nuffnang ads

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, July 14, 2012

Time to wash the baby clothes

Setelah dapat satu weekend di mana both of us are quite free.. dan since my friends pun terkejut sbb tak ready lagi nak basuh2 baju baby and put it in a bag, so decide minggu ni nak basuh baju lah.. Balik2 kerja smlm terus punggah semua barang dalam plastik and put in laundry basket pastu terus basuh.. Ooomaii bnyk jugak baju nih.. entah sempat ke tak pakai semua.. dahlah semua baju baru perasan mostly 0-3 month.. kalau gemuk baby ni tak muat la baju2 ni nanti.. 

Tapi mostly baju my mom and mom in law yg beli.. So kitaorg menerima jek.. tgk2.. baru perasan semua bnyk barang baby.. barang2 maknye tak ready langsung.. jamu belum, bengkung belum.. baju untuk menyusu pun tak takde.. huhuhu.. esok harus p beli nih..

Abis je basuh2 baju.. tibalah masa nak menyidai.. nmpk takdela penuh bakul tu.. penuh lagi laundry kitaorg kalau basuh baju.. tapi bila time menyidai rasa nak tertido2.. sbb baju2 cinonet baby nih... tak tau nak sidai camane.. bnyk plak tu.. bila tang stokin.. lagi la..... 

Dan akhirnya siap sidai... Tadaaa!




Pasni angkat, lipat and put in a bag! Siap bag kita ye baby pasnih.. :)

Thursday, July 5, 2012

Anniversary ke 1

Pagi2 tadi tetiba my husband cakap "Lagi 5 hari ".. I was like "5 hari apa eh"

"5 hari lagi nak anniversary"

Dang! I forgot.. huhuhuh... Aiyoyo..

Then dia cakap "lupa la tu"...

Huhu *sweating*...

Emm nak p mana eh.. camna nak celebrate.. My friends nye rancangan sgt best.. Honeymoon balik ke merata2 tempat..

Tapi nak p mana2 mmg tak sempat dah la..Dahlah nak pose,... Emmmhh p makan2 jelah jawabnya..

Monday, July 2, 2012

Class antenatal

Pegi antenatal class last sunday.. Nak kuar di hari2 ahad ni dari pagi sampai ke ptg mmg serius rasa membuang masa yg precious untuk tgk tv di hari2 sunday yang mendung plak tu.. Elok tido nih.. Tapi sbb dah bayar maka gagahkan hati pg jugak... Sampai je dapat goodies bag yang sgt besar.. amboi.. cam handbag dgn bnyk betul barang kat dalam.. Positive parenting magazine, small2 notes on babies, sticker, cranberry juice, nappy rash cream, satu kotak besar susu nestle.. bukan sample ye anak2..., ubat gigi pureen for maternity, satu sample diapers mamy poko, dan bnyk lagi yang dah tak ingat dah..

Then makan breakfast dulu which is disediakan jugak.. pastu p kelas first which is about kanak2.. so in here bnyk dapat info dari segi baby yang lahir premature, apa problem dia, yg lahir term (cukup bulan) apa problem dia.. so baru tau annur only accept baby yang berumur 37weeks and above. kecik dari tu dia akan hantar p tmpt lain. So tak ingat dah apa akan berlaku tentang bayi lahir pramatang ni.. sbb bnyk sgt penyakit yg boleh berlaku since baby tu kecik..cuma benda yg paling ingat ialah dia cakap dia tak advise amik epidural sbb dia kata cheating :).. Sbbnya bila ibu melahirkan anak dosa si ibu terhapus seperti bayi yg baru lahir.. so cheating la kalau amik epidural. tak rasa sakit sgt..:) But still it depends la on people kalau dah tak tahan sangat maka drugs2 ni boleh membantu.

Then second class is about delivery. So handle by Dr Fatimah.. Dia terangkan pasal normal and ceaserian delivery.. Tapi dia start dgn nasihat2 tentang keagamaan yang sgt berguna.. Dia cakap baca lah surah maryam sbb kat situ bnyk benda yg kita boleh ambil sbg iktibar. Dan jugak dia kata masa baby nak dilahirkan point of hujung kepala dia perlu menghala ke bawah. mcm bersujud. barulah baby tu dapat keluar dengan mudah.so kalau dia senget sikit atau melintang baby tu tak mgkn boleh keluar, jadi di situ perkara pertama yang boleh diambil iktibar yang Allah ajarkan pada kita adalah supaya kita sujud dan patuh padaNya. dan kalau kita tidak patuh kita akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan... Mcm kalau baby tu melintang tadi of course dia tak dapat keluar dgn mudah.. So kalau kita cuba jugak melawan fitrah Allah, maka hidup kita akan sentiasa bermasalah.. 

