nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah Ramadhan muncul lagi.. dan kali ini ialah kali kedua menyambut nya dgn suami tercinta.. Last year tak masak apa pun untuk berbuka... baru sgt kawin plus mmg la tak reti masak... so berbuka mmg kat bazaar ramadhan la jawabnya.. masak kang sian pulak kalau tak sedap nanti,,, dahla lapar seharian.. kena pulak makan dgn lauk perasa pelik2.. haha.. so lebih mudah kalau g bazaar.. sambil jalan2.. kan best..

Tahun lepas ada jugak hari yang pergi terawih.. kalau hairos ada masa, sebab dia OT sampai tgh mlm untuk hari2 yg dia perlu bertugas.. Tahun ni plak.. lagila dah nak masuk 8 bulan ni.. kaki pun dah start sembap.. duduk antara dua sujud rasa sakit... So tak tau lagi camane nak pergi terawih kat surau/masjid tak?.. InsyaAllah cuba jugak la buat kat rumah kalau tak larat.. senang kat umah nak cari kerusi... InsyaAllah kalau mampu try buat sebanyak hari mgkn.. 

Hopefully tahun depan dapat la berpuasa bertiga.. ni pun tak tau la dapat puasa penuh ke tak. Harap2 baby dapat pose sama2 ye.. Permudahkanlah.. Takyah la nak pk nak ganti2 puasa lagi dah.. 

Anyway, di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak dan hopefully dapat lah dimaafkan semua salah dan silap saya andai nya ada.. Semoga ramadhan kali ni kita dapat kumpul lebih bnyk pahala ye? InsyaAllah....

Selamat berpuasa and berterawih!
From me and hairos..


Thursday, July 19, 2012

trimester 3 ;)

Masuk trimester 3, dah start rasa sakit2 sbb:.. 

1) Ketakseimbangan
berapa kali jugak la jalan terpelecok sbb badan dah tak seimbang.. haha tapi mmg salah sendiri sbb still nak gak pakai kasut ada tumit skit.. Hamik ko.. masuk ni dah 3 kali dah jatuh.. tapi tak pnah jatuh terduduk la.. lepas tu dah serik terus p bata beli selipar comfit.. 

2) Kicking 
Then this few days the baby is kicking wildly.. barula rasa cam somersault kan.. Ohhh sometimes mmg  la tak larat. cuma kadang2 rasa kelakar.. bila dia gerakkan lutut from left to right pastu right to left.. adoila.. nak g mana ntah.. Tapi bila dah start mcm buat acara2 mcm nak jugak gerak walaupun tak muat.. hoooooo time tu sakit.. 

3) Cramp
The worst one when I'm having cramp at leg masa tido... Ohh mmg sakit yang amat.. sebelum ni pnah kena jugak cramp tapi tak la sesakit nih... My husband asyik terjaga sbb terkejut bila i squeezed his hand so tight.. So every night pun dia terpaksa urut.. Hehehe bahagia... 

4) Kaki bengkak
Baru entering 31 weeks tapi kaki dah bengkak2 and kembung cam penuh air.. Memula tak perasan sgt kaki tu cam gemuk.. pastu tetiba time semayang rasa sakit.. tgk2.. aik. asal kaki cam nih... huk huk...takpela.. bnyk sakit ni bnyk la kot kurangkan dosa2 nan ado selama ni.. Dah mula google2 camane nak semayang duduk.. 


Tapi:
Still walaupun begitu, the best part masa pregnancy for me is shopping.. takleh handle.. semua nak beli.. so far semua barang dah ada dari last month tapi still buat some last minute shopping.. dah habis beribu raban dah untuk baby je.. Haih ni baru anak sorang.. Hopefully baby tak ikut perangai ni ye.. :)






Saturday, July 14, 2012

Time to wash the baby clothes

Setelah dapat satu weekend di mana both of us are quite free.. dan since my friends pun terkejut sbb tak ready lagi nak basuh2 baju baby and put it in a bag, so decide minggu ni nak basuh baju lah.. Balik2 kerja smlm terus punggah semua barang dalam plastik and put in laundry basket pastu terus basuh.. Ooomaii bnyk jugak baju nih.. entah sempat ke tak pakai semua.. dahlah semua baju baru perasan mostly 0-3 month.. kalau gemuk baby ni tak muat la baju2 ni nanti.. 

