nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Check suhu bila demam

Assalamualaikum,


Akhirnya jumpa masa free nak update story. Hari ni nak citer pasal thermometer. Sebelum ni bila humaira demam atau agak2 nak demam, akan check thermometer pakai strip thermometer. Tapi doctor biasa kata strip ni tak berapa accurate sbb dia measure temperature of the skin bukan body temperature tapi cukupla kalau nak tau either normal, hot or cold temperature. 

strip temperature

Tapi humaira asyik demam bebaru ni.. Suhu naik turun, tak menentu so ingat nak beli yg accurate skit, sbb bila pakai strips tu at least tau la kalau body temperature maybe at least cecah 40C. Ini mcm pasti tak pasti..agak2 je kalau nmpk hijau dia tu dekat 39++ pun tak boleh accurately kata bape exactly suhu dia.

Dulu pnah guna digital thermometer yang kena tunggu seminit tu.. kira la 60 saat.. tapi yg humaira ni kalau letak je kat bawah 10 saat je boleh duduk diam.. asyik gerak2 susahla nak tau betul2 suhu dia.

So akhirnya tadi tgk2 terus je grab 1 guardian punye infrared ear and forehead thermometer.. agak2 susah nak check kat telinga.. dekatkan dgn forehead pun cukup.. takyah tunggu2 60 saat.. Sesaat pun dah cukup ye.. Jadi saya suka :)..

confuse kan? dah mcm kapsul masa 

Bentuk dia mcm kat atas ni ha.. sekali tgk mmg pelik.. nak check camane ni kan? Mudah je,, Memula kena setting masa, and date .. lepas tu buka penutup kat atas tu, yg first tu untuk forehead.. Letak kat forehead click start, dan terus dgr suara berckp, your body temperature is 36.1C. Boleh set Fahrenheit atau Celcius.

Pastu yg forehead punya bahagian tu boleh buka kat bawah dia lagi  and bawah dia plak untuk check through ears.. just letak kat ear and press start.. itu sahaja.. semudah alif, ba, ta

Harga pun berpatutan, 

RM149.00

Bateri included, kalau nak ganti nanti beli je bateri jam. Sama. 

And kalau ada problem bawak je ke guardian balik, nanti dia akan tolong hantar ke kilang. 


Tuesday, March 19, 2013

Tupperware Brand yang saya beli

Salam sayang... tgk2 wall post baru tau lamanya tak update blog.. sempat membaca blog org je.. Sbb dah start kelas makanya setiap hari harus membaca buku.. tapi masih sempat membaca post2 org lain hehe..

Jadiknya hari ni nk share tentang brand tupperware. Hahah sah2 semua pelik kenapa pulak tetiba nak share tentang brand tupperware?? Sbbnya anak dah start makan solid food and takde tempat nak letak solid food dia untuk dihantar ke babysitter. Mmg sbb tak bersedia sbnrnya kan.. Excited2 jugak tapi preparenya tak jugak. Pastu tanya la member2 yang anak diaorg dah start solid. So sorang ni rupanya agent tupperware ni. Dia kata dia beli tupperware kecik2 kat tupperware store ni lah.. So dia pun bg lah tupperware catalog

Jadik dari mata turun ke hati
.
.
.

Dari nak beli satu barang terbeli ke barang2 yang lain. 

Mcm mana tak beli weh.. Cecantik tu barangannya.. 

cer korang tgk

Jug air

Botol air dgn botol dan paip air dgn botol susu pun ado

Ni tupperware untuk mengekalkan sayur fresh. Ni paling aku suka

tupperware comel nak bekal mknn sbb konon2 nak go green

gambar first tu la yang dibeli sbb nak simpan solid food 
 ni kitchen on the move namanye 
boleh potong sayur, ayam n daging, bawah ada dua bekas
satu bakul yang boleh toskan
satu lagi bakul biasa


sambungan kitchen on the go.. yang belah kanan tau. siap ada grinder sekali tau

Terkesima tak dgn kelawaan dia.. Yelah kita dok dapur nak la barang2 yang cantik dilihat jugak.. sebenarnya bnyk lagi.. Tapi kali ni nak share yang ni jek. So aku amik 

1 botol air comel
1 bekas tupperware untuk isi sayur tu
 (harus ye, bila anda cuma memasak pada weekend jadi sayur tu boleh tahan 2,3 minggu di situ)

1 tupperware purple tu untuk tapau makanan 
1 set tupperware kecik2
dan 
1 kitchen on the move

Jadi nmpk la bnyk kan.. 
tapi bila jadi ahli harga jadi berbaloi2.
dapat diskaun 25% :)

kalau nak jadi ahli kena bayar rm70.
Dapat kitbag
and dapat 2 tupperware free..
So bertambah la collection tupperware.

Cuma syarat untuk kekalkan diskaun 25% tu kena la ada jualan sebanyak RM500 dalam tempoh 6 bulan. 

Jadi kalau korang nak join jadi ahli n nak beli jugak tupperware yang cantik2 ni menjadi koleksi di rumah, boleh la email ye @ rinaazlin84@gmail.com

Nak tanya2 pun boleh jugak

Wednesday, December 26, 2012

Qairene terkena gangguan..


