nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Goal Coast Sepang: Review

So let's review Goal Coast Sepang or Golden Palm Tree Resort:

22 June 2013 -  Sampai agak lambat since Hairos kerja.. patutnya check in pukul 3 tapi end up sampai kol 4.30pm.. Oleh kerana tak tau jalan maka kitaorg guna waze.. sambil drive sambil boleh kita berchat chat dgn org sekitar yang guna waze sekali... Lalu jalan yang bersimpang siur, maka nye humaira dah start nak merengek sbb dia nak keluar dari kereta, rimas lama sgt dalam kereta.. So kitaorg ni sambil nak cari jalan sambil melayan humaira yang merengek.. Dah start mood mood dah masa ni

Sampai sana.. Dia suruh park kat lobby then takleh tinggal keta kat situ. Sorang kena check in and then sorang lagi kena pg park kereta kat car park dia yang agak jauh.. Then aku bawakla humaira p lobby untuk check in.. Hairos pg park kereta.. Sampai sana.. pg kat kaunter then dia kata kaunter iconic kat sebelah sana.. Dah confuse2 dah.. kenapa bnyk sgt kaunter.. and sampai sana mmg lautan org la.. Then beratur.. Hanya ada sorang je kat depan aku masa tu.. tapi nak check in punya la lama giler.. dekat sejam! mula la rasa nak marah.. dahla panas.. jerebu plak tu.. 

Lepas check in kitaorg pun diberi kunci bilik dan nak pg ke bilik yang agak jauh lagi.. kena naik satu kenderaan diaorg panggil buggy kat situ,, nak tunggu buggy tu pun ramai jugak.. so mood mood lagi.. bila dah naik buggy tu tanya la driver tu.. nak guna buggy ni boleh call customer service je ke.. Dia kata buggy service ni untuk check in and check out je sbb ada luggage kan.. Sbb lepas tu Hairos nak p kerja balik.. So nak jalan mmg jauhla.. Dan bayangkan kitaorg tak beli mknn sblm sampai tu.. mcm mana nak keluar mkn.. So end up kitaorg order je nasi goreng kampung rm35 + burger daging  rm37 from room service. Then hairos nak g kerja balik.. So dia jalan kaki sampai ke lobby then dari lobby nak g parking dia kena tunggu van yang lama giler..

 Then me with humaira berdua at night kat umah atas laut.. So mula la ingat citer2 hantu sekejap.. dan tiba2.. Blackout!!  Nasib humaira dah tido masa tu. Nasib for a few second.. Kalau lama mau tak pitam aku dalam gelap tu.. mmg tak turun la dari katil nak capai telefon untuk call room service.. 

Tapi rumah tu mmg besar la.. masuk2 ada ruang tamu, ada dua balkoni, ada dua katil besar.. ada dua bilik air.. padahal kitaorg bertiga je dalam rumah tu.. Rumah is fine cuma nak bergerak ke satu satu tmpt tu mmg jenuh.. tambah2 bila ko ada anak kecik.. 

Esoknya nak breakfast pun jalan kaki agak jauh.. dalam jerebu plak.. Sampai2 sana.. ramai betul org.. pg egg station pun ramai competitor.. beratur setengah jam.. mmg ramai giler.. tapi dia bnyk activities kat dalam ni.. and sume free.. tak ingat dah apa activitinye sbb takde mood.. and itu pg ke satu2 tmpt activity tu kena tunggu buggy lagi..Mmg tak la.. Boleh la nak sewa basikal jugak.. tapi pk sepuluh kali jugak nak bawak humaira naik basikal.. takut plak terjatuh kang.. 

So after breakfast kitaorg terus kemas barang.. walaupun baru pukul 10am.. Pukul 11 terus check out sbb kalau check out kol 12 kang.. tak tau pukul berapa boleh check out since nak tunggu buggy lagi..dan of course ramai nak keluar jugak waktu tu..  nak tunggu van lagi lepas kat lobby untuk sampai kat kereta.. Bnyk competitor nak pg dari satu tmpt ke satu tmpt

So overall pada aku yang tak suka competitor ngan crowded place ni, I felt my rm 470 is not worth it.. Sbb terlalu jauh satu tempat ke satu tmpt dan terpaksa bergantung dgn  buggy yang mmg susah nak didapati di mana2.. 

tapi tmpt dia mmg luas.. ni map dia



So bayang bilik aku kat 248 and yang ada tulis B tu adalah buggy station.. yang ada bnyk B and no 1 tu adalah lobby dia.. Jauh giler 

So I'm not sure la kalau korang suka but for me... I rate it 2/5. 

