgt2 best.. tempat dia sgt terjaga.. So after this still nak pergi lagi to try restaurant Baba and Nyonya plak.. 

Friday, August 5, 2011

Mari memasak!

Assalamualaikum and Salam Jumaat,

Setelah lama tidak menulis.. mgkn disebabkan tiada internet di rumah.. jadi tak dapatla tulis blog mcm dulu... So setelah berkahwin one thing yang paling aku cuba buat adalah memasak.. boleh tak.. Dulu, I do believe dgn yakinnya that I cannot cook.. Then I never cook.. Walaupun setelah kawin nanti I thought that I will never cook sebab rasa baik beli jek kat kedai.. Tapi setelah bercampur gaul dgn para2 isteri yang solehah (ala2 ustazah semanis kurma) di UNITEN maka aku jadi berubah disebabkan selalu dinasihati hari2.. Sebab diaorg encourage me to cook for my husband.. Reason --> Suami akan lebih sayang ko.. Aku cam ye ke?.. ada je housewife yang masak, mengemas, rajin jaga anak tapi ditinggalkan suami jugak.. Diaorg kata itu terpulang kepada rezeki perkahwinan tersebut.. yang penting kita dah buat yang terbaik.. Ohh hehe camtu eh

Then after the second week kawin kitaorg dah dok umah sendiri.. dan umah tu mmg boleh kata fully furnished.. ada peti sejuk, dapur beserta dapur gas tuan umah kasik.. jadi I cook with my husband.. At first bihun terkurang garam and jadi lembik... (sbb dgn bijak nya rendam ngan air panas.. ).. Second try (masak mee goreng..guna mi kuning..  ohh terlebih garam sudah,,Aku letak 2 sudu besar keh!! Member2 dok pakat2 gelak jek.. tapi My husband was very2 supportive.. apa je pun dia puji.. tapi dia cakap boleh cuba lagi.. haha.. dan dia tak henti2 suruh try.. Then semalam ayam masak pedas.. menjadik!! haha gembiranya :) :) :).. hairos tak makan nasi.. so aku yang mkn tambah 2 pinggan.. ayam tu bnyk gak la untuk kitaorg dua org.. and habis.. 

So one of the ustazah semanis kurma Ifa telah mencadangkan satu blog untuk memasak.. sbb kebanyakannya tempat bagi resepi je.. ni bg ngan video so kita boleh tgkla kan benda tu menjadi apa.. dan InsyaAllah tak terkurang apa2 bahan.. Sbb pernah try satu resepi dia jadi cam hanyir sbb letak satu bahan nih.. tapi mgkn cara letak bahan tu betul.. tapi cara masaknya berbeza... so tu pentingnya ada video.. boleh tgk cara dia masak.. 

So this is the website
Try Masak

Siap boleh pilih difficulty and technique lagi.. One of the other reason of of my friend.. senior lecturer, ada anak 4, amik PHD lagi.. akan memasak tiap2 hari untuk family dia inikan pulak aku yang setakat jaga sorang je husband tak masak.. Mestilah malu.. and truly aku rasa kita akn lebih rapat dgn husband bila masak sama2.. makan sama2 kat umah sambil tgk tv.. Ada gak org ckp husband akan sentiasa teringat masakan kita kat umah walau mana pun dia pg kalau kita masak.. walaupun tak dibuktikan.. tapi kita boleh mencuba.. and see the results mgkn setelah lama berumahtangga nanti.