Last Friday, Qairene meraung2 menangis tiba-tiba bila masuk waktu maghrib.. tak paham jugak kenapa sbb masa tu baru je balik dari Warta beli hadiah wedding sepupu hairos. Ingat dia just ngantuk sgt.. and tak tido2 dari td.. Pastu dia tido then everything are fine sampai esok.. Esoknya kitaorg kat Perak.. attend wedding.. tetiba mlm tu aku pergila mandi kejap and bila pegang qairene untuk susukan.. tetiba dia taknak bila baring.. Terus menangis meraung2.. sampai dah tak tau nak buat apa.. Terpaksa pg umah belakang jiran pakcik dia cari buai.. terus tidokan and dia tido sampai ke pagi.. Just figure ni mgkn nak berubah bulan ni.. mcm2 ragam.. Esoknya balik Kajang, my mom house and the same thing happen.. masa tu tak teruk so tak pk bnyk just pk dia nak tido.. buka surah Ruqyah and then dia ok.. then balik umah BSP dia dah tertido.. Esoknya cuti krismas.. And hairos kuar masa tu kejap beli mknn.. I try to put her to sleep and dia nangis.. memula slow.. then hairos balik.. dia tak jugak berhenti2 nangis.. She doesn't want me to hold her.. susu pun tak nak.. apa pun tak nak.. hairos suapla air yasin pakai picagari.. Hisap dgn lajunya sbb dia lapar.. tapi tangisan makin kuat.. bacakan ayat kursi pun makin kuat..

Terus rasa takleh jadik ni.. jom p Darrusyifa'.. Pergi mlm tu tutup plak.. ada kuliah mlm tu.. Takpela sbb dia dah tido.. As long as lepas mahgrib tu dia dah tertido dia akan ok sampai esok.. then esoknya pergi la Darrusyifa'.. masa ni dia still nangis2 lagi.. Elok ustaz tu pegang je kepala dia.. sambil tutup telinga dia.. (I'm not sure why la kan) somehow dia terus ok.. Terus kembali gelak2.. sambil drooling pandang ustaz tu.. ustaz tu pun lepas abis baca dia picit2 pipi qairene and dia cakap InsyaAllah ok dia ni.. Mlm tu aku baca ayat Al Baqarah, ma'surat and Hairos bacakan Yasin.. kitaorg dah ready bila masuk waktu maghrib.. and aku p sembahyang kejap sambil hairos pegang.. dgr dia dah start nak merengek2.. Habis sembahyang terus pandang qairene and tgk mata dia dah layu nak tertido.. Agak ragu2 nak susukan qairene sbb dari hari tu bila baringkn atas aku untuk susukan seolah2 dia takut and menangis lagi teruk.. tapi aku cuba je and dia terus ok nak hisap susu and tertido.. sampai pagi tadi.. 

Bila ada anak kecik baru tahu tentang benda2 yg kena jaga.. Balik tak boleh waktu maghrib.. kadang2 sebelum ni main langgar je.. Tapi apa yang berlaku mmg rasa sgt menakutkan.. I'm so afraid I will lose qairene that nite.. sbb dia menangis sambil menjerit2.. mcm nak hilang suara.. takut dia takleh bernafas sbb terlalu teruk menangis.. rasa mcm lemah sekali masa tu.. Nasib la dia nak jugak dgn aku that nite.. sambil menangis dia tertido sbb terlalu penat.. tido pun teresak2 lagi..

Hari ni jumpa la member aku.. and dia cerita anak saudara dia terkena masa pergi rumah terbuka jiran dia.. Anak sedara dia masuk tandas then tetiba keluar muka terus berubah and tak boleh bercakap.. pergi jumpa sorang ustaz ni.. nak berubat..bila ustaz tu start baca ayat dalam bahasa arab, tetiba mak member aku ni terus bgn cakap tak jadi berubat.. sbb nya ustaz tu (dia kata dia ustaz la kan) cakap and mak member aku ni faham bahasa arab.. bila ditranslatekan dia cakap "datangla kepada aku, demi Tuhanku.. " Something like that so seolah2nya memanggil benda lain.. 

So apa dia buat.. diaorg buat Yasin 7 Mubin.. kat tempat yang rasa paling tak ok kat umah tu.. So akhirnya  rasa tak kena kat bahagian tangga.. So bacala Yasin 7 Mubin.. Mmg agak penat baca Yasin 7 Mubin ni tapi demi anak dia kan.. and mlm tu si ayah dia tido sambil mcm bergaduh and esoknya anak dia Alhamdulillah ok.. So  bila tanya kenapa.. si anak ni cakap dia nak g buang air.. sampai kat bilik air dia nmpk benda tu mencangkung kat tandas and terus lompat kat atas dia.. and dia takleh bercakap.. sampai cikgu tadika datang umah tanya kenapa budak ni tak nak bercakap langsung.. Tanya ada ustaz ni dia kata ada org nak test ilmu and dia letakkan dalam tandas org tu.. Sampai tak boleh bercakap budak tu.. Bila dia nak bgtau dia akan terus pegang leher dia.. and tak jadi cakap.. 

So member aku ni ajar la baca beberapa ayat pendinding yg dia biasa buat

First yang Yasin 7 Mubin.. Ni biasa org buat pagar rumah. Mmg penat.. baca dari ayat petama and berhenti pada ayat yang berakhir dgn first perkataan Mubin. and ulang balik dari mula yasin and berhenti masa Mubin yang kedua.. and baca lagi dari awal sampai jumpa Mubin yang ketiga and mcm tu seterusnya sampai jumpa Mubin ketujuh and ulang balik dari first sampai akhir Yasin.. 

Kedua -  bismillahillazi la yadduru maasmihi syai'un fill ardhi wala fissama wahuwaissami un alim...
bermaksud "Dengan nama Allah, yang dengan namanya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dia Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Ketiga - Suumum bukmum fahum layarjiun 

bermaksud - Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Keempat - inni jailun fil ardhi kholifah. bermaksud..

Maksudnya adalah bahwa Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah (wakil atau pengganti ) allah untuk memakmurkan bumi..

tapi dia kata yang ini kena hati2 sbb kita kena kuat sbb kita nak cakap yang kita adalah khalifah/ketua di muka bumi.. so kalau tak kuat..and kalau benda nak lawan kita balik,, kita boleh terkena balik.. 