Mcm tak nak dah pg bagan lalang lepas nih.. 

Tuesday, August 9, 2011

Melaka's calling!

Dah 9 hari berpuasa..Baru rasa hari ni nak bercerita pasal g Melaka hari tu.. Dari mula2 nak g cameron tak jadik disebabkan Hairos terpaksa bekerja on that Saturday.. Nak g ptg takut hotel dah full plak.. Sbb I was like calling every hotel yang ada kat Melaka.. (tapi hotel yang dilistkan dalam website tuh) 1 bintang, 2 bintang, 3 bintang, 4 bintang fully book.. Gilo apo bercuti dekat2 puasa ni (Yang ko tu tak sama haha) Yang ada 5 bintang bilik suite sajoh.. semalaman RM500++.. Amboi. Tak worth it..tak worth it.. 

Jadiknya kitaorg bertolak on Sunday... Itu pun pukul 3 ptg baru gerak.. Pastu breakfast kat A&W.. Budget breakfast la sgt kol 3 ptg senah oiii.. Then terus gerak... Sampai2 tol ayer keroh tak sure nak g mana dulu.. berbekalkan garmin.. Harus pakai garmin.. kalau tak takkan bergerak ke mana2 la jawabnya.. Then aku ckp kita g tgh town dulu la.. Sbb mmg dari dulu nak jalan2 kat town Melaka.. tapi tak jadik2... So dah sampai bandar Melaka.. tmpt yang harus pergi mestilah kat Bangunan color Merah yang cam church tu.. Dah lupa plak nama dia.. I think it's a church kot.. ke Muzium

inilah dia bangunan red red velvet tuh!


nak gak inter frame

Then jalan kat situ... tgk2 fridge magnet yang nyomel2.. hangkut... Jalan2 lagi.. ternmpk la kat beca tu tulis sejam RM40. I was like serioous ke.. Tu yang tak pasti nak naik ke tak.. Then my friend said that dia naik dulu RM10 jek,, Tak sure sbb tak tanya.. Then g berjalan agak jauh.. p masuk dataran pahlawan nye shopping mall semata2 nak dapatkan air cond.. Huh panas gilo waktu tu.. Then nak naik feri tapi pk2 balik nanti la redup2 sikit.. So membeli peta kat tgh2 satu bangunan tu.. berdepan dgn bangunan merah tu.. pastu baru la nmpk sikit tmpt2 menarik around Melaka.. So firstly try naik taming sari tu.. Haruslah diingat kalau kita ada IC boleh dapat half price.. So harga dia jadi RM10 sorang.. Dalam 7 minutes jek.. boleh tgk around bandar melaka.. Tapi rasanya kalau malam lagi cantik kot.. Tapi kalau tak salah tiang taming sari mmg berbentuk keris. Haruslah kan nama pun taming sari,..

taming sari
Then walkabout lagi.. Tapi tgk peta.. sgt la nak try restoran baba and nyonya kat kawasan tuh.. tapi berdasarkan peta tu cam jauh je... So jalan2 jelah around tuh...



cool beca pak cik ni.. 

Then dah start lapar.. Singgah kat satu restaurant yang mmg berdekatan dgn sungai.. Nama dia ...


Oleh kerana nama dia asam pedas cafe maka harusla try kan asam pedas dia.. Mmg sedap.. menjilat jari. Amik package asam pedas.. dia kasi nasi, timun, telur masin dgn asam pedas.. Sedap Giler! RM6.50.. sebenarnya bole tak aku tak pnah try makan asam pedas dgn telur masin... kena rupanya lauk tu... hehe

Then masa tu dah nak dekat malam.. so after makan2 yang super sedap tu.. terus beli tiket naik feri.. Naik feri lepas azan.. sebagai tanda menghormati maghrib.. Then terus menyelusuri (tak bley blah ayat) sungai dengan ada lagu dondang sayang bagai.. So bila naik waktu mlm.. rasa la sgt2 romantik.. Then dia lalu pelbagai tempat.. 
kedai depan sungai
Hopefully korang bley nampak la bangunan yang colour merah yang berlampu tuh.. Itu one of the restaurant yang pelanggannya ble dok2 minum depan sungai.. 