Tapi mostly baju my mom and mom in law yg beli.. So kitaorg menerima jek.. tgk2.. baru perasan semua bnyk barang baby.. barang2 maknye tak ready langsung.. jamu belum, bengkung belum.. baju untuk menyusu pun tak takde.. huhuhu.. esok harus p beli nih..

Abis je basuh2 baju.. tibalah masa nak menyidai.. nmpk takdela penuh bakul tu.. penuh lagi laundry kitaorg kalau basuh baju.. tapi bila time menyidai rasa nak tertido2.. sbb baju2 cinonet baby nih... tak tau nak sidai camane.. bnyk plak tu.. bila tang stokin.. lagi la..... 

Dan akhirnya siap sidai... Tadaaa!




Pasni angkat, lipat and put in a bag! Siap bag kita ye baby pasnih.. :)

Thursday, July 5, 2012

Anniversary ke 1

Pagi2 tadi tetiba my husband cakap "Lagi 5 hari ".. I was like "5 hari apa eh"

"5 hari lagi nak anniversary"

Dang! I forgot.. huhuhuh... Aiyoyo..

Then dia cakap "lupa la tu"...

Huhu *sweating*...

Emm nak p mana eh.. camna nak celebrate.. My friends nye rancangan sgt best.. Honeymoon balik ke merata2 tempat..

Tapi nak p mana2 mmg tak sempat dah la..Dahlah nak pose,... Emmmhh p makan2 jelah jawabnya..

Monday, July 2, 2012

Class antenatal

Pegi antenatal class last sunday.. Nak kuar di hari2 ahad ni dari pagi sampai ke ptg mmg serius rasa membuang masa yg precious untuk tgk tv di hari2 sunday yang mendung plak tu.. Elok tido nih.. Tapi sbb dah bayar maka gagahkan hati pg jugak... Sampai je dapat goodies bag yang sgt besar.. amboi.. cam handbag dgn bnyk betul barang kat dalam.. Positive parenting magazine, small2 notes on babies, sticker, cranberry juice, nappy rash cream, satu kotak besar susu nestle.. bukan sample ye anak2..., ubat gigi pureen for maternity, satu sample diapers mamy poko, dan bnyk lagi yang dah tak ingat dah..

Then makan breakfast dulu which is disediakan jugak.. pastu p kelas first which is about kanak2.. so in here bnyk dapat info dari segi baby yang lahir premature, apa problem dia, yg lahir term (cukup bulan) apa problem dia.. so baru tau annur only accept baby yang berumur 37weeks and above. kecik dari tu dia akan hantar p tmpt lain. So tak ingat dah apa akan berlaku tentang bayi lahir pramatang ni.. sbb bnyk sgt penyakit yg boleh berlaku since baby tu kecik..cuma benda yg paling ingat ialah dia cakap dia tak advise amik epidural sbb dia kata cheating :).. Sbbnya bila ibu melahirkan anak dosa si ibu terhapus seperti bayi yg baru lahir.. so cheating la kalau amik epidural. tak rasa sakit sgt..:) But still it depends la on people kalau dah tak tahan sangat maka drugs2 ni boleh membantu.

Then second class is about delivery. So handle by Dr Fatimah.. Dia terangkan pasal normal and ceaserian delivery.. Tapi dia start dgn nasihat2 tentang keagamaan yang sgt berguna.. Dia cakap baca lah surah maryam sbb kat situ bnyk benda yg kita boleh ambil sbg iktibar. Dan jugak dia kata masa baby nak dilahirkan point of hujung kepala dia perlu menghala ke bawah. mcm bersujud. barulah baby tu dapat keluar dengan mudah.so kalau dia senget sikit atau melintang baby tu tak mgkn boleh keluar, jadi di situ perkara pertama yang boleh diambil iktibar yang Allah ajarkan pada kita adalah supaya kita sujud dan patuh padaNya. dan kalau kita tidak patuh kita akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan... Mcm kalau baby tu melintang tadi of course dia tak dapat keluar dgn mudah.. So kalau kita cuba jugak melawan fitrah Allah, maka hidup kita akan sentiasa bermasalah.. 