Dr fatimah ni mmg citer2 dia bnyk penuh dgn nasihat, kisah2 benar yang dia dah lalui... tapi perkara pertama yang dia tanya kan pada semua bakal ibu bapa adalah kenapa datang ke kelas begini.. so ramai la jawab nak tau lebih bnyk benda, and so on.. so dia kata orang dulu2 tak payah pun pg kelas ni.. Siap dia cakap my grandma dulu ada 6 org anak ok jek.. takyah datang2 kelas.. So last2 takde org boleh jawab.. so dia kata ayat pertama yang diturunkan Al Quran adalah Iqra'.. bermaksud "read". So di situ Allah sentiasa menyuruh kita mencari ilmu. Kerana perjalanan hidup kalau mereka melaluinya dgn ilmu dan tanpa ilmu adalah berbeza. Bila kita ada ilmu kenapa kita kena solat, kena puasa, maka kita akan melaluinya dgn rasa gembira, dgn rasa syukur dan taat. sbb kita tau kenapa perlunya solat dan puasa.. Sama juga mengandung... Bila kita berilmu.. kita enjoy setiap kesakitan yg kita lalui..setiap new things yang kita alami, kita rasa seronok.. So jgn datang2 kat doktor alahai doktor saya mengandung lagi..So rasa mcm terpaksa.. And husband kenala memberi isteri tu rasa ready untuk ada anak lagi.. Biar masa isteri mengandung tu rasa tenang dan gembira.. Ada sesetengah guna kuasa veto nak anak 10 org.. So tak kira la isteri nak atau taknak.. Maka dia kata kat situ perlu ada perancangan bila nak melahirkan anak.. mesti dalam keadaan kita tenang dan kita bersedia.. 

And kalau bersalin tu bermasalah.. ada dua cara yg kita boleh guna either forceps or vacuum.. Forceps tu mmg seram.. dia besi.. so dia letak benda tu kat kedua2 belah telinga baby and tarik kuar.. but perlu dilakukan oleh pakar.. if not.. mmg ada case bayi cedera kalau tekan kuat sgt.. and besi tu dia masukkan dalam vagina satu2 ye anak2.. seram kuasa dua... Pastu ada lagi satu procedure iaitu dgn mematahkan bahu baby kalau dia tersangkut sbb kalau tunggu lama baby tu akan lemas.. so takde cara lain dia akan patahkan bahu baby tu untuk selamatkan baby... sbb katanya bahu tu boleh sembuh dalam 2 minggu je.. kalau lmbt 2 minute baby boleh brain damage sbb dia stuck kat situ.. and kalau 4 minutes late, baby akan mati.. 

And bnyk lagi.. kalau nak share apa yg belajar the whole day mmg panjang.. So secara ringkasnya ada tentang workshop from susu ibu, then ada tentang stem life.. Ni dia amik darah dari tali pusat anak dan dia simpan.. but have to pay monthly, so if anything happen to the baby masa dia besar.. contohnya accident ke.. so darah tu boleh digunakan.. ataupun boleh didermakan pada adik beradik kalau compatible,, pada parents pun boleh.. dia ala2 insurance gitu.. tapi agak mahal la kut monthly.. 

Then lastly ialah belajar persediaan ke labour room and pain management.. Kat sini diajar tentang.. apa yg patut dibuat dalam nak tunggu tempoh 10cm tu buka.. apa teknik2 pernafasan kalau sakit, kalau nak tahan dari push.. So a lot of things.. Datang dgn husband mmg lagi mudah sbb dia boleh belajar bnyk benda di samping belajar tentang peranan husband dalam labour room.. etc etc.. dia pun kena ingat semua teknik pernafasan so that.. dia boleh ingatkan wife kalau terlupa nanti kalau dah sakit sgt kan.. 

Fuhh panjang lebar nih.. Jadinya for me sgt2la recommended pergi kelas2 mcm ni.. so that by the time kita masuk labour room.. at least kita tau apa yang kita boleh buat.. and kita lebih confident.. untuk menjalani proses tuh. :)

Wednesday, June 27, 2012

Masterchef celebrity

Rancangan yang paling aku suka tgk skang is masterchef selebriti.. Dulu tgk sbb suka tgk tomok masuk.. skrg dah takde dah tgk tomok.. tgk semua org.. tak sangka semua terror masak la kan.. Dulu semua cam kata tak reti masak.. alih2 semua terror je.. takyah terkial2.. boleh je masak dalam 45 min and nmpk cara hiasan tu cantik plak tu.. Tak nmpk mcm novice langsung..