Wallahualam.. Apa yang penting kena yakin dalam hati.. 

Tapi lepas ada anak kecik.. perlu ada pendinding sbb ada benda2 mcm ni yg suka mengganggu anak2 kita.. Semoga kita sentiasa meminta dari Allah

Bak kata sebaik2 penawar adalah ayat Al Quran dan waima manusia yang paling lemah pun boleh melawan syaitan yang paling kuat dgn ayat ayat Al-Quran..dgn izin Allah tentunya.. Allahla sebaik2 pelindung..





Tuesday, August 28, 2012

Decide untuk simpan darah tali pusat baby.

Masa pergi kelas antenatal kat annur dulu, dah tau tentang Stem Life ni iaitu satu tempat yg mana dia akan simpan darah dalam tali pusat baby and akan preserve darah tu dekat makmal Stem Life. Then akan kena bayar la service fees untuk storage of the blood. So sesiapa yang amik masa tu akan dapat free gift dari Stem Life tapi kena bayar deposit dalam RM300. So masa tu tak bawak duit yg bnyk so tak register la.. Tapi taulah kebaikkannya kalau baby perlukan darah ke one day or adik2 dia memerlukan darah dia ke or dia ada penyakit berkaitan darah ke.. So adalah tersimpan darah tali pusat tu.. which is darah yang terbaik untuk kita adalah masa kita baru lahir. And peluang dia adalah sekali je seumur hidup.. Iaitu masa dia baru lahir .. and kita kena decide either darah tali pusat tu akan dibuang atau pun disimpan. 

Then bila semalam jumpa my friend and dia pun buat.. So esoknya terbuka pintu hati nak tanya the price and terus call pihak Stem Life.. Tetiba I just  know it's not that expensive.. Boleh buat installment la jugak kalau nak.. And terus akak tu datang tadi untuk sign agreement and terus bagi stem life kit untuk diberi pada doktor pada hari bersalin nanti. Sbb dah dekat sgt nak bersalin kan... So dia terus je bagi kit tuh.. 

On the day that I admitted nanti.. my husband will just need to call Stem Life and inform them that I was admitted. And call lagi sekali masa dah delivered and diaorg akan datang pick up the umbilical cord blood from the nurse and my husband need to sign an acknowledgement form. So kita just kena bayar until baby tu dah besar and baby tu akan decide sama ada dia nak continue untuk simpan darah ni and continue bayar ataupun dia boleh derma kepada pusat darah negara. 

Tapi dia ada jugak insurance katakan kalau darah tu tak function setelah dijaga dekat makmal, kita akan diberi pampasan RM100,000.00. And kalau katakan ada adik beradik baby tu yg memerlukan darah tu tapi darah baby tak compatible dgn adik beradik pihak Stem Life akan mencari darah yang sesuai untuk adik beradik tu and guna RM100 ,000.00 yg diassured tu.. If anything happen pulak sepanjang perjalanan diaorg nak bawak darah tu ke makmal plak, pihak Stem Life akan bayar RM25000.00 pada kita.. 

Tapi they still need to give test to the mom's blood and the baby's blood. And in case kalau ada penyakit2 mcm hepatitis B and C or apa2 sakit yang tersenarai dalam list yang dikeluarkan MOH diaorg takkan keep the blood and akan pulangkan balik duit kita. Biasanya result test ni akan dikeluarkan dalam masa 6-8 minggu lepas si ibu bersalin.. 

So since dia punya assurance dia sgt2la memberi jaminan so I decide to agree untuk register for Stem Life.. yelah kita tak tau apa akan berlaku pada masa akan datang kan.. Kita mengharapkan anak kita sihat sejahtera sentiasa.. ;).. but who knows rite?.. 

Apapun if you are interested you can call the Stem Life and ask for more information.. :)

The Stem Life kit



Monday, July 2, 2012

Class antenatal

Pegi antenatal class last sunday.. Nak kuar di hari2 ahad ni dari pagi sampai ke ptg mmg serius rasa membuang masa yg precious untuk tgk tv di hari2 sunday yang mendung plak tu.. Elok tido nih.. Tapi sbb dah bayar maka gagahkan hati pg jugak... Sampai je dapat goodies bag yang sgt besar.. amboi.. cam handbag dgn bnyk betul barang kat dalam.. Positive parenting magazine, small2 notes on babies, sticker, cranberry juice, nappy rash cream, satu kotak besar susu nestle.. bukan sample ye anak2..., ubat gigi pureen for maternity, satu sample diapers mamy poko, dan bnyk lagi yang dah tak ingat dah..

Then makan breakfast dulu which is disediakan jugak.. pastu p kelas first which is about kanak2.. so in here bnyk dapat info dari segi baby yang lahir premature, apa problem dia, yg lahir term (cukup bulan) apa problem dia.. so baru tau annur only accept baby yang berumur 37weeks and above. kecik dari tu dia akan hantar p tmpt lain. So tak ingat dah apa akan berlaku tentang bayi lahir pramatang ni.. sbb bnyk sgt penyakit yg boleh berlaku since baby tu kecik..cuma benda yg paling ingat ialah dia cakap dia tak advise amik epidural sbb dia kata cheating :).. Sbbnya bila ibu melahirkan anak dosa si ibu terhapus seperti bayi yg baru lahir.. so cheating la kalau amik epidural. tak rasa sakit sgt..:) But still it depends la on people kalau dah tak tahan sangat maka drugs2 ni boleh membantu.