Lalu sikit..
Gambar kabur tapi nak letak gak sbb kedai tu lawa.. Then move along.. 


lampu2 yang cantik bila naik waktu mlm kan?
this bridge is called jambatan hang tuah


and ni monorail hang jebat kut..
Kalau tak salah la tu nama dia.. and here is the stopping.. nama jeti ni ialah jeti rempah ratus.. tak ingat reason dia.. tapi lepas tu kitaorg berpusing balik untuk balik ke jeti yang kitaorg naik tadi.. Sepanjang balik tu dia citer setiap kawasan tu punya history,,.. starting in Malay kemudian translate in English... So everybody's is listening.. Even aku yang tau history tanah melayu pun mendengar dgn khusyuk.. Omputeh tu lagi la nak tau kan.. 


rumah orang dulu2
So ini adalah rumah yang dibina dulu.. cannot remember the year.. but rumah ni mmg dibina tanpa paku dan masih lagi kukuh sampai skrg.. dia cuma pasakkan kayu je.. and one of the house ni milik seorang pak cik ni.. sorry cannot remember the name jugak.. sbb dah lama sgt berlalu hari yang pergi melaka ni.. dia ubah rumah dia kepada muzium.. di mana ada furniture dulu, baju dulu2.. so dia sendiri maintain umah tu.. Kena bayar ke tak.. Wallahualam.. tak sempat pergi.. 


By the time dah sampai jeti mmg dah penat giler.. semayang2.. then sebenarnya tak larat.. walaupun patut pergi satu tmpt lagi.. Jonker walk.. It's like chinatown.. mmg rasa kagum dgn design kedai2 kat situ.. Aku mmg suka giler tgk citer cina.. so bila tgk diaorg ni nyanyi2 kat kawasan tu.. It's like mcm tahun 60's dalam citer cina yang aku biasa tgk.. so a lot of souvenir yang boleh dibeli di situ.. Then akhirnya time to go home.. dalam kul 10pm.. balik ke bandar seri putra dalam keadaan letih and esok nak kerja

Melaka really surprised me..  Sgt2 best.. tempat dia sgt terjaga.. So after this still nak pergi lagi to try restaurant Baba and Nyonya plak.. 

Saturday, February 19, 2011

Congratulations Azri & Nurul and Azrul & Huda!

So last weekend is my cousin's wedding + engagement,, abg kawen and adik plak bertunang.. sep okeh.. sep masa, sep budget + sep energy buat sekaliarung.. Okeh story mory adik dulu.. dia buat kalau pink hijau.. contra yg berani ye di situ. tapi make up yg cantik.. suke.. tapi syg nye tak dpt doorgift dia.. sungguh la comel.. nak capture pun tak sempat.. sbb after the engagement ceremony ends, terus sambung ngan wedding si abg plak


See told u pretty isn't it the make up?
hantaran nurul to azri

hantaran azri to nurul.. warna hijau yg cam bantal tu kek hokeh? nasib tak amik bawak tido!
and lepas tu wedding abg dia plak sgt la gorgeous.. cuma pengantin tiba agak lewat.. huhu.. tapi for me sgt2 cantik!..theme colour merah hitam..  for me la kan.. bride punya kain mcm wedding gown..  love it! yg sebelah prempuan the theme color is pink grey.. sweet pink..

sebelah perempuan. pink + grey

sgt suka this pics
Huhu this is the first wedding in this year,, after this --> our next cousin Ija & Johari..

Tuesday, October 19, 2010

Niza Tunang + Trip to Melaka

Last weekend kitaorg, me, hairos, abg din n rozi pergi umah niza sbb nak menyambut hari bahagia cik nini.. sbb dia akan bertunang.. wah... hope you will always be happy cik nini.. meriah beb pertunangan tu.. kitaorg kawan2 dia yang over excited.. Cik nini sgt sweet that day dgn colour pink huhu..but the tema is purple-pink

 
Niza after make up
 Saat menyarung cincin



                                 Nini dan official fiance.. Yusmahrizal
Hantaran nini purple-pink and yus krim-coklat
                                