Tapi the best contestant for me so far is Dr Fazley.. Rasanya mamat ni pg mana2 group selalu je menang.. Maybe sbb dia ni pun doktor motivasi.. so every words yang dia keluarkan pun sgtla positive.. and he always kalau masak tu, selalunya masakan tu mesti ada extra dari apa yg chef mintak and design yang always out of the box

Mcm that day.. yg masa ujian cabaran luar.. pergi cocoa boutique.. masak chocolate!.. Masa tgh buat design kat pinggan.. Sumpah rasa masa dr fazley lukis tu rasa dia buat entah pape.. tetiba letak dalam freezer.. and then tang tang.. kuar kuar rupanya dia nak amik chocolate tu and letak as hiasan. Peh serius tak sangka.. ingat dia buat main2 je.. Nmpk la si soo wincci tu yang buat beria2.. and dah rasa confident mesti wincci tu buat lawa giler.. and sekali dr fazley buat yg nmpk simple tu jauh lagi menarik lagi si soo wincci ni nye design

And the most luckiest contestant so far for me is Tomok. Selalunya tak tersingkir no matter how pun dia tak reti masak pun benda tu.. But I really think it's not about luck.. but he really has the ability yg dia sendiri pun tak tau.. Tetiba je walaupun dia tak tau benda tu tapi dia tak disingkirkan sbb tetiba dia nye tema kena dgn masakan.. Tapi ramai org jadi tak berapa nmpk dia punya ability and rasa sape yang kena panggil dgn dia sure antara yang akan masuk proses penyingkiran.. but we don't know yet.. sbb dia mgkn ada talent yang belum org lain tau.. haha ;)

Azwan Ali yang nmpk mcm tu pun stay sampai top 8.. So far yg stay sampai top 8 skrg ni menyediakan hidangan yg bukan calang2.. rasanya masterchef yang sebelum ni yang bukan artis pun setara dgn kesusahan masakan masterchef celebrity nih.. 

No matter what, I really love the show.. boleh tak show ni jangan habis sampai bila2?? hehe

Sunday, June 24, 2012

Kenduri for 7 months

Baru balik dari kampung.. Kenduri for my 7 month of pregnancy.. Just kenduri doa selamat.. Diaorg buat hari Jumaat so tak dapat la balik awal sbb ada kelas pagi masa tu... Tghari tu after sembahyang Jumaat prayer ada ustazah ni datang with kumpulan tahfiz dia.. ngan student2 tahfiz yang perempuan.. dan diaorg bacakan yasin.. Ramai yang cakap sedap dgr and dia panggil my mom and sesiapa yang mengandung sekali masa tu.. Kebetulan ada my cousin pregnant sekali at that time..So kena duduk dkt and dia bgtau apa amalan yang patut dibaca sepanjang pregnant nih...  


Then at that night baru la sampai kampung.. Then mandi2.. get ready for solat hajat dan tahlil. So alhamdulillah everything went well.. cuma masa lepas solat hajat tu ada lagu tentang kisah Rasulullah.. Time ni sayu sgt.. Sebak.. Ingat kan aku sorang je yang nangis.. Rupanya my cousin and hairos pun sama.. Actually our family jarang buat tahlil ni.. untuk generation skrg ni.. My grandparents dulu suka buat.. but after dah meninggal.. generation2 my aunt tak buat semua ni.. So skrg ni mcm first time untuk semua org.. Make me happy :)... because at least start with new thing and it's a really good thing.. Hope we can continue doing this after this..


Anyway.. pnah dgr minyak selusuh??.. Huh berpeluh den bila makcik bagi satu botol minyak selusuh yang digoreng dari santan.. Tu ok lagila.. ingat kan sapu2 je.. Sekali....... minum satu sudu bila dah nak bersalin nanti.. Siyes ke ni?? Kita ble ke minum minyak ni.. My cousin dgn confident katanya.. nurse2 kat hospital dia check up suruh bawak minyak selusuh ni nanti masa nak bersalin.. aku? tercengang2... Nak buat ke nanti.. mcm mana nak minum satu sudu ni..Kena amik sudu kecik ke sudu besar nih.. Haha nanti2 dekat2 39 minggu baru pk.. 


Well that is the story about my kenduri on 7 month.. takde adat pelik2.. Nasib baik.. Kang ada yang nak melenggang perut plak kang susah.. And No picture.. semua org busy dgn kenduri.. melepak2.. berborak2,.. sbb dah lama tak jumpa.. Emm tak tau bila lagi boleh jumpa and melepak2 camni.. Ni yang rindu time belum kawin nih.. ;)


Oklahh.. till next time.. daaa