Then second class is about delivery. So handle by Dr Fatimah.. Dia terangkan pasal normal and ceaserian delivery.. Tapi dia start dgn nasihat2 tentang keagamaan yang sgt berguna.. Dia cakap baca lah surah maryam sbb kat situ bnyk benda yg kita boleh ambil sbg iktibar. Dan jugak dia kata masa baby nak dilahirkan point of hujung kepala dia perlu menghala ke bawah. mcm bersujud. barulah baby tu dapat keluar dengan mudah.so kalau dia senget sikit atau melintang baby tu tak mgkn boleh keluar, jadi di situ perkara pertama yang boleh diambil iktibar yang Allah ajarkan pada kita adalah supaya kita sujud dan patuh padaNya. dan kalau kita tidak patuh kita akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan... Mcm kalau baby tu melintang tadi of course dia tak dapat keluar dgn mudah.. So kalau kita cuba jugak melawan fitrah Allah, maka hidup kita akan sentiasa bermasalah.. 

Dr fatimah ni mmg citer2 dia bnyk penuh dgn nasihat, kisah2 benar yang dia dah lalui... tapi perkara pertama yang dia tanya kan pada semua bakal ibu bapa adalah kenapa datang ke kelas begini.. so ramai la jawab nak tau lebih bnyk benda, and so on.. so dia kata orang dulu2 tak payah pun pg kelas ni.. Siap dia cakap my grandma dulu ada 6 org anak ok jek.. takyah datang2 kelas.. So last2 takde org boleh jawab.. so dia kata ayat pertama yang diturunkan Al Quran adalah Iqra'.. bermaksud "read". So di situ Allah sentiasa menyuruh kita mencari ilmu. Kerana perjalanan hidup kalau mereka melaluinya dgn ilmu dan tanpa ilmu adalah berbeza. Bila kita ada ilmu kenapa kita kena solat, kena puasa, maka kita akan melaluinya dgn rasa gembira, dgn rasa syukur dan taat. sbb kita tau kenapa perlunya solat dan puasa.. Sama juga mengandung... Bila kita berilmu.. kita enjoy setiap kesakitan yg kita lalui..setiap new things yang kita alami, kita rasa seronok.. So jgn datang2 kat doktor alahai doktor saya mengandung lagi..So rasa mcm terpaksa.. And husband kenala memberi isteri tu rasa ready untuk ada anak lagi.. Biar masa isteri mengandung tu rasa tenang dan gembira.. Ada sesetengah guna kuasa veto nak anak 10 org.. So tak kira la isteri nak atau taknak.. Maka dia kata kat situ perlu ada perancangan bila nak melahirkan anak.. mesti dalam keadaan kita tenang dan kita bersedia.. 

And kalau bersalin tu bermasalah.. ada dua cara yg kita boleh guna either forceps or vacuum.. Forceps tu mmg seram.. dia besi.. so dia letak benda tu kat kedua2 belah telinga baby and tarik kuar.. but perlu dilakukan oleh pakar.. if not.. mmg ada case bayi cedera kalau tekan kuat sgt.. and besi tu dia masukkan dalam vagina satu2 ye anak2.. seram kuasa dua... Pastu ada lagi satu procedure iaitu dgn mematahkan bahu baby kalau dia tersangkut sbb kalau tunggu lama baby tu akan lemas.. so takde cara lain dia akan patahkan bahu baby tu untuk selamatkan baby... sbb katanya bahu tu boleh sembuh dalam 2 minggu je.. kalau lmbt 2 minute baby boleh brain damage sbb dia stuck kat situ.. and kalau 4 minutes late, baby akan mati.. 

And bnyk lagi.. kalau nak share apa yg belajar the whole day mmg panjang.. So secara ringkasnya ada tentang workshop from susu ibu, then ada tentang stem life.. Ni dia amik darah dari tali pusat anak dan dia simpan.. but have to pay monthly, so if anything happen to the baby masa dia besar.. contohnya accident ke.. so darah tu boleh digunakan.. ataupun boleh didermakan pada adik beradik kalau compatible,, pada parents pun boleh.. dia ala2 insurance gitu.. tapi agak mahal la kut monthly.. 

Then lastly ialah belajar persediaan ke labour room and pain management.. Kat sini diajar tentang.. apa yg patut dibuat dalam nak tunggu tempoh 10cm tu buka.. apa teknik2 pernafasan kalau sakit, kalau nak tahan dari push.. So a lot of things.. Datang dgn husband mmg lagi mudah sbb dia boleh belajar bnyk benda di samping belajar tentang peranan husband dalam labour room.. etc etc.. dia pun kena ingat semua teknik pernafasan so that.. dia boleh ingatkan wife kalau terlupa nanti kalau dah sakit sgt kan.. 

Fuhh panjang lebar nih.. Jadinya for me sgt2la recommended pergi kelas2 mcm ni.. so that by the time kita masuk labour room.. at least kita tau apa yang kita boleh buat.. and kita lebih confident.. untuk menjalani proses tuh. :)

Wednesday, June 13, 2012

3D scan.

Smlm pergi 3D scan at az zahrah. Memula rasa takyah pergi pun takpe.. tambah2 bila mengenangkan harga az zahrah yg very the expensive compared to other places.. Then dah alang2 amik cuti.. pergi jelah.. Sampai2 sana tetiba ramai la plak yg beratur.. Ni yang very the malas bila g zahrah ni.. Kompem berejam menunggu.. Then bila tiba turn.. the procedure start dgn buat detailed scan dulu.. Sbb nak tgk baby nye abdomen, chest, measurement size and weight then baru la ble buat 3d. Itupun depends kalau baby nak tunjuk muka.. kalau tak doktor tu kata buat 2d jelah. Sbb rugi bayar mahal2 tapi tak dapat nmpk muka baby.. 