Friendss

         
Rumah Melaka




Then after that, mestilah mengambil peluang berjalan ke City of Heritage ni.. Dah nyata2nye dah sampai Melaka.. The first thing yang kitaorg nak buat ialah pergi tgh2 bandar2 dulu.. Pastu check GPS.. tak tau nak g mana.. Puas la dok menggodek, Melaka City la, Melaka town la.. Then ada ayer keroh,, So ikut jelah GPS tu ke ayer keroh.. Sampai2 sana terus g taman mini malaysia.. Tapi tak masuk semua umah.. penat dah masa tu.. Melaka mmg hot.. dahla aku ni ala2 kontrol ayu dgn pakai kebaya nyonya kat tgh2 perkampungan tu.. Mmgla sesuai sekali dgn environment yang ala2 kat zaman 60s..tapi mmg dah panas sgt dah... dahla baju hitam... inner pun hitam.. abisla muka hitam sekejap.. So ni lah some pic masa kat sane.. Tapi Melaka for me personally make me want to come back.. ada tarikan yang tersendiri.. pasni nak kumpul duit bnyk2.. and nak tour around Melaka..  
 
abg beca

 
Kapal perang kot

 
around town


Thursday, September 16, 2010

Hari Raya 2010

Raya tahun ni.. balik jb dulu.. so dok umah alang aku and first day raya.. tak pakai baju raya pun.. sbb dok lepak kat umah je.. so no point pun nak pakai baju raya.. so ni lah jadual raya tahun ni:

Raya kedua main scrabble,
...
Raya ketiga main star wars monopoly,
Pastu main uno polly pocket, dok mengasah minda raya2 ni

Pastu g jusco shopping sakan.. ble tak?.. padahal org shopping before raya, ni aku dah terbalik.. tapi mmg best balik jb kali ni.. dah lama betul tak balik.. lebih kot 5 tahun.. dah bnyk yang berubah.. jalan2 kat sana pun dah tak ingat.. Sgt miss jb tapi raya2 balik jb cam balik bandar so takde la gambar2 sanak saudara mcm tahun2 lepas... aku pun pakai baju raya bila dah raya kelima..lain suma pakai jeans.. Tapi balik kali ni semua org ckp dah kurus.. aku cam iye ke? amek hati je korang kan?.. padahal bulan puasa satu kg pun tak turun.. tapi ina ckp ada org berat tak turun tapi badan jadi lebih kurus.. entahla.. tapi i ske hik hik.. So masa kat jusco tu singgah la lavender,, then ternmpk roti colour hitam




Roti charcoal


donut charcoal

Comel nak mati.. donut ngan roti arang.. beli kang sape plak nak makan.. so tgk je.. Then as a tradition every year mesti pegi swiss garden resort.. so lepak sana dua hari.. sambil2 pergi umah sedara mara.. Depan hotel ada la laut yang ala2 selamat.. then pergilah mandi with my sister.. dia yang gatal nak pergi laut.. I have trauma to swim at sea even though takdela pengalaman buruk pun.. tapi cam takut.. so dok la kat tepi tu sambil ombak main pukul2.. and I'm still scared..pastu bnyk umah anak2 ketam and ada anak2 ketam yang cuba nak gigit2.. and membuatkan aku terus nak balik dan dan tu jugak.. tapi nabilah berdegil.. tp aku blah gak lantak kau la di situ.. pastu dia buat2 jadi batu kat depan laut.. ada gak kena sepak ngan aku kang.. aku pun lepak la lagi.. Cis hati yang terlalu berlembut.. aku bukan apa.. kang ada yang hilang kat laut kang memang sah sah aku kena gulai ngan mak aku nanti.. (gambar2 tak diambil kerana dua2 nak men air and camera bukanla kalis air sgt)..

Pastu last day baru la pergi umah tok wan.. oh rindu nye pada kg halaman.. Tapi tak amik gambar gak sbb sibuk nak bergossip ngan sanak sedara.. Then mlmnya aku terus balik kl.. Then dpt surat.. ni.. card bonuslink yang baru dah sampai

Green card bonuslink


Passport to a greener world
Untuk selamatkan temengor forest.. This is the only small piece of thing that I can do for my world.. Selalu emo dgn org yang tebang pokok.. And hopefully InsyaAllah after this akan collaborate with one of the professor to make something in making the computer more friendly with the environment.. in making green computing..

I always believe in karma.. We make the world more greener, we will save the animals habitat and the animal itself, and we will get something in return, fresh water to drink ( from the mountain), fresh food to eat(it is better to eat ayam yang berlari2 kat kg dari ayam cucuk kat bandar).. and we can breathe the fresh air.. So help save the world!!!

What ever it is.. Selamat Hari Raya to alll!! And may all of u have the best hari raya celebration..