Dr fatimah ni mmg citer2 dia bnyk penuh dgn nasihat, kisah2 benar yang dia dah lalui... tapi perkara pertama yang dia tanya kan pada semua bakal ibu bapa adalah kenapa datang ke kelas begini.. so ramai la jawab nak tau lebih bnyk benda, and so on.. so dia kata orang dulu2 tak payah pun pg kelas ni.. Siap dia cakap my grandma dulu ada 6 org anak ok jek.. takyah datang2 kelas.. So last2 takde org boleh jawab.. so dia kata ayat pertama yang diturunkan Al Quran adalah Iqra'.. bermaksud "read". So di situ Allah sentiasa menyuruh kita mencari ilmu. Kerana perjalanan hidup kalau mereka melaluinya dgn ilmu dan tanpa ilmu adalah berbeza. Bila kita ada ilmu kenapa kita kena solat, kena puasa, maka kita akan melaluinya dgn rasa gembira, dgn rasa syukur dan taat. sbb kita tau kenapa perlunya solat dan puasa.. Sama juga mengandung... Bila kita berilmu.. kita enjoy setiap kesakitan yg kita lalui..setiap new things yang kita alami, kita rasa seronok.. So jgn datang2 kat doktor alahai doktor saya mengandung lagi..So rasa mcm terpaksa.. And husband kenala memberi isteri tu rasa ready untuk ada anak lagi.. Biar masa isteri mengandung tu rasa tenang dan gembira.. Ada sesetengah guna kuasa veto nak anak 10 org.. So tak kira la isteri nak atau taknak.. Maka dia kata kat situ perlu ada perancangan bila nak melahirkan anak.. mesti dalam keadaan kita tenang dan kita bersedia.. 

And kalau bersalin tu bermasalah.. ada dua cara yg kita boleh guna either forceps or vacuum.. Forceps tu mmg seram.. dia besi.. so dia letak benda tu kat kedua2 belah telinga baby and tarik kuar.. but perlu dilakukan oleh pakar.. if not.. mmg ada case bayi cedera kalau tekan kuat sgt.. and besi tu dia masukkan dalam vagina satu2 ye anak2.. seram kuasa dua... Pastu ada lagi satu procedure iaitu dgn mematahkan bahu baby kalau dia tersangkut sbb kalau tunggu lama baby tu akan lemas.. so takde cara lain dia akan patahkan bahu baby tu untuk selamatkan baby... sbb katanya bahu tu boleh sembuh dalam 2 minggu je.. kalau lmbt 2 minute baby boleh brain damage sbb dia stuck kat situ.. and kalau 4 minutes late, baby akan mati.. 

And bnyk lagi.. kalau nak share apa yg belajar the whole day mmg panjang.. So secara ringkasnya ada tentang workshop from susu ibu, then ada tentang stem life.. Ni dia amik darah dari tali pusat anak dan dia simpan.. but have to pay monthly, so if anything happen to the baby masa dia besar.. contohnya accident ke.. so darah tu boleh digunakan.. ataupun boleh didermakan pada adik beradik kalau compatible,, pada parents pun boleh.. dia ala2 insurance gitu.. tapi agak mahal la kut monthly.. 

Then lastly ialah belajar persediaan ke labour room and pain management.. Kat sini diajar tentang.. apa yg patut dibuat dalam nak tunggu tempoh 10cm tu buka.. apa teknik2 pernafasan kalau sakit, kalau nak tahan dari push.. So a lot of things.. Datang dgn husband mmg lagi mudah sbb dia boleh belajar bnyk benda di samping belajar tentang peranan husband dalam labour room.. etc etc.. dia pun kena ingat semua teknik pernafasan so that.. dia boleh ingatkan wife kalau terlupa nanti kalau dah sakit sgt kan.. 

Fuhh panjang lebar nih.. Jadinya for me sgt2la recommended pergi kelas2 mcm ni.. so that by the time kita masuk labour room.. at least kita tau apa yang kita boleh buat.. and kita lebih confident.. untuk menjalani proses tuh. :)