So at first doktor cari nmpk tak 4 chamber untuk chest, tgk hearbeat then tgk lung camane, limb, pnjang dua2 mata, lips (untuk tgk sumbing ke tak).. semua nmpk kecuali jari tangan and kaki..alhamdulillah. dan akhirnya berita yang menggembirakan.. huhu dah tau sex.. InsyaAllah baby girl.. And the baby weight cam ringan la plak.. baru 836 gram.. Ish ish.. bila nak naik berat jadi 1kg nih.. Masa scan tu.. doktor siap cakap anak you ni mmg dasyat.. membuli saya.. dia siap buat yoga kat dalam.. muka pun tutup2 ngan tangan.. Aku gelak jela..dah tau dah perangai cik baby nih.. sbb dari dulu dia suke nyorok2..Sex pun susah nak tau.. Ni jelah chances nak tgk muka..  Aishh po pok kang... susah nak amik gambar awak ni tau tak?

detailed scan result
Dan yg paling happy sbb akhirnya dapat tau gak yang placenta walaupun low tapi dia tak tutup semua.. masih ada chances untuk bersalin normal.. and the baby nye kedudukan dah cephalic.. hopefully stay like that until 40 weeks ye.. :)

At last dapat gak gambar 3d.. plus video tapi tak dapat lagi.. kena tunggu 2 weeks baru boleh dapat CD.. 
But this is the pic that I took from camera shots


Later will upload the vid bila dapat cd.. Me and hairos were like saying the baby look so much like me! hehe.. bleh?.. 

(^,^) Tak menyesal buat 3d.. penuh information.. and strongly recommend it to all mother to be.. 

Sunday, June 10, 2012

First time order buku kat amazon!

Citer excited tahap gaban!! Bebaru ni telah membeli buku through amazon.com.. Dari dulu lagi suka tgk2 buku kat situ tapi takleh beli sbb takde credit card.. Furthermore takut jugak nak guna sbb dgr cerita ramai org kena tipu bila beli kat online but mmg nak sgt buku tu... 

Tgk2 kat amazon jauh lagi murah dari beli kat mph or other book store and mmg bnyk pilihan.. Kita boleh buat pilihan sama ada nak beli buku yang terpakai ke.. dgn pelbagai harga.. So I choose the cheapest one $4.10. Used book. Dia kata masih dalam keadaan baik dan jtakde kesan highlighter. So try jelah tapi kena tunggu shipping agak lama gak la.. Dalam 2 bulan. Kalau nak cepat kena bayar lebih. So i decided to just wait.. Dia shipped on 22 May and sampai mgkn dalam 6th July. Amboi lama la kan.. Tetiba dalam 29th May ada packaging yang mcm buku sampai at my house.. Seriously??? Buku tu dah sampai!!! Seminggu je.. Wah germbiranya! 

To conclude, I really love the service.. and kita jugak boleh return the packages kalau kita tak puas hati dgn product tu.. But I love the book so much.. Murah dan nmpk mcm buku baru.. And now amazon will be one of my favourite place to shop! (^ ,^)

The book that I bought

Monday, November 28, 2011

I've read something interesting at other blog just now.. Just want to share!

SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut. Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher). Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat.

Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh. Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya. Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka.

Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya. Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang. Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin... - Diera –



JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-


1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :- • Aurat wanita apa sudah jadi? • Wanita, aurat dan Kerjaya Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu. Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom ( UK ), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK .

Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain. Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).! Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambaNya. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam. Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidakmelaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.


2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung. Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat. Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BERDOSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT. Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak. Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh.

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :- خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه .. Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)


3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah. Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi. Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenarnya adalah sebahagian dari mereka kerana : Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat. Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi. Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah. Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.


4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah. Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini. Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Apakah ada kredit kad itu bahaya?

Fouh.. satu lagi dugaan  datang.. tapi alhamdulillah dah settle akhirnya.. citer nye mcm ni I just applied for credit card after raya hari tu. And then it take a while for me to get the card.. And then on the day I want to pick up my credit card, ada sorang mamat ni call. tapi at that time tak dgr apa la dia ni cakap..then letak. Pastu dia call balik... sambil bagitau. Saya dari service card center. then dia cakap dia nak bagi card discount dan bukan la credit card  kalau pergi bercuti all that akan dapat discount di beberapa hotel 3 bintang dan ke atas. plus boleh digunakan di beberapa kedai yg partner dgn dia.. basically dia mcm bonuslink cuma dia kena bayar untuk card tersebut once in a lifetime.. So boleh guna untuk entertainment makan2 dan jalan2. lots and lots of good think la..

Harga dia adalah rm499. boleh bayar secara installment. dan bank takkan kenakan charge ke atas credit card tersebut. So I was thinking amik jelah. And then dia akn suruh bacakan no credit card sahaja sebagai pengesahan (means they have known your credit card number already) dan expiry date and then tup tup.. the charge akan dikenakan to your credit card, tapi lepas tu baru rasa pelik sbb how come they know all my credt card details.. and I told my father about it.. So dia mcm cakap dia dah ada card tu dan mmg agak menipu la.. sbb bila dia nak guna card tu untuk dapatkan discount mmg susah giler.. kalau dia bagi discount pun.. adalah dapat RM50 je.. lepas guna RM500..

Selepas ituharusla agak takut.. nak bayar RM500 tu untuk discount yg entah dapat entah tak. Then I called my credit card bank and they took the issue seriously.. and within a month the transaction dah ditarik balik. Alhamdulillah.. bersyukur yg amat sgt..  tapi my dad ask me to ask him first before agree to anything.. sbb semua nya dalam phone call sahaja.. 

Tapi after that ada jugak org called for insurance utk credit card..but this time dia cakap dia mmg dari bank yg aku buat credit card tu.. Luckily my husband were there.. and he asked me to look at the time.. Masa tu dah friday and dah lepas office hour.. So pelikla kan.. and after u hung up diaorg mmg takkan call balik.. Sungguh pun mempunyai credit card itu terdapat kesenangan tetapi agak bahaya jugak bila kita tak tau all the tricks.. kalau mcm dulu scam dia through email.. skrg dah through phone. Rasanya hari tu keluar jugak berita pasal nih..and bank negara dah pun bagitau untuk berhati2.. dgn scam nih.. 

For the insurance tu lagi kelakar dia kata.. insurance ni untuk credit card di mana jika ada berlaku apa2 terhadap kad kredit pihak syarkat akan terus membantu tanpa perlu call pihak bank tersebut.. kan ke pelik tuh.. kalau card hilang terus direct kepada bank sahaja la kan.. kenapa should I called third party pulak. The bank itself dah efficient menangani situasi2 mcm ni. Plus the bank itself agak terkejut dgn apa yg berlaku.. sbb diaorg tak pernah memberi kebenaran pada pihak lain untuk menggunakan nama mereka untuk tujuan service yg extra extravaganza nih.

Masa called bank tu diaorg suruh isi borang dekat dispute form and diaorg akan lakukan siasatan within 35 to 45 days.. and within that days.. diaorg akan mintak the document dari syarikat tadi.. and I guess syarikat tu tak dapat memberi document yg dikehendaki.. so disebabkan tu.. rasanya my transaction yg dah dicharge tu dapat ditarik balik. Fuhh lega.. 

Alhamdulillah.. 

Wednesday, October 26, 2011

Little white cafe

Bebaru ni one of my best friend ajak pergi breakfast at one place near nasi ulam seksyen 9. Sister in law dia la promote cakap best and cantik tmpt tu.. Me?? Pepagi dah start dgn western ni tak la suka sgt..tapi try la jugak since she insist,, 

Then look at the menu. Pun tak tau nak start makan dgn apa.. Plus the price is quite expensive.. Then I try the Omelette cheese and my friend try begal with cream and cheese.. The omelette emmm tak fancy sgt la.. sbb rasa cam hanyir.. tak sure la org lain.. different orang will have different taste.. And my friend try la bagi begal dia.. Peh sedapnya.. Teringat2 sampai petang rasa dia.. Rasa dia yg keras2.. plus with the cream and cheese... Mmg Sedap!.. Sbb kedai dia for me mcm expensive untuk pergi hari2 maka tgkla youtube mcm mana nak buat begal.. Nape tak cantik pun mcm kat kedai tu punya.. 

So for those yg nak try.. 

this is how the cafe look




Take a peek! :)

Monday, June 6, 2011

Nom Nom Social Media Minds Survey

Just that day amik survey Social Media Minds Survey.   It was launched 2 months ago. Anyway this is actually a sponsored article that was aimed to gather bloggers thoughts as social media influencer's. Lots of questions... There are sections in this study covering our habits as a blogger, Twitterer, Facebook user, and online shopper. On top of that, they also want to know the user favourite brands across all industries and share with them the perceptions of the social media scene. And the best part of all.. we get the money due to participating on that survey,, which is so hard to get in a blogging world.. huhu!!

Saturday, May 7, 2011

Milkadeals

Memula tadi tgk Kina dapat MilkaDeals from Ole Ole Manis.. Terus je nak tau mcm mana it works.. Yelah selama ni dok tgk banyak iklan yg ckp ada promotions kat Miklsadeals tapi tak pnah terpk nak dapatkan apa2.. So sbb kali ni Ole Ole Manis buat.. harusla tgk kan.. Terus pg kat cara How Milkadeals works.. The tgk recent deals yg ada baru la nmpk memula just tekan deals yg kita ni.. then dia akan bgtau harga promotions yg MAD tu.. pastu click Proceed.. tapi before that kalau kita ada credit.. bolehla potong credit tu untuk lagi murah.. kalau ada la.. kalau takde click proceed then boleh pilih payment type.. Nak pilih credit card/Maybank2u/Cimb/etc etc.. bnykla online choices boleh pilih.. then bayar and settle.. boleh redeem.. 

You guys can just click kat mana2 iklan kat your blog or your friends blog or just click here  http://www.milkadeal.com/r/19656 
to know more abut the deals.. 


Tapi deals ni hanya ada untuk masa2 tertentu.. contohnya kalau dia ckp deals ni hanya ada 10 and dalam masa 7 jam je untuk deals tu (which one come first) So kena dapatkan within that time frame.. So take a peek to see whether they are deals that you might want so badly and this is the time to buy it with really2 cheap price!

Milkadeals for Ole Ole Manis

Wednesday, April 27, 2011

Use Lyx and life will be simpler!

Too many happy things happen to me dalam 2 hari nih.. smlm tetiba setelah menggodek2 laptop akhirnya boleh onkan wireless capability dia.. Toshiba mmg problem.. kalau reset jek dia punya settings.. maka hampir semua settings messed up.. Entah hape2... Mmg tk encourage pakai Toshiba .. So dah ble pg kursus Lyx hari ni..Sbb ingat kalau tak ok gak laptop tu.. mmg tak pg la kursus hari ni.. tak boleh nak belajar la kan kalau tak bawak laptop sendiri.. mcm mana nak practise kan? And then learn so many things.. yg memudahkan cara memformat thesis.. atau paper.. So pasni formatting siap dalam masa sesudahnya membuat paper.. Terus dah siap takyah alter2 lagi dah.. Tapi benda tuh still kena exercise untuk jadi lebih smooth bila buat,, ni nak buat fomula pun kena slow2 cari mana satu symbol.. So others yg tgh buat thesis or paper or books.. really encourage you guys untuk guna Lyx.. 



COE mmg best sbb buat course nih untuk ajar kitaorg for free.. and siap bg makan pagi tghari and ptg.. Semoga korang dimurahkan rezeki sentiasa and boleh buat kursus lagi bnyk lepas ni... Wee~~

PS: Sgt ingin membeli laptop sendiri.. tapi tgh kumpul duit untuk kawin.. Haruskah tunggu dapat grantt research??

Tuesday, April 19, 2011

Jumpa macaroon yg dikehendaki. Woohoo!

Baru tgh search chocolate yg sedap and tak mahal sgt.. tetiba boleh tak the wish come true.. My cousin tag this pic dkt facebook

macaron

cupcake
chocolate in box 1
chocolate in box 2

chocolate in box 3

name in chocolate and lollypop with style


Smlm tanya macaroon tu berapa.. satu tu RM1.. Ada satu butik pengantin tu hari tu baru tgk dia jual.. satu macaroon RM4 ok?.. and dua plak.. RM7? konon2 discount RM1 la. Giler apa.. Nasib baik la my aunt baru dah start nak buat ni as bisnes.. Sblm ni ada tolong gk buat kan hantaran.. So if interested bolehla tanya kat
shasha_heysay7@rocketmail.com

or boleh tgk kat fb diaorg my aunt chocolate wonderland! 

So nak diaorg buat dlm bentuk heart shape macaroon tuh.. and diaorg kata Okeh!.. Yeay yeay,, hantaran settle!

Saturday, March 12, 2011

Boredom on the saturday Day

Di pagi2 hari sabtu ini budget nak bgn awal.. tapi terbangun lambat jugak.. konon2 nak la g jogging kan.. tapi sbb sambung tido balik so takyahla nak g jogging kalau dah matahari mencanak naik dekat kul 11?.. tapi still kena jadi maid to my sister sbb dia nak g kelas piano.. and then g tuisyen kul 2 plak.. Dah siap awal2 ni.. tetiba sampai2 alamanda dia ckp ohh.. hari ni rupanya yamaha nye school holiday.. Harus hadiahkan pelempang kah?.. aku punye bersiap awal2.. pastu drive dgn Ferrarinye.. dan kemudian kau katakan hari ni ialah school holiday?? 

Hari ni actually my cousin wedding day kat kemaman.. tak balik sbb my mom nak balik smlm and aku bnyk kerja.. sgt la rasa bersalah sbb dia selalu dtg any wedding events sedara mara and dtg aku tunang dulu.. Sorry sesangat ye.:(.. Mmg nak pergi but my mom tak nak tunggu.. takpela lain kali ada events sure kita dtg..

So tidakla ke mana2 hari ini cuma esok akan ke ARIANI sbb dia SALE sampai 20hb.. Wee~~ Boleh beli tudung nikah... :)

Sunday, March 6, 2011

Sogo, Jalan TAR & Muzium Kraf

Fuh, weekend yg full dgn information.. start dgn pergi breakfast kat Lengkuas pastu gerak g Sogo, konon nak  survey2 barang... harga still sgt mahal.. sbb belum sale.. jam ada yg agak murah.. and ada sale tapi design yg tak lawa.. still rasa lebih worth it g alamanda.. Tapi perfume packaging better kat Sogo.. dia bg bnyk barang.. tapi sama je mcm g year end sale last year.. packaging yg sama.. dgn harga yg sama.. Siap bg offer yg sama.. dpt beg kalau beli 100 ml nye perfume.. So konsepnya sama je kot Y.E.S ke tak... 

Then pergi jalan2 kat jalan TAR..Nmpk la tudung.. budget nak beli.. tapi tanya kak yg ni satu berapa.. then dia kata.. kitaorg tak jual satu dik.. kena beli borong.. Satu kodi RM170.. Menarik gak tu kan.. Beli jek satu kodi.. then bole tukar2 colour hari2.. satu kodi = 20 helai.. menarik2.. boleh dikunjungi lain kali.. 

And lastly pergi Muzium Kraf.. sbb ada promosi kraftangan.. and ada member kerja kat sana.. So ingat nak jalan2 jelah.. pastu tgk batik punyala lawa2.. tak tanya harga sbb mesti cam mahal la kan.. jual kat situ plak tu.. Pastu yg member kitaorg tu ckp.. diaorg tak jual mahal pun.. dia jual sama cam kat Terengganu or Kelantan nye batik.. Sbb diaorg mmg dari sana.. bawak barang2 kat sini untuk berniaga.. Ada yg RM150 jual kat terengganu kat sini pun jual harga yg sama.. Yelah untuk promosi kraftangan Malaysia and nak bantu peniaga luar bandar kot.. Tapi mostly takleh amik gambar.. sbb takut ada org tiru design diaorg.. Diaorg buat pakai tangan untuk lukis and ukir.. then bila tiru org tu just print la hasil design.. So nmpk hasil cam sama and org tu jual pada harga yg lebih murah.. So bengang la peniaga2 ni kan.. So ada tmpt2 tertentu camera is not allowed.. 

Barang2 mcm makanan.. mostly dari FELDA.. ada yg jual air rozel.. sebijik rasa cam ribena.. Air mochachino. ais blended RM2.50 jek.. Tulah kitaorg punya la takut nak tanya harga.. sekali barang2 diaorg mmg murah.. Hairos siap beli butang baju melayu.. 2 pasang okeh..RM25.00 jek.. Cantik plak tu.. sblm tu kitaorg pergi alinas.. satu box tu jek.. means untuk sepasang baju melayu la kan.. RM50.00..Sgt bnyk kraftangan yg cantik2 halus kerja tangan dia.. and kalau kita tgk kat KLCC dah mark up harga habis2an dah.. So gambar di bawah adalah hasil penat lelah berjalan2.. 










penat giler.. Luas betul dari satu tent ke satu tent
penanda buku yg aku beli
penanda buku 2
foto frame yg made from jerami padi and batang pisang.. 

Monday, January 31, 2011

Kursus kahwin at putrajaya

So smlm berakhirnya la kursus kahwin kitaorg kat putrajaya,, I have been to kursus kahwin before, tapi since my fiancee ajak teman, ok jek.. sebelum ni pnah amik kat Masjid Negara.. so sgt la tak best and boring.. so mcm expected la yg kali ni pun akan boring.. siap nak bawak majalah.. tapi cam leceh la nak pegang.. so tak bawak.. 

Sampai2 kat sana.. kitaorg tak tau nak pg kat mana.. sbb dia kata kat presint 9 and bdepan dgn food court.. pastu mmg expect mgkn kat dewan presint 9 punya bangunan la kan.. tapi since kawan lagi satu pun ikut so dia tunggu kat kedai mamak tu.. so pergilah kedai mamak tu dulu.. Aku ni pun terfikir.. dia kata kat sebelah kedai darusalam and berdepan dgn food court.. La betul2 sebelah kedai mamak tu rupanya.. Tmpt tu ialah office lot.. So cam apakah?? kecik nye tmpt nih.. Sabtu tu start kul 2.30 and sunday baru start kol 8.30-5 ptg.. cam terbalik la biasanya sabtu pagi sampai ptg then ahad yang setengah hari.. tapi pergi jelah.. 

Once dah duduk.. and start dgr ceramah.. seriously rasa tak nak buat benda lain.. Ceramah yg sgt berbeza pada aku dgn tmpt kursus kahwin yg lain yg selalunya more to lawak2 lucah.. Ni something yg kita nak dgr.. diaorg ceramah based on kajian yg dah dibuat pada pasangan yg asyik bercerai sebelum ni.. Part yg aku rasa selama ni ambik endah tak endah mcm berfikiran positif la, tidak membebel, diulas dgn cara yg tersendiri dan sesuai dgn apa yg berlaku skrg nih,, And rasanya perceramah dia muda la.. so apa yg dia cerita mgkn cerita dia sendiri or kawan2 dia.. Mcm dia ckp katakan suami suka layan keta.. biarlah dia dok layan keta.. nmpk jugak depan mata.. nak tukar seat bucket ke.. nak tukar bonet L2S ke.. yg penting kita nmpk.. (penceramah tu perempuan ye).. Pastu dia ckp paling penting kalau suami balik lmbt jgn nak dok cemburu terus tanya abg g mana bang.. sbb mcm tak percaya,, nak cemburu biar cemburu celik dah dpt bukti baru tanya..ni tak org tu baru je nak masuk tandas terus tahan kat pintu.. jadi suami mestila pening bini mcm ni kan... And dia pesan.. bila kita 5 tahun pertama kawin and gaduh dlm tempoh tu jgnla panik.. sbb tu tempoh terkejut.. sikit2 terkejut,, lepas 5 tahun ke atas ialah tempoh paham.. tapi belum tentu bole terima (ni kira tempoh 10 tahun ke bawahla) Lepas 10 tahun baru la serasi.. dah paham sgt dah and InsyaAllah bole terima.. So dia kata sampai anak dah nak UPSR baru nak bole bg serasi.. So jgn mudah ucap la kata nak cerai.. yg penting cuba untuk saling memahami dulu

Dan ustaz lagi satu takleh blah..dia tanya apa tujuan kita kahwin.. jawapan org yg usual nak halalkan apa yg haram, nak zuriat,, so dia kata.. kalau kawin sbb nak zuriat.. ada org 10 tahun kawin takde anak lagi.. abis tu nak cerai ke?.. then dia kata dlm Al Quran ckp kawin sbb nak dapat ketenangan jiwa sbb dpt isteri dari jenis2 kamu.. untuk berbelas kasihan dan berkasih syg.. balik je tgk isteri tgk suami rasa tenang jek.. kalau balik rasa serabut jek.. dah lari tujuan la tu kan.. And dia kata konsep berhias ni ramai pompuan salah faham.. dia berhias untuk rasa dia lawa je.. padahal berhias ikutla taste suami.. korban sikitah taste kita.. dah kalau suami suka kata lawa tu maknanya dia suka la tgk kita ni.. kalau suami suka lisptick purple, pakai la purple.. sape suruh dpt suami pelik camtu kan.. panjang la penjelasan dia.. Tapi sepanjang tempoh tu aku rasa sgt2 bnyk belajar.. sgt2 bnyk benda yg kita tak tau.. Dan punca penceraian bukan benda2 besar,, hasil kajian hanya kerana tak pandai masak, tak nak gosok baju, pasal salah beli barang dapur.. boleh jadi punca cerai..ini la sbb kenapa setiap pasangan kena tau tanggungjawab masing2 and kenapa sentiasa saling mengalah,, mengaku kalah tak semestinya kalah.. kadang2 ada bnyk hikmahnya... 

Selalu dalam ceramah ni diulang2 kalau Allah kata benda tu tak payah buat toksah nak kaji la.. pasti ada kebaikannya.. contoh kalau tutup aurat pasti ada kebaikannya.. kalau poligami ada kebaikannya.. tapi aku cam tak nak la hurai panjang.. kang tersalah plak.. tapi terlalu bnyk benda yg dipelajari.. terlalu bnyk benda yg kita tk tau.. kalau ceramah mcm ni 5 hari pun sgp.. sgt berbeza dgn kursus kawin dulu.. kursus kawin skrg bnyk pengisiannya,, so kalau sesape nak try.. bole try buat kursus kawin kat sini... http://kursuskahwin-putrajaya.blogspot.com/ Cuma dia masih baru and bnyk la kekurangan jugak.. kalau dok belakang tak dgr sangat..sbb sistem audio dia kot..  tmpt makan pun sempit.. tapi pada aku yg penting pengisian tu kan.. InsyaAllah dpt dijadikan pengajaran untuk kita yg baru nak menempuh alam perkahwinan..